Thursday, January 28, 2016

Segmen Irrayyan | Sejarah Blog Suriaamanda

Sejarah blog aku?

Blog aku ni sebenarnya bukanlah blog yang aku buat hasil kerja keras aku..blog ni dulu adik aku Ibu si kembar yang punya..di buat semata- mata untuk aku yang dulunya pernah koma akibat H1N1 tahun 2009.So dia berkongsi kisah aku maka lahirlah blog ni pada January 2010. 

Kenapa Suria Amanda?

Suria = sinar baru dalam hidup aku..sinar baru dengan nyawa baru...sinar baru dengan kelahiran semula aku...semangat baru setelah di beri peluang hidup untuk kali ke 2..

Amanda = Aman dan Damai...gabungan 2 perasaan yang aku rasa selepas bertarung nyawa. 

Itulah serba sedikit sejarah blog ini..takde la menarik sangat...sampai masanya aku menerajui blog ini sendiri selepas kelahiran kembar..Lisa dah tak larat..lahir je kembar dia memang tak cukup masa nak update blog...jatuh bangun blog ni aku yang handle sorang...samapi la sekarang..dari blog yang biasa- biasa jadi blog yang menjana lebihan pendapatan buat aku...aku aktif secara tak langsung dalam blogging memandangkan dari blog boleh menjana sumber pendapatan dan aku seronok buat semua ini kerana minat dalam penulisan. Seandainya tak berupdate jadi serba tak kena.

tetapi blogging bukanlah kerjaya aku yang tetap..hanya aku laksanakan di secara part time sebab aku ada kerjaya aku sendiri yang perlu aku tumpukan sebab kerjaya adalah yang utama. Ramai yang silap dan fikir aku jadikan blogging sebagai punca pendapatan tetap..tak semestinya kan..minat dan kerjaya adalah sesuatu yang berlainan..

Apa yang aku harapakan dari blog?

Aku mengharapakan perkongsian minat aku ini di hargai..bukan senang nak buat blog..banyak benda nak fikir, banyak benda nak amik berat especially apabila melibatkan enrty yang berbayar. kehendak pelanggan atau client kena di titik beratkan supaya hasil adalah sama dengan taraf bayaran yang kita terima...tak dinafikan blogging perlukan effort..takde effort semua tak menjadi...hasil terbaik penting untuk menarik perhatian client..tak mudah tetapi usaha perlu ada...



Korang yang nak join sila copy banner diatas ye...

Syarat Segmen irrayyan | Sejarah Blog
1. Follow blog irrayyan

2. Buat satu entri bertajuk "Segmen irrayyan | Sejarah Blog XXX" 
(XXX = nama anda/blog anda)

3. Masukkan banner di bawah dan link kan ke entri ini.

4. Buat entri mengenai sejarah blog anda melebihi 300 patah perkataan. SEO yang bagus adalah jumlah perkataan dalam sesuatu entri melebihi 300 patah perkataan.

5. Tinggalkan url anda di ruangan komen entri ini. Mommy nak g baca entry korang nanti.
6. Tarikh tamat segmen ini adalah 24 jam selepas entry ini dipublishkan (Publish 27 Januari 2016 | 12:30).
7. Penganjur berhak menukar syarat dan sebarang perubahan akan dimaklumkan.


9 comments:

  1. selamat bersegmen :) oo baru tahu bagaimana wujudnya Suria Amanda..

    ReplyDelete
  2. dah lama tak jenguk sini...busy..sempat update blog je pun..nak bw tak sempat

    ReplyDelete
  3. betul.. betul..!
    bukan mudah sebenarnya nak maintain blog yang berkualiti. banyak effort perlu diberikan. tapi blog kak SA memang matang dan berinformasi. paling tak tahan kalau share pasal resepi.. adoiiii leleh air liur... :)

    sudi2 la singgah baca cerita ain pula bila free2 eh..
    http://www.dramaticuniq.com/2016/01/segmen-irrayyan-sejarah-blog-dramatic-uniq.html

    ReplyDelete
  4. Pcl dah lama follow Suria Amanda, memang dah kenal lama. All the best SA. tapi bab koma serius I taktau U .

    ReplyDelete
  5. habis dah ye segmen ni..good luck

    ReplyDelete
  6. ooo.. baru ai tahu makna disebalik nama blog ni..
    eemm.. dah lama tak godek2 entry blog u yang lama2 kan.. mesti you perasan kan SA.. ai takde masa sebab dok leka hadap novel seram.. ekekeke..

    ReplyDelete
  7. All the best....kadang-kadang suka godek entry lama2 baca semula

    ReplyDelete
  8. dah lama singgah sini, harini baru tau sejarah blog ni hehe

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah