Semua orang tau perit dan sakit apabila kecewa. Kecewa putus cinta apatah lagi kecewa dalam kerjaya dan rumahtangga kan.Tapi korang kena ingat, ketika kecewa ni la kematangan seseorang itu di nilai. Kalau betul- betul matang dan boleh berfikir jauh sure boleh hadapi kekecewaan dengan tabah. Bila tak matang tu yang sampai jadi tekanan perasaan, Bunuh diri dan terjebak dalam gejala sosial
Antara langkah- langkah yang boleh aku kongsi untuk sesorang mengelakkan diri dari menghadapi kekecewaan yang berterusan sebagai permulaan proses melupakan.
- Meluaskan pergaulan
- Melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan
- Melibatkan diri dalam kegiatan di tempat kerja atau universiti
- Pergi kemana- mana berdua atau berkumpulan, elakkan dari duduk berseorangan
- Melancong
- Tidak bercampur dengan orang yang negatif
- Dekatkan diri dengan tuhan dan aktiviti keagamaan
Sekiranya sampai berbulan- bulan menghadapi kekecewaan dan makin tertekan, adalah dinasihatkan agar untuk berjumpa pihak yang pakar, Pakar Psikologi, Ustaz or ustazah atau sesiapa sahaja yang mampu untuk korang bercerita masalah korang.
Ap yang aku nampak ramai yang lebih cenderung menutupi perasaan kecewa itu dengan memendam sahaja. Lama kelamaan perasaan kecewa yang disimpan itu akan mengakibatkan ledakan seterusnya akan berlaku tekanan perasaan, kemurungan , histeria dan paling menakutkan cenderung untuk membunuh diri.
Walaupun susah nak hilangkan kekecewaan tp tak salah kalau di praktikkan agar bertemu ketenangan. Lain orang lain caranya. At least kalau kecewa lagi untuk ke sekian kali tidak terlalu teruk effect yang dialami dan dah tahu bagaimana mengatasi kekecewaan.Masa ini jugak pendekatan kerohanian kita dengan tuhan perlu di titik beratkan..agar kita berjaya melawan hasutan Syaitan. Orang yang sedang celaru ni syaitan memang suka kan?
Usah d lyn prasaan yg kecewa..lya pun seringkali di landa kekecewaan tpi cpt2 hapuskn prasaan tu..angap tu smua dugaan kecil..
ReplyDeleteKecewa tak boleh dilayan sgt nanti jadi down...istighfar byk2 & move on..lagipun ramai lagi org sekelililng yg sayangkan kita :)
ReplyDeletesaya kalau kecewa suka ngadu kat husband..tadah telinga je lah dia dengar..huhu..macam-macam benda leh luah kat dia..bagus gak ye ada pasangan ni..
ReplyDeletesama mcm Fida..Fida selalu pok pek2 kat husband gak..dia dengar je..
Deletebe strong enough :)
ReplyDeletehttp://suriaamanda.blogspot.com/
ReplyDeleteFida kalau kecewa..mesti kepala masuk angin..mulalah nak makan nasik je memanjang..macam mana nak kurus mcm ni kan..hahaha
ReplyDeletebila rasa down cepat2 cari aura positif...disekeliling kita ajer...
ReplyDelete