Aku memang dah tau lama wujudnya restaurant yang mempunyai signature dish dia Ikan Tilapia Ceduk...apa tu? haaa..satu- saunya tempat makan di Seremban yang menghidangkan ikan tilapia bakar fresh yang kita boleh tangkap sendiri dari kolam yang di sediakan...dulu masa zaman anak dara dulu aku selalu gak makan kat sini...sini memang terkenal dengan ikan tilapia bakar...tapi dulu beberapa puluh tahun sudah...chehhh..macam la lama sangat aku hidup...10 tahun lepas la senang citer kan...tempat ni takde la besar macam ni...cuma gerai kayu tepi jalan je...kalau di beri pilihan aku suka gerai yang lama dari yang sekarang...
Aku sebenarnya tak tau pun kedai ni Ahad lepas dah masuk siaran JJCM TV3, biasa adik aku cakap tak ramai sekali pergi masa tu dalam kul 9.15pm...punya la ramai orang...takde tempat duduk kan...dah sampai takkkan nak balik plak...ah tunggu je la...lagipun semua tak sedap tekak nak makan kat rumah...dekat sejam lebih gak menunggu...tanya gak ada akak yang sebelum tu duduk kat table kitorang duduk tu...dia dari Sepang...gigih datang sebab tengok JJCM...
Maybe owner kedai ni tak jangka la bila dah keluar JJCM ingat tak kena serbu...apa sekali crowded..ada gak yang balik tak dapat meja kan...kesian...tak tau la diorang dari jauh ke atau area situ je...sib baik tempat ni dekat je ngan rumah...dalam 15 min dh sampai dah.....
masing- masing dah lapar tak dan nak snap gambar makanan satu- satu de...sian lama tunggu kan....
anak dara aku ni memang suka makan kat luar
qhaira si budak nakal ni...tak abih2 ngan peace dia tuh...the best part dia baca doa makan tapi daddy tak angkt tangan...dia tegur..daddyyyyyy.....sedap je bunyi....
ini la ikan yang aku order...Ikan tilapia bakar " Nyosa tak Ghaso"
yang ni plak aku amik gambar kat FB D'Pantai...korang follow la...
Kambing Bakar pun ada tapi malam tu tak sempat nak order.....
mamat ni dah berjaya makan kat sini...dan dah kuar JJCM dah pun...kerana tu la ramai yang serbu...
Korang nak cuba?
Aku rasa korang patut cuba...
Kat Bawah ni aku letak alamat..
DPantai Batu 6. Jalan jelebu. 1 km dari exit ampangan / jelebu highway lekas. Menghala Jelebu.
Waktu perniagaan - Di buka setiap hari 5.00 petang - 12.30 malam...
Aku dah rasa....memang sedap...memang puas hati...psstt....kat sini pun turut di jual ai tongkat ali tau...mana la tau ada antara korang kaum lelaki nak mencuba....
Nampak pon memang sedap la..terliur..hehe
ReplyDeleteKambing Bakar ngan tilapia butter dia best tau dik
DeleteAssalammualaikum...
ReplyDeletewahh.. nampak sedap aje kan... pape nanti boleh lah singgah rasa.
mselim3
Kalau dekat boleh je terjah
Deletekalau bab makan memang i suka.. akan ku utarakan kepada suami terchenta.. hihi
ReplyDeleteDipersilakan duhai zaza...nanti share tau
Deleteselalu macam tu lah kan , kak ana pun pernah terkena pi restoran yang baru terbitkan JJCM, erm pulang hampa je..kena bagi reda dulu baru boleh pi balik macam ni :)
ReplyDeleteSA dh hanging dh sebenarnya sbb dh lambat Sgt..tp fikir Mak abah nak Sgt makan kat situ...tunggu gak la
Deletecam sodap nampak ee, balik rombau bleh cubo ni hah
ReplyDeleteCubo la cik lily..sodap...peh tu kono ngan tagline diorang..nyosa tak ghaso...
DeleteSaya tengok juga JJCM Ahad lepas, SA. Siap jot down lagi kedua-dua alamat restoran yang keluar JJCM. Dah berkira-kira dah ni nak ke Seremban pastu kita JJCMlah. Kalau penat kita cari hotel tidur terbongkang pulak! Hahaha...
ReplyDeleteKalau yang 'berpengalaman' macam SA kata sedap, memang betullahkan restoran ni sedap makanannya. JJCM TV3 tu kadang tak boleh percaya. Nampak macam sedap tapi bila kita datang, hampa. Yalah, nak masuk TV of courselah bagi makan hos rancangan yang best dan special aje. Tapi ni tipslahkan, lepas keluar JJCM janganlah ngengada nak terjah restoran tu. Menangis tak berlagu kang kena menunggu!
Home stay banyak..hotel banyak..kalau nak pi situ bg tau la..boleh je jumpa...laga2 pipi barang sekali dia kan...
DeleteBila keluar je di JJCM, pasti esoknya tempat makan itu akan jadi tumpuan. Maka tuan punyanya kenalah bersedia lebih dari biasa...
ReplyDeleteTu yang SA cakap tu..owner kena bersedia mental Dan fizikal la..sure kena serbu kan Mak..
Deleteakak tak makan ikan talapia ni tapi bila dah tengok cantik di bako camtu..tertelan gak ailio seteguk dua...hahaha...ni kalau cik boss akak nampak mesti dia meroyan...mamat tu sume ikan pon dia makan
ReplyDeleteAkak pun boleh makan tau kak sebab xde bau langsung..x de hanyir Lumpur ke apa..memang ikan jenis terbaik ni...
DeleteYa Allah terliur ena.. Boleh terjah ni nanti
ReplyDeleteMemang ena kena Terjah...Sgt best..
Deletebezakan gambar promosi dengan gambar realiti. hehe
ReplyDeleteJauh beza kan?
DeleteByk kali terkena...keluar JJCM katakan...ramai yg serbu sudahnya mereka tak terlayan...servive jadi lambat..mkanan tak semeriah seperti dlm jjcm tu..huhu
ReplyDeleteKan Kak..tp rezeki SA nak merasa jugak kan..sedap..
Deletedaging kambing tu macam best
ReplyDeleteNext Akak Cuba and review eh
Deletenampak memang sedap pun..ni yg nak terjah gak ni
ReplyDeleteMemang kena Terjah kalau nak tau sedap ke tak Kak..tp biar reda dulu la...la ni maybe masih ramai lagi
Deletekena try makan kat sini..lama pulak tak makan ikan bakar kat kedai..hihi
ReplyDeletewow!!! Cicah dengan air asam ..fuhhh!!! sedap ni
ReplyDeletelama tunggu berbaloi sedap sedap sedap...
ReplyDelete