Sunday, February 28, 2016

#Projek100buku


#PROJEK100BUKU | BUKU BERGAMBAR YANG WAJIB ADA DI SETIAP RUMAH






Peranan buku dalam kehidupan sangat penting. Sejak dari alam persekolahan lagi kita telah berdamping dan bersahabat dengan buku. Buku merupakan aset paling penting dalam dunia pembelajaran. Ia memberikan kita ilmu dalam pelbagai bidang. Walaupun zaman telah berubah kepada dunia moden dan teknologi, buku masih menjadi pilihan di sekolah mahupun Universiti. Buku sentiasa dekat dan terus menerus bersahabat dan memikat hati kita, dari kita kecil hinggalah dewasa.


Pernah kah kita lihat kanak-kanak tidak berminat dengan buku? Cuba kita bawa anak-anak kecil berlalu di hadapan kedai buku, adakah mereka akan berhenti untuk melihat dan menyelak buku-buku yang dipamerkan ataupun tak tertarik lansung dengan buku. Pastinya mereka akan tertarik hati dengan buku, dan membelek-belek buku yang dipamerkan lebih-lebih lagi buku-buku yang berwarna warni atau mempunyai watak kartun yang comel. Buku sememangnya sangat dekat di hati kanak-kanak tapi untuk memupuk budaya membaca di kalangan kanak-kanak hingga dewasa memerlukan sokongan dari kedua ibubapa.

Atas kesedaran pentingnya budaya membaca di kalangan kanak-kanak dan juga memberikan ilmu bermanfaat yang menarik untuk kanak-kanak, Karangkraf telah menganjurkan #projek100buku bagi menyediakan bahan bacaan berkualiti dengan harga yang mampu dimiliki oleh setiap keluarga.




ISTIMEWANYA BUKU #PROJEK100BUKU


* dihasilkan oleh penulis dan pelukis tempatan dengan bimbingan pelukis seni naif dan penulis buku kanak-kanak berpengalaman, Yusof Gajah yang pernah memenangi pertandingan ilustrasi kanak-kanak di Pulau Nami,Korea dan kini berperanan sebagai juri dalam pertandingan tersebut.


* dengan bimbingan Yusof Gajah, buku buku ini di hasilkan mengikut format buku kanak-kanak di peringkat antarabangsa.


* Berkonsepkan buku bergambar yang menitikberatkan gambar/ilustrasi, yang mana walaupun kanak-kanak tak mampu membaca tapi masih boleh memahami jalan cerita hanya dengan melihat gambar.


* Sangat dekat dengan dunia kanak-kanak ,yang mana buku ini dihasilkan dari sudut pandangan seorang kanak-kanak dan menitikberatkan apa yang disukai dan gemari kanak-kanak.


* memberikan kanak-kanak ilmu tentang budaya hidup melayu ,dan kisah masyarakat di Malaysia yang kebanyakkan nya tidak diketahui oleh kanak-kanak disebabkan kurang pendedahan.


*buku bergambar ini bukan sekadar membantu kanak-kanak belajar membaca,tetapi juga berperanan menyelesaikan permasalahan yang di hadapi ibubapa dalam mendidik anak-anak dari segi kebersihan, kesihatan, pemakanan dan juga emosi.







MENGAPA BUKU #PROJEK100BUKU WAJIB ADA DI SETIAP RUMAH

*Mempunyai 100 judul buku yang menarik untuk dipilih

*mempunyai 5 kategori buku untuk memudahkan pemilihan.

* ilustrasi yang comel dan berwarna warni

* harga mampu milik, hanya RM3 sebuah

* saiz buku yang kecil dan ringan sesuai dengan kanak-kanak

*cerita pendek sebanyak 16 mukasurat yang padat dengan ilmu pengetahuan dan nilai murni

* didatangkan dengan kotak menarik untuk simpanan koleksi 100 judul buku sekiranya anda membeli 100 tajuk












Untuk dapatkan buku-buku #projek100buku secara online boleh dapatkan dengan melawati blog salah seorang pelukis ilustrasi #projek100buku ini di www.housewifearts.blogspot.my .Untuk maklumat lanjut tentang buku #projek100buku boleh juga ikuti laman sosial pelukis ini di FACEBOOK
dan INSTAGRAM . Buku-buku #projek100buku ini boleh juga didapati di kedai-kedai buku milik Karangkraf.










Saturday, February 27, 2016

Segment Bloglist Azlindaalin.com Mac 2016

Citi Credit Cards Citibank MalaysiaSponsored Learn more Segmen bloglists Azlinda Alin Feb 26, 2016, 4:26 PM From Azlinda Azman to you & 37 more Details Salam, Saya nak mencari bloglists untuk daily BW bulan Mac. Jemput Join ya ! Tq for support ;) Muahssss.. Codingnya:-

Segmen Bloglists azlindaalin.com Mac 2016

Pencarian bloglists bagi bulan Mac 2016 di blog azlindaalin.com


Segmen Bloglists azlindaalin.com Mac 2016


Syarat-syaratnya :
Follow blog azlindaalin,
Add To Circle Google+ Azlindaalin ,


Masukkan blog www.azlindaalin.com ke dalam bloglist anda.

Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen DI SINI

10 bloglists akan di pilih. Keputusan pemenang akan di beritahu pada 1 Mac 2016. Akan di masukkan terus ke dalam bloglists www.azlindaalin.com dan InsyaAllah Azlinda Alin akan blogwalking setiap hari.

Tarikh mula dari 26 Februari 2016(Jumaat) sehingga 29 Februari 2016 (Isnin, Jam 11 Malam).

Senang je,kan...



Friday, February 26, 2016

Nana Nafi Jalin Cinta Dengan Pengurus Sendiri

Hi korang...

Makin lama makin cantik plak Siti Nordiana ni sejak jadi juara Gegar Vaganza tahun lepas kan...makin popular dan banyak gak aku baca yang sejak dia bergelar juara dia semakin sibuk memenuhi undangan.
Tak kurang jugak pelbagai gosip turut terpalit pada Siti Nordiana.

Nana tetap menafikan cerita berkenaan hubungan dia dengan seseorang..ala...diorang ni pun satu kan...bila Nana dah berjaya bukan main lagi banyak cerita tentang dia..bila dulu dia agak tenggelam dalam dunia nyanyian sorang pun tak peduli...kan?



KUALA LUMPUR: Juara Gegar Vaganza musim kedua, Siti Nordiana, 31, menafikan sekeras-kerasnya cerita kononnya dia kini menjalinkan hubungan dengan pengurus sendiri yang dikenali sebagai Anas.

Menganggap gosip berkenaan sebagai resam untuk anak seni dan sekadar andaian sesetengah pihak yang pantas menjatuhkan hukuman, penyanyi Cinta Hanya Sandaran yang mesra disapa Nana itu bagaimanapun tidak cepat melatah dengan cerita sebegitu.

Saat ini, katanya kepada BH Online, beliau selesa dengan status ibu tunggal kepada seorang anak lelaki, Mohamad Rayyan Nakhaie, hasil perkongsian hidup dengan pelakon drama, Mohd Faizal Yusup.

Nana dan Faizal berkahwin pada 2006 dan berpisah tiga tahun kemudian. Faizal yang kemudian berkahwin lain meninggal dunia akibat serangan jantung pada 2011.

"Memang tiada sebarang hubungan cinta antara saya dan Anas. Mungkin orang tengok dia selalu ke hulu ke hilir bersama saya atas urusan kerja, jadi mereka pantas menganggap adanya hubungan istimewa antara kami.

"Anas sudah lama menjaga kerjaya seni saya, sejak berada di bawah bumbung syarikat FMC lagi. Malah, saya juga mempunyai seorang pembantu peribadi wanita," katanya.

Dalam perkembangan lain, Nana akan merakamkan single baharu tidak lama lagi.

"Saya sudah pun menerima sebuah lagu berkonsep pop yang belum diberi judul, hasil ciptaan Omar K. Cuma, saya belum sempat merakamkannya lagi. Sehingga kini, jadual saya masih padat dengan pelbagai undangan persembahan.

"Selain itu, saya juga sibuk menguruskan perniagaan jubah Paling Comel dan tudung di bawah jenama NanaRayyan," kata Nana yang turut mencatat kemasyhuran hasil lagu duetnya bersama arwah Achik.

SUMBER

Rindu.....

Hi korang...

Minggu ni aku tak balik Seremban...maka rindu la aku tak jumpa anak- anak aku ni ha...rindu la nak tengok keletah diorang..kenapa tak balik...ermmm....kerja la korang...nak masuk bidding projek...Sabtu Ahad ni aku kerja 24hrs sampai la Isnin...Isnin nanti baru balik..itupun tak balik Seremban jugak...matilanak...aduhai mata panda la nanti....

Rasanya aku tak share lagi gambar ni...


time elok...memang elok la mereka bertiga ni...tapi kalau bergaduh...erm...x tau nak kata apa...si kecik tu pun leh tahan gak tu..garang pun garang gak tu..kalau orang buat dia, dia pandai balas...


Amboii...gurau senda nampak...tgok aksi Qhaira tu...


pandai dah Qhaira buat peace...


say cheese yang x menjadi...


alalala...comel plak Qhaira senyum macam tu ha....tapi cekci la Qhaira...


Budak - budak buat apa pun comel  kan...lambat la mama nak tunggu minggu depan...minggu ni x balik..aduhai..rindu la mama nanti kan..nak-nak rindu Kat anak Dara mama sorang tu...ohh..esok dia ada camp UPSR..takpe la kakak..asalkan awak belajar dan explore dunia pembelajaran dengan seronok mama dh cukup senang hati dah....belajar rajin-rajin...

So anak-anak mama..kita jumpa minggu depan ye...

Antara Kebiasaan Dan Sepatutnya

Hi korang,

Pernah alami situasi kat bawah ni tak...aku selalu la nampak di sekeliling aku x kisah la kat mana- mana..ini namanya ambil kesempatan di atas nama kawan atau sahabat. Nak plak memang kawan kita tu peniaga barangan yang kita nak beli kan dan baru je success dalam dunia perniagaan..korang pernah buat macam tu ke..kalau boleh jangan la buat macam tu...mungkin korang boleh mintak sedikit kurang tapi jangan la sampai mendatangkan kerugian kat kawan kan.Jangan ambil kesempatan atas tiket seorang yang bernama KAWAN

itu pendapat aku la..my two cents only bak kata orang putih


Terus terang aku citer kat sini..aku adalah manusia yang paling tak reti nak mintak kurang harga kalau melibatkan kawan- kawan. Even pergi obersea pun kalau nak bargain aku memang tak reti..sebab aku ada satu perasaan macam kesian kat orang yang jual tu...akibatnya aku hanya akan terus bayar ikut harga yang dah tertera...Ntah aku pun tak paham kenapa aku macam tu...

Sebab tu sekarang kalau aku nak shopping .....aku akan bargain...atau pun  membeli belah dan dalam masa sama aku dapat keuntungan..kalau ikut aku dulu...memang aku pi kat area New Arrival je..takde aku nak pi yang ada discount 70-80% de..hehehe...itu kelemahan aku dulu....sejak beberapa tahun ni je la aku pandai skit...tak banyak..sikit je bab pengurusan kewangan aku kalau melibatkan hal shopping2 ni...

teruk aku ni rupanya dulu..hahahaha....memang duit gaji aku zero la menjelang tengah bulan...opppssss......itu dulu...sekarang tidak lagi....

kena bijak dalam berbelanja....

Thursday, February 25, 2016

Bila Anak Dah Akil Baligh

Hi korang...

Sure antara korang dah ada anak dara yang makin membesar kan..haaa..ini pengalaman aku bila anak dara aku yang baru berumur 12 tahun dan dah dapat period dia sejak berumur 11 tahun. Ikutkan aku macam tak leh terima sebab terlalu cepat untuk dia kan..tapi dah ketentuan dan aturan macam tu so aku kena la hadapi...untuk handle perkara melibatkan period anak ni memang aku tak cukup pengetahuan sebab sebelum ni aku dah set otak aku..takpe la anak aku masih kecik..tapi tu la..tup-tup dia period umur dia 11 tahun...ini bukan dugaan tau..ini tanggungjawab aku sebagai mak..so segala pengetahuan aku tentang hal perempuan ni kena la aku share dengan dia.. so aku kena la start tanya kawan- kawan dan google tentang cara- cara handle anak perempuan yang dapat period awal.

jom tengok conversation aku thru sms dengan Dania semalam....


Itu antara conversation aku ngan dia semalam...aku banyak share apa yang patut dan apa yang mak aku pernah citer kat aku dulu la..so aku ngan Dania agak close so aku kena share apa yang baik dan apa yang tak baik..dari segi pergaulan dia pun aku banyak tegur..no more gurau- gurau dengan Atuk, pakcik2 atau kawan- kawan lelaki dah...bukan tak boleh bergurau cuma tingkah laku kena jaga..dia dah anak dara kan...pergaulan dengan rakan- rakan sebaya yang lelaki pun kena jaga...termasuk jugak kebersihan diri..bila dah period ni kebersihan adalah no 1. Kena ajar dan selalu ingatkan cara- cara pengendalian pads dan cara buang serta tak lupa niat dan cara mandi wajib..

