Saturday, April 30, 2016

SATU KEMATIAN DLM KEADAAN LEKA DAN TIDAK BERSEDIA

Rancanglah kematian kamu dgn penuh bekalan utk perjalanan yg jauh.


Tolong baca sampai habis... Credit utk penulis 👇... Tak tau siapa yg tulis.....tp sgt tersentuh...

sekadar perkongsian & peringatan utk diri sendiri jugak...

 Assalamualaikum....

Sibuk kejar kehidupan dunia?
wang berguni pun x cukup!
Kerja sepenuh masa.
Rindu orang itu, orang ini.
Cemburu orang itu dengan orang ini. dengki hati jadi mainan

Lewat bangun solat subuh, tapi lebih risau lewat nak pergi keje. Tak risau sangat solat lambat. Balik rumah dah lewat, solat asar ke mana, solat maghrib ke mana.

Perut lapar, cari makanan. Duit takde, pergi bank. Rasa tak tenang, ada benda tak kena, pakai earphone, dengar lagu apa-apa. Duduk di kawasan lapang, tenangkan fikiran. Al Quran tak bersentuh, masjid tak jejak.

Benda sama lagi dibuat. Sambil online, tiba-tiba terbaca satu tweet,
"Buat apa pun, jangan lupa, Allah nampak semuanya. Malaikat mencatat."
Tanpa rasa tersentuh, hati mula kata, "Benda dah selalu diingatkan.

Aku tahulah Allah tu Maha Melihat. Malaikat tu sentiasa mencatat."
Teruskan dengar pula lagu Mr Saxobeat, online lagi. Main game.
Tanpa rasa diperhatikan, sebenarnya malaikat maut daripada pagi duk pandang kita.

Terbangun solat subuh lewat, Allah tahu. Malaikat kiri kanan tahu. Malaikat maut pun tahu.
Sambung dengar lagu Starships pula. Sibuk-sibuk dengar, mulut pun ikut sekali menyanyi.

Baca Al Quran? Ala nanti-nanti boleh.
Malaikat maut menjengah lagi.
Tiba-tiba terdengar azan. Tengah syok online ni. Tengok jam. Awal lagi. Teruskan online dulu, lagi sepuluh minit solatlah. !! sepuluh minit, tengok jam, cipta alasan lain pula. Sampai dah tinggal lima minit waktu nak habis, baru pulun lari pergi wudhuk, nak solat. Itu Alhamdulillah solat. Yang terus tak solat sebab alasannya dah terlewat? Guane tu?

Malaikat maut ziarah lagi.
Nasib tak nampak je malaikat maut tu. Kalau nampak, confirm masing-masing tak ada masa nak buat benda lagha. Setiap masa pun nak buat baik je.

Baru nak tutup mata, nak tidur. Tiba-tiba ada orang ketuk pintu. Ah sudah. Siapa pulak nak kacau aku ni.
"Nak apa?"
Kasar intonasi. Bengang kononnya ada orang kacau waktu mengantuk macam ni.
"Nak nyawa kamu. Masa kamu di dunia sudah tamat. Wahai anak adam, ini adalah waktu pertemuan kembali antara seorang hamba dengan Pencipta segala ciptaan"
Tergamam.

Ah Macam mana ni. Aku belum sempat baca Quran. Aku dah lama tak solat taubat. Solat aku yang lepas-lepas ni yang aku sengaja tinggal nak buat macam mana.
Mati mana boleh tangguh lagi. Aduh. *tepuk dahi*

Esok dah janji dengan kawan nak main futsal. Dah janji nak mesej awek. Esok kena hantar paper work, deadline. Macam mana ni.
Lalu malaikat maut pun masuk ke dalam bilik.
Dengan muka cuak, cuba merayu mohon ditangguhkan waktu mati. Kita lupa, malaikat maut itu sentiasa memerhati. Tunggu masa nak ambil nyawa.

Selama ni leka dengan dunia. Bila tiba hari kematian, baru yakin yang mati tu bila-bila. Tapi.... semuanya dah terlambat.
Jadi, mulai dari sekarang.

Rancanglah kematian sebaik-baiknya. Nak mati dalam keadaan sudah bertaubat, atau nak mati dalam keadaan sibuk buat maksiat?
Jgn tinggal solat, jaga aurat wahai shabat2ku...  Tepuk dada, tanya iman.

Friday, April 29, 2016

Aidil Anggap Bayaran RM68,530 Sudah Rezeki Rita Rudaini

Rita Rudaini Dapat Tuntutan Mutaah RM68530

Begini la nasib seorang ibu tunggal yang diceraikan ( depends on case), sebenarnya banyak lagi kisah- kisah Ibu tunggal yang tidak didedahkan..tak semua mereka yang bergelar isteri or bekas isteri suka nak naik turun mahkamah dan memperjuangkan hak...letih tau tak...tapi aku punya kes dulu...aku diceraikan ( tanpa sebarang kesalahan)dan mendapat keputusan dalam masa satu hari je...selesai kes..ye aku gugurkan nafkah mutaah, aku gugurkan harta sepencarian..sebab bekas suami tak mampu...tapi takpe..dari kes berlanjutan..aku mengalah ..sampai sekarang aku tak tuntut..dan aku bukan sebusuk hati atau pendendam..ini bahagian aku...aku hanya dapat harta dunia akhirt satu- satunya iaitu Ainnul Dania Huda...cukup untuk aku...biarlah ada mulut2 puaka cakap aku bodoh...tapi fikir logik balik..buat apa turun naik mahkamah bertahun- tahun kalau aku sendiri tau dia tak mampu...kita sebagai isteri yang diceraikan ini kena jugak bertolak ansur...tapi ye la..semuanya demi anak..hak anak..keperluan anak..itu antara dia dan allah...kalau dia tau tanggungjawab dia...dia tau keadaan dia di sisi allah...janji dia tau dia ada tanggungjawab pada anak yang satu ini...tak semua kisah ibu tunggal sama kan...tapi aku respek habis dengan Rita Rudaini ni...dia mampu memperjuangkan hak dia..dan hak anak- anak dia...

Aku?hurm..benda dah lepas...tak perlu nak dikenang..cukup aku simpan dalam sejarah kehidupan...




Bekas suami pelakon Rita Rudaini iaitu Aidil Zafuan redha dengan keputusan yang telah di putuskan dan menganggap bayaran nafkah tertunggak sebanyak RM 68530 itu sudah rezeki buat Rita Rudaini.

Rita sebelum ini menuntut mutaah sebanyak RM 300000 namun dibantah oleh Aidil dan dikehendaki membayar hanya sebanyak RM30000.

Saya terima dengan hati terbuka dan saya berpuas hati dengan keputusan hakim. Saya bukan membantah untuk tuntutan dikemukakan, tetapi membantah jumlah yang dikemukakan sebelum ini.

Aidil bagaimanapun harus membayar jumlah nafkah tersebut dalam masa 45 hari. Pasangan ini berkahwin pada 25 Februari 2008 dan bercerai pada September 2013. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua orang anak lelaki iaitu Airit Rayyan Rizqin,7 dan Airit Qaqa Arjuna 5


SUMBER

Simple Lunch Jumaat Yang Hening

Banyak Dugaan Dan Cabaran Asam Garam Kehidupan

Hi korang...

Lambat aku bersiaran untuk 2nd entry hari ni...macam- macam dugaan pagi ni...dengan fikiran tak tenteram, hati tak tenang, Mak abah ada kat IJN, aku tak dapat keluar temankan mak kat sana, dengan lambakkan tugas...namun berapa banyak pun dugaan, aku cuba bertenang sebab itu asam garam kehidupan...hati tak tenang so aku pergi keluar tapau sesuatu untuk lunch..

Alhamdulillah...sejuk skit hati bila dapat khabar dari Abah...Mak akan warded pada 22hb May...so aku tak perlu datang sebab Abah nak bawak mak balik dah...alhamdulillah..allah lapangkan hati aku yang tak keruan...malam nanti la jumpa mak kat rumah...

Senang sikit hati aku tapau tadi....


Laksa Penang


Sedap kuahnya...


Up sengkuang calit...

Aku makan dengan senang hati...

Walau masalah tak hilang sepenuhnya...walau hati masih terluka...ada rasa tak keruan...perut tetap kena isi juga....alhamdulillah..rezeki di tengahari jumaat...kenyang perut...sedap Laksa dan sengkuang calit tu ha..beli kat SSM ada macam Flea Market setiap Jumaat ...jarang sebenarnya pi jalan sana..tapi sebab hati terluka..perasaan tercalar...ikut kawan pi tapau makanan kat situ...

Makan cepat2 pas tu buat kerja semula...hari ni nak balik awal la..nak release tension sebelum balik Seremban...mana tau leh shopping kat NuSentral..tak pun makan dulu sebelum balik kan....

Selamat berhujung minggu korang...happy weekend...

Orang Memberi Kita Merasa

PEMBERIAN SEBAGAI INGATAN DAN KENANGAN

Hi korang...

Selalu dapat cenderahati pemberian boss atau kawan- kawan yang bertugas di luar negara...seronok...dah banyak koleksi aku dapat dari pelbagai negara...makin memberi semangat aku nak berjalan ke luar negara..cuma tahun ni belum ada kesempatan lagi...last aku ke Lombok bulan 11 tahun lepas..tahun ni dah beli tiket ke Krabi...tapi mak plak masuk ward dan tak sihat..so tiket tu burn je...takpe la ada hikmah dan ada rezeki akan datang insyaallah...terima kasih kawan- kawan diatas pemberian yang amat bermakna ini....

Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa kan?


FM Bahrain, Keychain Singapore dan Hamburg Germany

Aku buat apa jer dengan souvenier ni...

Aku dulu suka kumpul dan gantung kat work station...tapi ada tangan panjang plak amik koleksi..makin hari makin berkurang...jadinya aku simpan dalam box...simpan je...nanti aku bawak balik rumah...nak buat satu sudut...dan gantungkan..sebagai koleksi dan kenangan...nak pergi ikut jejak ke tempat- tempat tu ntah bila dapat pergi lagi kan...better kumpul dan masukkan dalam wishlist...aku ni sebenarnya teringin nak ke Korea...tapi nanti la..biar mak sihat dulu..biar dania habis exam dulu...dah selesai semua baru fikir nak pergi mana- mana...teringin nak melancong berdua dengan Dania...dia tengah bz nak UPSR ni..sebab tu kena sabar dulu...

Terima kasih yang tak terhingga buat boss dan kawan- kawan yang tak putus2 bagi souvenir kat aku...kalau pergi obersea beli la lagi...hahahaha......

Thursday, April 28, 2016

Diet La Sangat SA oiiiiii......

Diet Tu Apa?

Hi korang...eleh...paranoid sebenarnya...sebenarnya berat badan aku ok jer..sebab bawah 55kg memang ok untuk tinggi aku 158cm...aku je macam tak leh terima bila berat dah cecah 54kg...eleh naik sekilo je kan...tapi bila dah naik sekilo tu..ada potential naik berkilo- kilo....ye tak?Bila dah umur makin meningkat ni..pemakanan memang kena jaga..tak boleh nak main hentam je...Nak plak kalau dah ada penyakit keturunan..Diet pun nak kena tau amalan nya jugak..bukan diet tak makan ye...makan..tapi dalam jumlah yang sikit...

Kenapa Takut Sangat Berat Naik?

Takde la takut..tapi lebih kepada berjaga- jaga sebab bila berat aku dah naik..aku akan cepat jatuh sakit..nak plak history keturunan aku ada penyakit 3 serangkai..so dari sekarang la nak kena berjaga- jaga...ala..umur baru 38 tahun kot...haaa korang jangan tak tau...sekarang penyakit tak kira umur...umur 23 tahun pun boleh dapat pelbagai penyakit kronik kalau tak jaga..tengok mak aku...sekarang umur 60 tahun...macam- macam penyakit...tapi mak memang keturunan dia penyakit yang sama..memang takleh lari dari Kencing Manis, Darah Tinggi..now effect Jantung, Paru- paru dan Buah Pinggang...Aku tak de la cakap mak aku tak jaga pemakanan...even kita jaga bagai nak rak pun kalau penyakit nak datang memang takde bagi signal..


Pagi tadi aku dah sarapan mee goreng ngan ayam goreng seketul..so agak kenyang...so untuk tak rasa lapar bila dh lepas waktu tenghari baik aku makan buah yang berserat macam betik..at least aku rasa kenyang sampai ke petang...so petang nanti boleh la aku makan benda lain yang boleh buat aku kenyang sampai ke malam...

Malam plak kalau lapar aku makan je apa yang ada...sekarang nak kena avoid nasi..tak boleh ambik selalu...sebab nasi ni jahat skit..dia la punca berat badan cepat naik...lama plak aku tak makan roti...so...kena la mulakan semula makan roti...dari Isnin sampai ke Jumaat makan roti then Sabtu Ahad baru makan nasi...hepppp...bukan makan sepinggan...makan sesenduk nasi...pas tu lebihkan sayur atau lauk...tak lupa makan buah....Diet bukan bermakna langsung tak boleh makan...boleh je...cuma jauhkan nasi...jauhkan coffee...lebihkan air kosong...kalau boleh maintain 8 gelas sehari...makan secara kerap pun takpe tapi kena pastikan jumlah makanan yang diambil...kalau tak sia- sia je diet...

Okey....lets did it again...nak dapatkan badan ideal bukan nak cantik aje tau....sebenarnya lebih kepada nak sihat....

Perhatian Untuk Mereka Yang Bukan Penggemar Sayur

Hi korang..

Wah dah hari Khamis ye..ni ha semalam adik aku ada share kat FB dia so aku terpanggil pulak nak share kat blog aku...mana tau ada readers or followers aku yang tak suka makan sayur...meh nak citer sikit kebaikkan dan khasiat sesetengah sayur...aku dulu kecik- kecik x suka gak makan sayur tapi sebab Abah Mak paksa makan so tak leh nak kata apa kena la makan sayur.Lagi satu  tiap kali nak makan sayur abah akan cakap..sapa nak pandai cakap omputih kena makan sayur especially Kentang...hakikatnya...hurm..kalau tak belajar English betul2 pun tak pandai gak speaking London kan...hehehe....

Dah2 jom baca....









Haaaa...

Banyak kan khasiatnya...

Paling penting bila kita orang perempuan ni masa mengandung...kalau tak makan sayur macam mana plak kan..cane nak dapat baby yang sihat, cergas kalau tak makan sayur..untuk yang lelaki pun..kalau tak makan sayur ke..buah ke...acaner nak dapat sperm yang berkualiti...ye tak?
So adik2 abang2 kakak2 kat luar sana..segera la mulakan makan sayur sebab semua ni merupakan makanan penting untuk semuanya...baik untuk kesihatan baik untuk dapatkan baby yang sihat...

Dah2 jangan nak mengada tak makan sayur...

Sila makan sayur sekarang jugak....eee pelik la kalau makan nasi takde sayur....kan?



Gambar Sumber FB.....

Wednesday, April 27, 2016

AADC2 Selepas 14 Tahun....

Nafas baru untuk filem Indonesia

Hi korang....

Esok wey....esok....AADC2 selepas 14 tahun....huiii dulu aku giler betul ngan citer ni...ahaks...tak sabarnya nak tengok Nicholas dan Dian...agak2 kan cik abe aku tu nak tak tengok citer ni...korang rasa dia nak tak layan aku tengok AADC2 ni....gerun ni...gerun..sure dia tak nak punya tengok citer jiwang2 ni...kalau dia tak nak tengok macam mana erk..aku nak pi tengok ngan sapa plak...alaaaa.....



AADC pernah mencatat fenomena pada 2002 apabila gandingan Nicholas Saputra dan Dian Sastrowardoyo mendapat sambutan. Lagu tema filem ini dengan tajuk sama dendangan Melly Goeslow juga cukup diminati.

Nama Nicholas dan Dian juga melonjak naik menerusi filem ini hingga menarik minat pengedar Malaysia membawa filem lakonan mereka di sini seperti Ungu Violet lakonan Dian dan Janji Joni (Nicholas).

AADC juga memberi nafas baru kepada industri filem Indonesia yang dilihat kembali bangkit selepas mengalami zaman suram.

Kini selepas 14 tahun, Nicholas dan Dian kembali bercinta di layar perak. Tentunya peminat mereka tidak sabar menyaksikan Rangga dan Cinta bertemu kembali.

Apakah cinta mereka kembali bertaut dengan pertemuan kali ini? Tapi suasananya kini berbeza, bukan lagi cinta remaja sebaliknya sudah dewasa dan mungkin bertemu cinta baru.

Bagi Primeworks, filem ini dilihat sebagai peluang yang baik untuk bekerjasama dengan penerbit dari negara jiran selepas kali terakhir bekerjasama kira-kira 10 tahun lalu.

Sebelum ini Grand Brilliance bukan saja membawa filem Indonesia ke sini malah cuba menembusi pasaran di sana dengan menghasilkan filem Love arahan Kabir Bhatia yang dijayakan pelakon terkenal Indonesia.

Persetujuan membawa masuk filem ini juga diambil selepas melakukan tinjauan dan menunjukkan ramai yang tidak sabar menontonnya apabila dimaklumkan kehadiran sekuelnya. Ramai juga berkongsi trailer filem ini di laman sosial selepas dilancarkan bulan lalu.

Mampukah AADC2 menarik minat penonton ke panggung menyaksikan kisah Cinta dan Rangga? Atau pun filem ini mengalami nasib sama seperti Aach...Aku Jatuh Cinta yang kurang sambutan ketika ditayangkan 17 Mac lalu?

Mungkin gandingan Chicco Jerikho dan Pevita Pearce dalam Aach...Aku Jatuh Cinta agak asing bagi penonton Malaysia, malah promosi untuk filem usahasama Malaysia-Indonesia ini juga kurang hingga kehadirannya di pawagam kurang disedari.

Berbeza dengan AADC2, nama Dian dan Nicholas cukup kuat dan promosinya juga sudah bermula dari awal untuk memastikan ia sekali lagi mampu mencatat fenomena.

Nicholas turut dibawa khas dari Jakarta untuk hadir di majlis Media Prima Screening 2016, Rabu lalu dan malam gala filem ini pula diadakan pada 26 April ini menyaksikan kehadiran pelakon utamanya bersama pengarah, Riri Riza.

SUMBER 

Next Target Reward Untuk Jam Tangan Pula..

Hi korang...

Aku dah 15 tahun lebih tak pernah tukar jam tangan...hehehe...setia dengan jam tangan pemberian Abah aku dulu...sampai sekarang masih aku guna...lepas tu baru- baru ni cermin jam dah retak..tapi still aku guna jugak..masa buat kerja advertorial dengan Zalora aku ada redeem jam tangan kan...yang kaler hitam tu aku hantar pi potong talinya...hehehe..sambil tunggu orang kedai tu potong tali sambil aku cuci mata pas tu curi2 amik gambar...eh takde la mahal mana pun jam tangan yang di jual kat kedai jam..ingat sampai seribu harga eh..takde la..semua rata2 bawah RM500. Yang paling mahal for sure jenama besar- besar...

Jom ikut aku cuci mata..



Cantik kan..jenama GUESS


yang ni E-SPRIT


yang ni plak jenama ELLE


Yang ni CASIO..


Harga Bawah 500

Harga RM200 plus plus pun dah cantik dah...korang rasa yang mana satu yang aku aimed?hehehehe...
Aku memang suka jam tangan..ekceli ada banyak je jam tangan aku...tp aku setia pakai yang Abah aku bagi tuh..yang stainless steel...la ni rasa nak beli something yang ada jenama dan berkualiti...kira nak reward diri jugak ni...aduhai...rambang dah mata...orang cakap kalau beli jam kat kedai biasa macam ni...boleh bargain lagi...masalahnya aku ni tak reti nak bargain...aku cepat kesian....korang rasa nak pang aku tak? haahahaha...

Aku lom beli lagi jam tangan...tengah berkira- kira nak beli.....

WW: Jangan Sombong

Hi korang...

Nothing much to say...


peringatan untuk diri sendiri juga...


Suriaamanda Usung Buah Hati Terbaru

Hi korang..

Aku ada buah hati baru...heheheh...bukan cik abg baru...cik abg yang tu ada tersimpan kemas dalam hati..hehehe..ni buah hati baru yang aku usung ke hulu ke hilir...jangan terpedaya dengan tajuk di atas ye..gimmick je lebih..sedangkan orang tak kisah pun...

Hanya nak reward diri sendiri..hasil kerja dan hasil blogging..combined so beli la handbag baru...nak beli lagi besar jenama tak mampu..tunggu aku dapat rezeki terpijak...lagi pun dari beli handbag rega boleh bayar deposit kereta, baik aku beli kereta lagi satu kan?


tadaaa...jenama ELLE


Aku dah rasmikan Sabtu lepas masa pi event..

Harga?

RM469..

Beli kat ne?

Kat Isetan KLCC...mula2 nak amik Carlo Rino...dah pilih dan nak pi bayar dah..ntah cane ternampak plak yang ELLE ni...terus terpaut hati....ah..pejam mata rembat je la...

So..cukup ye...ini je reward untuk diri sendiri untuk tahun ni...moga ada rezeki lebih lagi akan datang...

Aminnn.....

Cantik tak handbag baru aku?

Tuesday, April 26, 2016

Kebun Sekangkang Monkey Segar Dan Subur

Hi korang...

Ingat tak sebelum ni aku ada up pasal kebun mini aku depan rumah? tanah nan sekangkang monkey tu?
Ingat tak?haaaaa....sekarang dah membuahkan hasil..yang tak jadi cuma kangkung je..yang lain semua menjadi...pandai abah aku jaga...hehehe...maknanya apa tu? tangan abah aku sejuk kan?Malah abah dah tanam macam2 plak kat depan tu..


Pokok Limau Kasturi...( aku tak tau wujudnya pokok ni..)


Pokok Karipule...


pokok cili api..tengah banyak berbuah


ni satu lagi tengah lebat berbuah...


pokok bendi pun subur jer..


Anak2 pokok cili dan bendi yang tengah subur membesar..


sayur sawi melaka...dah 2-3 kali petik buat goreng..


Best bila semua tanaman menjadi..alkisahnya aku tak dapat nak teruskan projek ni sebab busy kerja kan...so aku bekalkan abah ngan modal untuk dapatkan anak2 pokok cili..dan benih2 sayur..yang menjadi nampaknya pegaga, sawi dan bendi..pokok cili tu segar bugar subur membesar..geram tengok..kalau la pucuk dia leh buat gulai dah lama aku petik..geram...hehehe...mak ckap cili tu pun dah banyak kali abah pungut utk masak...jimat..ye la..sekarang ni semua mahal kan...

Lepas ni nak tanam apa plak erk???

Meriahnya Menu Ahad Lepas

Hi korang...

Minggu lepas aku balik Seremban hari Sabtu sebab terlibat dengan event kat The Mines, Serdang. Nanti aku up entry pasal tu...so agak lambat la aku balik Sabtu tu...malam tu aku makan sikit je..ada lauk ikan keli sambal..dah lambat balik dan dah lapar makanya takde la nak amik gambar bagai...

Ahad aku masak...my turn masak sebab kesian kat abah dan adik aku yang sorang lagi...apa yang ada dalam fridge aku masak..cuma beli ketam je sebab teringin nak makan Kari Ketam...murah pulak ketam Ahad lepas..beli kat Family Store...besar2...sekilo RM21.90. Aku amik 6 ekor kena RM 41.90 macam tu..murah kan...kalau kat pasar besar RM26 sekilo...

Jom tengok gambar lauk aku masak...


Daging cincang goreng kicap


Sup cendawan dan kentang ( lauk mak)


Kari ketam


ni nak tunjuk ketam ni besar...


ayam goreng kentucky untuk anak- anak


sup kentang dan telur tu untuk Ayah si kembar yang tengah diet...

Seronok makan..

Sebenarnya seronok kalau makan ramai- ramai...dari takde selera terus berselera kan...lagi best bila masing- masing makan bertambah...

Entah bila dapat berkumpul lagi...adik bongsu aku dah balik Penang..so tak complete la...

tunggu raya la plak nanti...

Monday, April 25, 2016

Hasil Blogging Rezeki Anak- Anak Buah

Hi korang...

Seronoknya dalam dunia blogging kalau berkolaborasi dengan mana- mana online shopping website...leas dah buat kerja sure dapat habuan..hehehe...alhamdulillah ini la hasil selepas kolaborasi dengan client..harap diorang satiesfied dengan hasil kerja aku...

Rezeki buat anak buah aku la kali ni...Dania dah besar kan..so..kena belikan dia benda lain plak...



untuk Qhaira...


Si kembar Adeliya


Sikembar Aressa


Qhaira..

The best part masa aku balik Sabtu lepas..kebetulan diorang ikut atuk jemput mama...masuk2 kereta je masing2 peluk aku macam 5 tahun tak jumpa..siap kiss2 lagi...eh kenapa plak ni..tak pernah- pernah bodek macam tu...terus hilang letih mama...hehehehe....

Macam dah tau- tau je mama ada bawakkan something untuk diorang kan...lepas tu dah dapat habuan...menyombong balik dengan mama..especially Qhaira tu...hahaha...

Ragam anak anak kan....

Layankan aje...janji letih kerja hilang....

Sunday, April 24, 2016

Mulut Longkang Memang Susah Ditutup

Hi korang...

Kadang- kadang kan aku tak faham kenapa sesetengah orang masih ada yang bermulut longkang...bertanyakan soalan - soalan yang kurang bijak terhadap sesetengah orang kan...nak plak soalan yang cepu emas tentang jodoh, tentang anak dan macam - macam la....

Contoh macam kat bawah ni kan....



Korang pernah alami?

Aku memang sentiasa alami la...dari awal kahwin dulu sampai la ni dah 11 tahun aku menjanda...pas tu macam biasa aku akan dapat soalan part jodoh jer la...

Sampai satu tahap aku malas nak join kenduri...

aku malas nak pi beraya...

Sampai satu tahap kalau ada orang datang rumah aku lebih rela duduk kat dapur dari duduk ngan diorang sekali...

tak faham aku kenapa dalam dunia moden ni masih ada lagi yang kuno tak reti nak jaga perasaan orang...

Mungkin diorang tak rasa kot kan?


Sarapan Roti Sardin

Hi korang..

Selamat hari minggu...sarapan apa korang?

ini bukan sarapan hari ni ye..ini sarapan Jumaat lepas...pagi tu aku sarap roti sardin...kenyang sampai ke tengahari...sedap sebab kuah kari...aku kalau makan roti canai ke, roti telur ke mesti cicah kuah kari...baru la sedap giler..



Sampai tumpah2 kuah tu ha...

kalau roti sardin ni aku suka letak bawang ngan cili skit...kalau sardin semata macam hanyir kan...

lain orang lain tekaknya...ye tak..

Selamat hari minggu korang...hari ni nak lepak je...malas nak kemana- mana...

Saturday, April 23, 2016

Mee Kari Udang SSM

Hi korang..

Kadang- kadang aku ada masalah dalam membuat keputusan nak makan apa dan kat mana..dah sebulan tak bawak bekal ni kan...nak masak dapur takde..well kawan aku ajak makan kat SSM, ada cafe kat situ dan sememangnya makanan yang dijual murah serta berpatutan..ini merupakan kali ke 3 aku makan kat sini...sedap pun sedap...cafe pun bersih...

Tanpa lengah aku order Mee Kari Udang dan teh O . Untuk dua item ni aku dikenakan RM7.40.

Murah kan?



kuah plak xde rasa kari tapi lebih kepada mee udang nyer kuah...boleh jer layan sebab sedap...


Teh o panas pun sedap...tak manis...

Sesekali perlu ubah selera kan...

Takkan asyik nak makan kat tempat yang sama je...eh bila nak bawak bekal semula ni...aku sebenarnya plan nak cari bilik sewa or rumah sewa lain la...x selesa kalau rumah tu takde barang..sebelum ni sewa ada semuanya..nak plak sewa bilik tu termasuk apa yang dah dijanjikan fully furnished kan...sekarang bila semua kosong rasa macam tak adil plak...

Korang rasa macam mana?

Perlu aku keluar dan cari bilik sewa lain atau terus stay kat situ?

Rasa Segar Sepanjang Hari Dengan Minuman Botani Terbaik

Hi korang...

Pernah ambil minuman Botani?Tak pernah? meh aku nak bagi tau ni... Nia Ultimate merupakan makanan tambahan yang di rumus khas untuk kesihatan dan boleh diambil setiap hari. Di datangkan dalam 2 elemen iaitu Nia Vera dan  Nia Ultimate mampu membuatkan anda berasa sihat sepanjang hari. Aku dah merasai kehebatan minuman kesihatan ni dan sememangnya rasa kesegaran bertambah setiap hari..bangun tido pun senang sekarang ni...dan yang paling penting TIADA KESAN SAMPINGAN....

Aku ni plak kerja memang tak serupa orang takdenya masuk 8.30 pagi tu kang sharp keluar opis pukul 5.30 petang..non hado okey....selalunya paling cepat aku balik pukul 7 malam..tak pun pukul 8 or 9 malam...tengok pada boss la...cepat dia balik merasa la aku balik cepat...hehehe..untuk itu aku perlukan makanan tambahan yang boleh  buat aku segar sepanjang hari...hadir plak Nia Vera dan Nia Ultimate ni...memang pucuk dicita ulam mendatang la kan..bagai disorong bantal...tepat pada masanya...sekarang menjadi amalan nak pulak aku memang ada masalah gastrik sebelum ni kan...takpe..kita usaha untuk sihat kan..selebihnya biar Allah yang tentukan...

Jom kita berkenalan dengan product ni...



NIA ULTIMATE JUICE ( Mengandungi Vitamin B17 dan Antioksidan)

Rumusan 13 dalam satu

1.  Manggis - membantu menyeimbangkan sistem kelenjar endokrin disamping menyembuhkan peradangan

2. Durian Belanda - menyerang sel kanser secara efektif dan semulajadi, disamping melindungi sistem kekebalan tubuh.

3. Ekstrak Buah Naga - diperkaya dengan serat yang membantu melancarkan sistem pencernaan manusia. Secara tidak langsung dapat menghindarkan dari risiko kanser usus.

4. Ekstrak Kranberi - sumber yuang bagus bagi serat vitamin C dan vitamin E serta dapat mengurangkan risiko mendapat penyakit jantung, darah tinggi, strok, kencing manis dan obesiti. 

5. Habatussauda- komponen aktif seperti thymoquinone dan alpha-hedrin yang dikenalpasti dapat bertindak juga sebagai anti radang, anti mikro dan juga antiparasitik.

6. Ekstrak Stevia - merupakan pemanis semulajadi yang sangat seuai untuk pengidap diabetes dan golongan yang mementingkan kesihatan dan penjagaan diri

7. Ekstrak Biji Aprikot - kaya dengan B17 atau amigladin disyorkan untuk makanan tambahan harian bagi tujuan kesihatan umum terutama mencegah dan merawat penyakit kanser.

8. Kiwi - berfungsi mengawal kolestrol dan darah tinggi

9. Delima - antioksida yang bersifat antikanser dan melambatkan proses penuaan.

10. Ekstrak kurma - kaya dengan vitamin, karbohidrat, dan fiber. Berupaya juga membantu mengurangkan kolestrol di dalam badan.

11. Ekstrak Anggur - mempunyai kandungan antioksida yang tinggi dan dapat bertindak menghalang racun radikal dari merebak ke dalam sel badan 

12. Ekstrak Belalai Gajah - Bertindak sebagai antikanser, antidiabetik, antioksidan dan antiradang

13. Epal Hijau - Mengandungi Antioksida yang bersifat antikanser dan membantu sistem pencernaan



NIA VERA

Sejenis minuman yang dirumus daripada Aloe Vera dan pati Kurma Ajwa ( kurma nabi) untuk membanu mengekalkan kesihatan sistem penghadaman dan memperbaiki kesihatan secara keseluruhan.

Kurma Ajwa kaya dengan kandungan serat yang tinggi, manakal aloe vera mampu menyeimbangkan pH optimum dalam usus

Gabungan Aloe Vera dan Kurma Ajwa membantu dalam proses penyerapan nutrient ke dalam usus, memudahkan proses penghadaman, pencernaan, mencegah masalah sembelit dan meningkatkan keupayaan sistem imun.


Cara penggunaan Nia Vera

3 sudu (20ml), 2 kali sehari sebelum makan
goncang botol sebelum digunakan
boleh diminum terus atau dicampur jus buah- buahan


Cara Penggunaan Nia Ultimate Juice 

2 sudu (20ml), 2 kali sehari sebelum makan
goncang botol sebelum digunakan
boleh diminum terus atau dicampur jus buah- buahan



Setiap pagi aku akan ambil 3 sudu Nia Vera sebelum sarapan....the best part kan..sampai office aku akan berlari ke toilet dulu...buang apa yang patut...lega perut tau...lepas tu boleh sarapan macam biasa...banyakkan minum air...


Nia Vera Best....



Nia Vera dan Nia Ultimate Juice ini keluaran Nia Amira Health & Beauty dan merupakan product keluaran Malaysia yang mempunyai sijil GMP di bawah Muslim product.
boleh digunakan tanpa was- was ye...

Nak cuba?

Jom layari lama media sosial diorang...

Tel : 019-3709002, 
010-4029002 
atau 
010-4019002


Selamat Mencuba....



Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah