Wedding Of The Year
Belum pun terlewat lagi aku nak update tentang perkahwinan Samtilla ni...macam - macam cerita aku baca..ada yang suka..ada yang tak suka..alahai dah jodoh diorang kan...pada aku doakan kebahagiaan mereka lebih baik dari sibuk duk caci maki ke apa...diorang kawen jugak...kebahagiaan milik diorang jugak...Ada mata pandang...ada telinga dengar dan ada mulut diam...betul artis ni milik masyarakat..dah tu artis pun insan biasa..manusia biasa..perlukan pasangan hidup..sukahati dia la nak kahwin ngan siapa atau siapa pasangan hidup dia kan....bukan luak pun duit mereka2 yang mengutuk ni...duit diorang...tajaan untuk diorang....rezeki diorang...kan?
Tak faham aku dengan orang- orang Malaysia ni..bila dah taksub..semua tak ok plak....
Sam dan Syatilla dinikahkan oleh jurunikah, Profesor Madya Datuk Ellias Zakaria, Pengarah Pusat Transformasi Insan, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang dengan satu kali lafaz. Sam melafazkan akad nikah dengan sekali lafaz.Syatilla juga menerima mas kahwin sebanyak RM10,082. Dua pelakon itu kelihatan segak dan anggun menggayakan persalinan berwarna putih. Sam turut menyarungkan cincin bertatahkan berlian bernilai RM128,000 tajaan Ceres. Sehari sebelumnya, pasangan selebriti itu diraikan dalam majlis pertunangan ringkas dan berinai.
Mereka diijabkabulkan selepas mengumumkan mengenainya pada 12 Januari lalu apabila sekian lama berteka-teki mengenai hubungan mereka. Pasangan ini bakal diraikan dalam majlis resepsi sebelah pengantin perempuan di Bukit Jawi Golf Resort, manakala majlis sebelah pengantin lelaki akan diadakan pada 14 Februari ini di Hotel Mandarin Oriental.
Selamat pengantin baru buat Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin..aku bukan la peminat tegar mereka...just amik tau jugak la sikit kan..nanti orang cakap aku x baca paper..tak tengok TV...dulu masa muda- muda memang la excited ngan artis...tp dah makin berusia ni...macam tak berapa nak minat plak...eh...
Moga mereka kekal bahagia hingga ke akhir hayat.. ;)
ReplyDeleteTahniah untuk mereka berdua.
ReplyDeletetahniah to all..
ReplyDelete