Monday, January 18, 2016

Pretz n' Beanz Tempat Lepak Best Di Solaris Mont Kiara

Berpeluang lepak dengan kawan- kawan bloggers di Solaris Mont Kiara untuk program pertama tahun 2016 ini di Pretz n' Beanz Cafe yang pada aku sangat wow!! sebaik sahaja kaki melangkah masuk ke sini kerana di sambut mesra oleh staff cafe ini sendiri. Dengan susun atur interior yang sangat cozy dan menarik so..no wonder lah cafe ni sekejapan aje full house. Ramai teenagers dan family yang datang lepak setiap malam chit chatting sambil menikmati hidangan menarik yang di tawarkan.Kalau korang nak tau ini first time aku buat food review waktu malam so dapat la aku lihat suasana cafe/ restaurant yang di kunjungi ramai di waktu malam.

Korang sure tau kan kawasan high end di Solaris Mont Kiara ni, rata- rata restaurant kat sini semua mahal- mahal. Pada pandangan aku la..matilanak kejap lagi nak review macam mana ni kan...kalau restaurant mahal apa aku nak bagi tau followers aku,macam mana aku nak promote kat orang ramai..matilanak kena kecam aku nanti ni..tapi semua pendapat negatif aku tu terbang melayang bila aku pegang buku menu restaurant ni dan belek satu persatu muka surat...huh! legaaa...takde la mahal sangat kira berpatutan la kan....

Jom ikut aku tengok apa menarik di Pretz n' Beanz kali ini..masuk aje jalan utama Solaris Mont Kiara ni korang akan nampak Pretz n' Beanz di sebelah kiri, kalau sampai awal parking takde la susah sangat kan melainkan nak guna valet parking atau parking di dalam bangunan dan korang jalan kaki ke cafe ni...aku malam tu agak senang jugak parking sebeb kebetulan ada yang keluar parking cepat..rezeki kami...



Masa aku sampai tak ramai orang lagi..sambil tunggu rakan- rakan yang lain aku lepak je dulu..ambil gambar mana yang perlu untuk jadikan bahan review...korang nak lepak kat dalam atau kat corridor luar pun ok ikut keselesaan korang..


tak lama lepas tu tengok- tengok dah penuh dah...wah..menarik ni kan...


Jom kita skodeng menu plak...

Menurut Restaurant Manager Pretz n Beanz, Aimman, restaurant ini mengetengahkan menu berasaskan Pretzel dan Pizza yang merupakan signature cafe ini sendiri. terdapat beberapa jenis pretzels dan pizza yang menarik beserta pilihan coffee dan hidangan lain. Cafe ini juga memperkenalkan menu pilihan all day breakfast yang turut menjadi pilihan ketika waktu malam..so..kami di beri kelonggaran untuk order apa sahaja yang kami nak cuba tetapi...kami tak mahukan pembaziran maka kami pilih untuk merasa Signature di Pretz n Beanz Cafe sahaja..nama pun food tasting kan..kang order banyak- banyak tak habis confirm membazir kan...

jom tengok apa yang kami order...


Basil cheese Pretzel  (RM 7.30)


Plain Pretzel


Plain Pretzel + Stew + Butter Rice, korang  pernah makan pretzels dengan stew tak?aku berkesempatan merasa Stew Green Curry Chicken yang hurmmm...walla!!!tak sangka kombinasi Pretzel dan stew adalah terbaik dan korang perlu cuba...tak perlu nak ke Thailand menikmati Green Curry Chicken..kat Solaris pun ada dan rasanya memang sedap..


Champignon Baked Egg (RM 19.70) - ya allah..ini pun sedap gilers...kenapa? sebab banyak cendawan dalam ni dan rasanya sangat melting bila sekali suapan sahaja...Champignon Baked Egg is a freshly cook eggs with mushrooms and cheese..korang sure tertawan..


Jom cuba pizza signature di sini yang mana menariknya pizza ini di buat dengan doh yang sama dengan pretzel. Terdapat beberapa pilihan pizza dan semestinya kami memilih 2 jenis pizza signature iaitu Chicken Hawaiian dan Hot Pepper Chilli Chicken..sedap..lembut...nak kata apa lagi kan..aku rasa elok korang cuba sendiri...


Chicken Hawaiian Pizza 
RM15.80 - 7 inc
RM22.15 - 10inc


 Hot Pepper Chilli Chicken
RM15.80 - 7 inc
RM22.15 - 10inc


Tak lengkap kalau tak menikmati coffee kan?


Hazelnut Latte RM13.00 pilihan Suriaamanda


Sparkling Soda Passion Fruit dan Sparkling Soda Raspberry 
RM14.90


Green Tea dan Florentine Cookies 
RM16.20


Cafe ini mendapat pengiktirafan kategori A kebersihan terbaik oleh Kementerian Kesihatan Malaysia


Triple Chocolate Cake RM10.50


Volcano Choc Cake with Ice Cream RM 13.95

Dua dessert diatas membuatkan korang rasa tenang dan seolah - olah berada di dunia lain sebaik sahaja suapan demi suapan masuk ke mulut..trust me..tekstur yang sedap, lembut, cukup rasa, cukup manisnya dan melting dalam mulut..confirm aku akan datang lagi semata- mata untuk dua dessert diatas..hari tu makan tak puas kan...

Apa tunggu lagi korang....kalau tak tau nak lepak kat mana malam minggu boleh la terjah ke Pretz n' Beanz..sambil lepak..sambil makan..sambil menikmati pretzel, pizza dan coffee serta sambil melihat kerenah orang ramai..memang selesa dan semestinya tempat yang sesuai untuk korang semua lepak gathering dengan kawan- kawan. Lepak after work pun ok kat sini...


lagi tentang Pretz n' Beanz :


Pretz n' Beanz Cafe
Address : 22, Jalan Solaris 4, Mont Kiara 50480 Kuala Lumpur, Malaysia 
Phone: 03-6204 9733 
Email: pretznbeanz@pretznbeanz.com
Website: http://www.pretznbeanz.com
Facebook: https://www.facebook.com/pretznbeanz

Opening Hours: 
Monday – Thursday & Sunday [7.30am - 12.00am]
Friday & Sunday [7:30 am - 1:00am]


18 comments:

  1. aduh kak... jarang2 lpk kt sana...
    tp dana mmg peminat pretzel menggoda betul lah menu yg akak tayang tuh...
    udahla beso gabak pretzelnyer....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap tau..u should try..event sejuk pun doh dia tetap lembut

      Delete
  2. Tak pernah pn lepak area area high end nih..hehe..tapi kalau ikutkan harga dia berpatutan jgklah..kena pergi jgk one day nih..nampak sedap!

    ReplyDelete
  3. nampak cam best jer semua menu dia..tempatnya pun class..

    ReplyDelete
  4. tak penah sampai lg mont kiara ..kesian kite hahaha
    tp kak sy lapar bila tgk entry ni

    ReplyDelete
  5. Ya Allah..akakkkkkkkkkk..sedapnye pretzel tuh..huwaaaa..nak ajak somi lepak sana pulak la..

    ReplyDelete
  6. tergoda i. hihi... Kalau berkesempatan, in sha allah akan singgah sini untuk merasai keenakkan menu yang ada.

    ReplyDelete
  7. Sally rasa kena repeat la g sini...macam terbayang je pretzel dia..hahahaha

    ReplyDelete
  8. Boleh cuba try test nanti ni... Nyummm nyummm

    ReplyDelete
  9. Nampak sedap ni..tempat pun macam exclusive je..boleh singgah nanti..:)

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah