Monday, March 7, 2016

Resepi Mee Jawa..


RESEPI MEE JAWA

Bahan Kuah:
● Sedikit Udang Kering
● Segenggam kacang tanah (disangai)
● Cili padi (mengikut selera masing2)
● Sedikit jintan manis
● Sedikit jintan putih
● 2 biji kentang (direbus hingga empuk)
● 2 biji keledek (direbus hingga empuk)
● Air rebusan daging 

Bahan Untuk Kuih:
● Tepung gandum
● 100g udang sederhana besar
● Daun kucai
● Daun bawang
● 1 sudu mauripan
● Telur (dipukul hingga kembang)

Caranya:
Untuk Bahan Kuah:
1. Rebus daging dan ambil airnya.
2. Kacang tanah disangan tanpa minyak. Kemudian kisar halus.
3. Tumbukkan jintan manis dan jintan putih sehingga lumat.
4. Tumbukkan cili padi sehingga lumat. Jumlahnya tidak terbatas, mengikut selera masing-masing.
5. Tumbuk udang kering yg telah dibasuh sehingga lumat.
6. Akhir sekali tumbuk kentang dan keledek yang telah direbus sehingga empuk tadi.
7. Satukan kesemua bahan-bahan di atas dan gaul rata menggunakan air rebusan daging. Sekiranya adunan tidak halus, bolehlah dikisar menggunakan blender supaya kuahnya lebih halus.
8. Kemudian, masukkan bahan yang telah digaul rata ke dalam periuk, masak di atas api yg sederhana. Sekiranya kuah kelihatan cair, puan boleh bancuhkan sedikit tepung jagung/tepung gandum dah masukkan ke dalam kuah.
9. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Boleh juga ditambah dengan serbuk perasa sekiranya suka.
10. Masak sehingga kuah mendidih.

Cara Membuat Kuih:
1. Masukkan tepung gandum ke dalam mangkuk.
2. Pukul 1 biji telur ayam sehingga kembang dan masukkan ke dalam tepung tadi.
3. Masukkan udang, daun bawang dan kucai yang telah dipotong ke dalam adunan.
4. Kacau adunan hingga sebati, masukkan 1 sudu mauripan untuk menjadikan adunan kembang. Garam secukup rasa.
5. Biarkan sehingga adunan kembang barulah digoreng seperti membuat jemput-jemput tepung.

Hiasan:
1. Rebus 3 biji telur dan belah 2 setelah masak.
2. Hiris nipis daun sup untuk ditabur ke atas mee.
3. Gorengkan bawang untuk penabur.
4. Tumbuk udang kering sehingga menjadi serbuk halus.
5. Hiris nipis cili masak.
6. Rebus tauge.
7. Potong kuih yang telah digoreng tadi.

selamat mencuba

Sumber FB


13 comments:

  1. sedap ni. lea memang suka makan mi jawa. klu dekat kpg dekat kuching siap makan dengan sate pagi2

    ReplyDelete
  2. Dah terliur mak buyong tgk.. Hehe

    ReplyDelete
  3. sedapnya mee jawa ni..tapi belum pernah buat sendiri lagi.boleh cuba resepi akak.

    ReplyDelete
  4. Bab makan ni memang wana terliur tengok..hirup sup tu yang best..slurp.. :)

    ReplyDelete
  5. Walaupun kakak ipar kakak bukan jawa tapi dia buat mee jawa macam ini memang tip-top SA.
    Kakak suka sangat:)

    ReplyDelete
  6. kalau tengok gambo memang nampak sedap sangat...akak rase cam penah makan...ke tak penah...hahaha...ntah le tak berapa nak ingat sebab akak ni sume pon main balun je...hehehe....nanti akak share n3 pasal mee udang yg mabeles kat melaka pulak :)

    ReplyDelete
  7. awww...buatku terliur huhhuhu #lapar

    ReplyDelete
  8. rupa nyer mcm mee rebus... mee kari.
    aida x pasti pernah ke tak makan mee jawa ni.
    sebab memang makan apa pun makanan :) ha ha ha...

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......