Bukan senang ada anak dara kan..bila tiba masa memang semua tu kita as a mom kena bagi tunjuk ajar..bukan senang tau tugas seorang ibu..dari melahirkan, membesarkan, memberi tunjuk ajar sampai la anak dewasa. Bila anak dah kahwin tugas tu tak putus..tetap ada tanggungjawab tu walau anak dah bersuami..itu yang aku faham.

Its not easy being a Mum.....kan?

Semua Orang Suka Hadiah Kan?

Hi korang...

Hari ni duk citer pasal rezeki je kan...hehehe..semalam rezeki aku lagi...kul 4 petang macam tu ada courier service hantar barang ni...mula2 macam pelik...bila aku buat review..sekali terfikir...oooo...hadiah dari website woop . ekceli aku baru je join woop tu..itupun sebab teruja tengok kawan- kawan banyak dapat hadiah kan...senang je...jawab jer survey2 dan point terkumpul..then dapat la hadiah2..kalau rajin jawab survey lagi sure boleh up kan point dan boleh redeem hadiah...so far aku dah jawab semua daily survey tapi yang big mission aku belum sempat buat lagi...tak dan nak hadap task tu semua...nanti la kalau masih valid aku cuba jugak la buat....


cantik kotak dia biru...


dapat 2 deodorant spray untuk lelaki dan perempuan...

bab dapat hadiah memang la seronok..

jimat tak yah nak keluar belanja untuk deodorant kan? hahaha...aku memang penguna tegar Rexona..kenapa?sebab rexona kering dan tidak melekit..aku rasa lebih yakin dengan rexona untuk kegunaan sepanjang hari..

Korang nak jugak?

jom sign up...


dah sign up boleh la jawab survey dan kumpul point...

Selamat mencuba...sharing is caring kan....

Rezeki Jangan Di Tolak Musuh Jangan Di Cari...

Hi korang...

Rezeki lagi nampaknya kali ni Big Boss bagi souvenir dari Korea plak..aku rasa benda ni bookmark kot..cantik dan comel..kaler mint...kebetulan plak sorang lagi kawan opis baru balik dari business trip gak di Manila...so dapat la hadiah wrislet kaler mint jugak...wah...kawan aku ni plak terlebih rajin siap bungkus dah macam bagi hadiah birthday...thanks so much Aernie Othman...

orang tua- tua ada cakap. Rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari kan....


bookmark


goodies pack


ada wrislet comel..

Sesekali kawan- kawan pergi oversea...memang akan bawak balik souvenir...nanti turn aku pi plak insyaallah x lupa kat kawan- kawan kat opis...ish..souvenir dari lombok pun aku tak bagi2 lagi..bukan apa..rata2 diorang pergi jugak kan..so ada la lebihan souvenir masa aku kemas nak pindah malam tadi...erm...macam nak buat GA tapi tak reti...nanti aku fikirkan eh....tapi korang rasa macam mana?

Wednesday, February 24, 2016

Ku Lihat Hijau....

Hi korang...

Hijau je entry ni kan...hehehe..kisah last week balik kampung kejap hantar dokumen penting kat Mak Lang..well lepak kampung memang best...tenang je perasaan...apatah lagi tengok kehijauan dan kesuburan tanaman yang Pak Lang usahakan...Projek petani moden aku kat rumah menjadi tapi tu la..benih dah tumbuh tapi tak plak besar2..tak tau la kenapa..dah 3 minggu lebih dah..mungkin kena ubah ke tapak lain kot...takpe la pandai la abah uruskan nanti..


pokok cili tengah lebat berbuah...nampak kan?


Pucuk pegaga yang tengah merimbun


Kacang botol


Buah roselle...


Seronok plak tengok semua tanaman ni...Mak Lang suruh amik sikit..malas la plak..mak je amik pucuk pegaga..tak tau la nak buat ulam ke atau campur dalam masakan tu...aku tak nak amik sebab dalam otak ni duk fikir nak pindah rumah nanti...dah malas nak tambah stok makanan..dengan sibuk kerja lagi...dengan barang- barang tak pack lagi...nanti2 la fikir pasal nak top up barang makanan...nak settlekan satu persatu dulu....

Pucuk pegaga selalunya korang buat apa?ulam? urap?cer citer sikit....

Print Gambar 4R

Hi korang

Dah lama betul aku tak print gambar..rasanya last masa Dania baby...sampai sekarang dah takde print dah...folder gambar dah menimbun dalam deesktop and laptop..ntah bila nak pergi print lagi...yang kat bawah ni gambar dari HP tau..cantik dan kualiti je..paper dia pun jenis yang quality..


Aku dulu memang sukan print gambar...maklum la dulu gambar takde la femes yang digital kan...masa tu masih popular Kodak dan negative film...hahaha...lama berlalu dah zaman tu...tak tau la masih relevan lagi ke tak kodak filem tu..ntah wujud lagi ke tak...

Terasa cepat betul zaman berlalu...bila citer kat anak..pasal negatif film yang kita boleh ulang2 print tu..eh masa tu x sebut print..masa u sebut Cuci gambar ..hehehe anak aku cakap eh mama ni...tak logik la....erm...anak- anak Gen Y mana nak kenal semua tu kan...

Nostalgia mama la ni kakak oii......ambar masa muda- muda dulu pun ntah mana aku simpan pun aku tak tau....bawah katil kot...hehehe...

Tuesday, February 23, 2016

Nostalgia Perfume Body Shop

Korang ingat lagi perfume Body Shop ni?

Sekarang dah takde kan botol macam ni...diorang dah update botol dah...memang dah takde dah rasanya..


Body Shop ni popular masa zaman aku remaja lagi ni....

Siap simpan duit belanja weh nak beli perfume ni..kalau sapa ada perfume ni di kira paling kaya paling outstanding la tu...paling up to date..jadi bualan kawan- kawan yang lain...

Ada perfume ni pun dha cukup megah dah...

Dulu aku ada 2-3 botol perfume ni...bau dewberry, white musk ngan satu lagi bau apa dah lupa dah...tapi paling win bau dewberry tu la..ala2 macam bau poison skit...bukan bau racun..bau perfume Poison...dulu popular...

Sekarang Body Shop dah ada macam- macam variasi..terbaru aku beli yang kaler biru tu siap ada Body Mist..RM160 macam tu..sekali sign up membership...pas ni beli tunjuk IC je...hehehe...gatal tangan dah nak beli lagi ni...sabar je la....

Sapa pernah beli perfume yang macam kat gambar tu? calit2 je seharian wangi kan...sebotol tu tahan 2-3 bulan ..

Betul tak?

Status Aku Pun Orang Nak Sakit Hati..

Dania..siapa tak kenal kan..satu- satunya buah hati aku dan harta aku paling berharga dunia akhirat..takde dia ni aku rasa aku tak kuat harungi segala dugaan dalam hidup aku...11 tahun hidup sendiri tanpa insan bergelar suami...11 tahun hidup aku dengan di temani anak dara kesayangan aku ni...dia lah nyawa..dialah penawar aku di kala aku berduka...

Dania tahun ni dah berusia 12 tahun...lepas September nanti dah kena buat kad pengenalan untuk dia..makin lama makin tinggi ni minah ni...berat badan pun dah sama ngan mama..baju mama pun dia dah muat pakai...kasut size 6 okey...itu memang tak leh lawan mama la...mama nyer size masih comel..hehehe...dah ada anak dara ni...memang besar cabaran untuk aku menjaga dia..bak kata orang tua- tua..jaga kerbau sekandang lagi senang dari jaga anak dara seorang kan...baru aku faham kenapa mak abah aku susah masa jaga aku dan adik beradik perempuan yang lain dulu...


AINNUL DANIA HUDA


Dania dan Si kembar...


si kembar ni pun dah genap 5 tahun dah..sekejap je masa berlalu..makin lama makin tinggi...


masa kat homestay kat Jitra...lama tak bergambar berdua


ini lah sebahagian dari family aku yang aku sayangi...

walau aku masih berstatus ibu tunggal..sikit pun tak buat aku rasa terasing..sebab aku ada family yang menjadi tulang belakang aku selama ini...diorang pun tak bising aku lom jugak tamatkan status aku...ingat senang ke..aku tak menetapkan target..semuanya aku serah pada allah yang satu...biar allah mengaturkan bila aku akan menamatkan status ni...sampai ada yang cakap..yang dah mati laki pun dah nak kahwin semula..apa yang kau tunggu lagi...ye aku dah ada pilihan...kami cuma menanti waktu yang sesuai..kalau dah sampai serunya...kahwin la kami..heran betul aku..aku ngan si dia takde pun bising bila kami nak nikah...rileks la...aku belum puas bahagiakan family aku...tak nak la bila dah bergelar isteri semula nanti segalanya terbatas kan...cuma aku pening bila ramai yang tak faham...sponsor la wei majlis pernikahan aku...kalau sponsor baru settle persoalan demi persoalan di minda korang tu kan...

Aku tak kahwin pun nak bising..bukan aku menyibuk jaga tepi kain diorang kan...

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah