Friday, January 29, 2016

Truly Malaysian Cuisine Di Madam Kwan's

Last week berkesempatan menikmati keenakkan dan keunikkan masakan Truly Malaysian Cuisine rekaan Madam Kwan sejak dari tahun 1977. Beliau rasa satu kegembiraan yang tak terhingga dengan mendedikasikan menu dalam kehidupannya kepada pelanggan untuk dinikmati sehingga ke tahun- tahun yang akan datang. Hanya masakan yang berkualiti yang di hidangkan untuk kepuasan pelanggan.

Begitu jugak aku...sangat- sangat berpuas hati apabila menikmati makanan citarasa Malaysia di sini...ada Nasi lemak, Manisan, Mee dan macam2 lauk pauk dengan harga yang berpatutan..portion hidangan pun sangat besar untuk seorang makan.

Jom tengok apa yang aku makan kat sini..


tengok logo pun tak asing lagi kan...


Hokkien Fried Noodles...sedap sangat2...


Nasi Bojari..boleh kenyang sampai ke malam..


Madam Kwan's Tom Yam Seafood tapi ada ayam dan banyak cendawan jugak..sedap..


sambal extra dimakan dengan Hokkien Fried Noodles


cili potong



So far aku takde komen banyak pasal Madam Kwan's punya masakan...memang sedap kena dengan selera aku..for sure akan repeat lagi..

Korang kalau nak cuba makan kat sini boleh je cuba...Madam Kwan's banyak cawangan kat KL ni...antaranya :

  1. One Utama Shopping Centre
  2. Bangsar Shopping Centre
  3. Empire Shopping Gallery 
  4. Pavilion
  5. Mid Valley Megamall
  6. Sunway Pyramid
  7. Suria KLCC

Korang pun boleh buat RESERVATION ONLINE kalau nak buat booking in advance

Semua di hujung jari je kan...

Nanas Manis MD2 Tetap Menjadi Pilihan


Last week beli nanas MD2 yang manis tu...

beli sebiji yang kecik...tak beli yang besar takut tak habis...beli pun kat Tesco...x sempat nak pi pasar tani cari Hazman Fadzil...kupas tak reti suh abah tolong kupas...
potong2 macam dalam gambar tu..lepas sekeping makan sekeping lagi sampai habis...mak aiii...sedap giler...korang kalau nak beli Nanas yang tak pedihkan lidah beli jenis MD2 ni...manis pun manis...sure puas hati....

Kalau cicah kicap cili macam makan mangga muda tu pun sedap..sebiji pun sure tak cukup...

BR1M Bujang Tua


Penat aku gelak baca kartun ni kat paper..

Haaa...jangan ingat orang muda je bujang ye...ada gak Bujang Tua tau....dia layak sebab dia bujang..jangan tak tau ye....hehehe....tahniah la pada yang dah dapat BR1M tu...gunakan seelok2nya...jangan membazir...ok?

Aku dapat ke......

Malas la nak jawab...

Gondol Sudah Rambut Dania

Hi korang...

Assalammualaikum...tak jawab dosa..hehehehe....

Hari ni nak citer pasal Dania plak...last week sempat bawak dia gunting rambut...rimas katanya sebab musim panas kan..dia kat sekolah kan bertudung...ok..kita kasi potong rambut.....


amik gambar dulu sebelum korbankan rambut


nyonya ni cakap tebal rambut dania...tgok la rambut omak eh macam mana plak kan...


kasik pendek tau..kasi nampak telinga...


korang tgok la betapa tebal rambut dia...


so kalau tak cantik dah jangan salahkan mama sebab awak yang mintak gunting pendek


lambakkan rambut Dania....


pendek sudah rambut..nampak tembam skit..pas tu Qhaira plak asyik berkepit je ngan dia...memang x leh pisah  berdua ni...


So 2 minggu ni aku spend time ngan Dania dan Qhaira and the whole family...submission bid utk project WTEKL tu postpone February so memang x jadi keja non stop untuk 2 minggu...kumpul tenaga untuk full strength February nanti...haih..asyik sibuk kerja je ni...acaner nak kawen macam ni...

Minggu ni cuti lama lagi...dah ada aktiviti dah..program kat sekolah Dania dan majlis bertunang sepupu aku sorang lagi...

Sesekali cuti habiskan masa dengan family kan...aih ada yang tanya aku minggu ni nak masak apa....

alahai korang....minggu ni gantung kuali bleh tak?

Happy weekend korang...

Thursday, January 28, 2016

Menu Minggu Lepas

Sejak mak aku  tak sihat ni memang aku rajin balik Seremban..bila dah balik seremban memang masak je la kerja aku..takde kerja lain...sekarang walau masak kami sekeluarga takde selera nak makan...so masak dalam portion sikit je..untuk tengahari...kalau malam fikir la menda lain nak makan apa....pening bila selalu sgt masak ni kan...


Ikan tenggiri masak lemak cili api campur belimbing buluh


masak lemah daging cincang


ikan goreng kicap lauk untuk anak- anak yang tak makan pedas


sayur sawi goreng

itu je lauk minggu lepas yang sempat aku masak...

esok dah last keja...malam esok balik Seremban confirm Sabtu nak masak gak kan...tak tau plak nak masak apa la minggu ni...tunggu la balik rumah dulu kan....even dah selalu masak pun tak tau dah nak masak apa...repeat lauk memang tak la kan...

La ni memang selera jadi meragam...maybe sebab kami baru elok batuk kan...selera belum pulih sepenuhnya....

Satu hal plak nak fikir nak masak apa..


Segmen Irrayyan | Sejarah Blog Suriaamanda

Sejarah blog aku?

Blog aku ni sebenarnya bukanlah blog yang aku buat hasil kerja keras aku..blog ni dulu adik aku Ibu si kembar yang punya..di buat semata- mata untuk aku yang dulunya pernah koma akibat H1N1 tahun 2009.So dia berkongsi kisah aku maka lahirlah blog ni pada January 2010. 

Kenapa Suria Amanda?

Suria = sinar baru dalam hidup aku..sinar baru dengan nyawa baru...sinar baru dengan kelahiran semula aku...semangat baru setelah di beri peluang hidup untuk kali ke 2..

Amanda = Aman dan Damai...gabungan 2 perasaan yang aku rasa selepas bertarung nyawa. 

Itulah serba sedikit sejarah blog ini..takde la menarik sangat...sampai masanya aku menerajui blog ini sendiri selepas kelahiran kembar..Lisa dah tak larat..lahir je kembar dia memang tak cukup masa nak update blog...jatuh bangun blog ni aku yang handle sorang...samapi la sekarang..dari blog yang biasa- biasa jadi blog yang menjana lebihan pendapatan buat aku...aku aktif secara tak langsung dalam blogging memandangkan dari blog boleh menjana sumber pendapatan dan aku seronok buat semua ini kerana minat dalam penulisan. Seandainya tak berupdate jadi serba tak kena.

tetapi blogging bukanlah kerjaya aku yang tetap..hanya aku laksanakan di secara part time sebab aku ada kerjaya aku sendiri yang perlu aku tumpukan sebab kerjaya adalah yang utama. Ramai yang silap dan fikir aku jadikan blogging sebagai punca pendapatan tetap..tak semestinya kan..minat dan kerjaya adalah sesuatu yang berlainan..

Apa yang aku harapakan dari blog?

Aku mengharapakan perkongsian minat aku ini di hargai..bukan senang nak buat blog..banyak benda nak fikir, banyak benda nak amik berat especially apabila melibatkan enrty yang berbayar. kehendak pelanggan atau client kena di titik beratkan supaya hasil adalah sama dengan taraf bayaran yang kita terima...tak dinafikan blogging perlukan effort..takde effort semua tak menjadi...hasil terbaik penting untuk menarik perhatian client..tak mudah tetapi usaha perlu ada...



Korang yang nak join sila copy banner diatas ye...

Syarat Segmen irrayyan | Sejarah Blog
1. Follow blog irrayyan

2. Buat satu entri bertajuk "Segmen irrayyan | Sejarah Blog XXX" 
(XXX = nama anda/blog anda)

3. Masukkan banner di bawah dan link kan ke entri ini.

4. Buat entri mengenai sejarah blog anda melebihi 300 patah perkataan. SEO yang bagus adalah jumlah perkataan dalam sesuatu entri melebihi 300 patah perkataan.

5. Tinggalkan url anda di ruangan komen entri ini. Mommy nak g baca entry korang nanti.
6. Tarikh tamat segmen ini adalah 24 jam selepas entry ini dipublishkan (Publish 27 Januari 2016 | 12:30).
7. Penganjur berhak menukar syarat dan sebarang perubahan akan dimaklumkan.


Kebun Mini Family Suriaamanda

Hi korang...

Sepi blog aku sehari dua ni kan..sorry eh..baru waras hari ni...so semangat yang hilang kembali pulih..aku dah move on dah...so..korang ok ke sehari dua ni?ni aku naik hantu plak ngan maxis..data internet aku dah jadi 2gb dari 4gb..balik kerja kang aku nak pi hamun balik...ada aku tukar ke Digi jugak ni kang...ari tu tukar celcom..line plak macam siput khinzir..tukar maxis..lain plak masalahnya...sabar je la...

Meh aku nak citer pasal kebun mini aku kat umah...tanah yang sekangkang monkey tu dapat la tanam serba sikit pokok yang penting...jom tengok apa Abah aku tanam..( macam aku plak yng rajin tanam kan)


serumpun serai..


gemuk2 serai aku..


pokok cili api ada 2 batang, pucuk pegaga 


pokok kunyit dan pokok peria katak..nampak yang menjalar tu?


pokok kari


ini mak aku cakap pokok Mahkota Dewa


haaaa...ini project kebun aku gak ni...bekas2 ni aku beli banyak2 nak tanam sayur


dah semai benih...esok2 dah tumbuh sayur aku update lagi eh...

Sayur apa aku tanam?

ada kangkung, ada bayam, Sawi dan Kailan...tengah nak beli bekas lagi..nak tambah...ye la..zaman serba mahal ni...apa yang ada perlu di guna pakai...back to nature..kita bercucuk tanam..takde tanah..kita beli je tanah dan buat pertanian moden macam ni...saranan menteri kan..jangan tanam bunga..tanam sayur...

pasal tanah aku beli 3 guni ni pun jadi jenaka..aku bagi tau dania pasal aku beli tanah...dia boleh tanya aku soalan bikin panas..berapa ekar aku beli tanah...tak pasal- pasal aku kena gelak...anak dara ku tu kan..sabar jer la...

Sekali aku beli tanah 2-3 ekar buat kebun sayur baru terngaga....

Wednesday, January 27, 2016

Ye..Aku Masih Trauma Kena Raba Dalam Bas..

Mimpi ngeri....

Trauma terhadap apa yang berlaku pada aku semalam...status yang aku share kat FB semalam viral...hampir 700++ yang shares status aku...aku tak marah diorang share malah aku memang berharap ramai yang share  untuk keselamatan orang ramai especially kaum wanita...semalaman aku tak dapat tido...boleh korng bayangkan keadaan aku sekarang ni...thanks kawan2 yang tolong viralkan dalam mana2 group kat KL dan twitter...tolong la korang..tolong viral untuk keselamatan...aku bukan nak glamour..cukup aku sorang yang kena raba dalam bas...yes...aku kena raba..sedar2 ada tangan di merayap kat area ketiak aku...memang dia ni dah biasa buat keja meraba ni agaknya...cuma malangnya semalam aku yang kena....nak report polis pun takde bukti kan..setakat gambar ni memang tak membantu...mintak tolong kat mamat melayu yang duduk kat kerusi next to me tu pun buat sakit hati...esok lusa kalau sedara mara dia or adik ke..bini or tunang ke yang kena raba baru dia tau macam mana perasaan dia kan...


tgok muka pun tau memang dia sex maniac...ni dia berpura2 tido je ni...he keep mention dia tido...hotak dia..kalau dia tido boleh plak merayap tangan tu kat kerusi depan dia erk?


share dari group Anak- Anak NS



Status aku semalam...


Semalaman aku tak dapat tido...

Bagai terasa- terasa tangan hodoh merayap kat ketiak aku...nasib baik baru sampai kat ketiak..kalau sampai kat breast?????? korang bleh bayang tak macam mana...ye..aku trauma...ye aku takut...la ni nak pi mana- mana aku dah tak berani kalau sensorang..waima nak pergi beli sarapan..mesti nak berteman...aku takut bila terserempak lelaki india...automatically aku teringat...

Haih...sampai bila agaknya trauma ni...aku jadi tak selesa..aku jadi semakin takut...

tolong korang....tolong pujuk aku...tolong aku hilangkan trauma ni...puas dah aku berzikir..sampai sekarang aku masih rasa tangan hodoh tu kat area ketiak aku....dah penat dah aku menangis....

Aku bukan nak glamour...aku cuma tak nak orang lain rasa apa yang aku rasa....

Aku tak boleh terima ada yang komen cakap aku pakai seksi...aku pakai tshirt ngan jeans je kot...seksi ke tu...sedangkan yang bertudung pun boleh kena raba...inikan plak aku...kalau aku pakai seksi..buat apa aku naik bas...kan?

Tuesday, January 26, 2016

Resepi Ayam Viral a.k.a Ayam Goreng Bali

Hi korang...

Last week sempat masak Ayam Viral...atau Ayam Goreng Bali...eh...betul ke...ntah la..malas plak aku nak godek  balik kat FB ...apapun cubaan yang menjadi...pelik aku ni kalau cuba je apa2 resepi berkaitan lauk memang menjadi je...tapi kalau buat kek..kuih ke apa...haram tak menjadi...

Jom la aku share resepi bergambar supaya senang kalau korang nak cuba...siyes sedap..dan memang patut viral pun ari tu...nak buat pun senang...


8 batang serai...kalau serai korang besar 5 batang dah cukup dah


6 tangkai daun kari....


goreng serai samapi kekuningan


then masukkan daun kari..gorengkan seketika


kemudian masukkan bawang yang dah ditumbuk dengan halia dan belacan serta cili kering
( bawang kecik 7 biji , bawang putih 5 biji, halia dan belacan setengah ibu jari)


goreng sampai naik bau dan agak garing


Masukkan ayam yang dah di goreng half cook...


Gaul2kan agar sambal sebati dengan ayam dan perasakan garam serta gula


renjiskan kicap tamin 5- 6 renjis


Dah siap..

Sedia di hidang dan makan dengan nasi panas...kalau biar lagi lama lagi sedap...

Korang kalau buntu tak tau nak masak apa..boleh je cuba resepi ni...sedap pun sedap...budak2 pun suka sebab tak berapa pedas...

Selamat mencuba ye...kalau dah buat share la kat blog....at least ramai boleh cuba....

Friday, January 22, 2016

Belek Yang Tu...Yang Ni Cantik...Kelassss Gegurl....

Hi korang.....

Ha mampu korang nak tengok anak dara berhias dengan macam- macam accessories kaler pink ni ha?
silau mata aku tengok semua barangan ni...nasib baik anak dara aku tu takde la jemah mana pun...aku dah puas beli menda alah comel2 ni semua masa dia kecik...belek yang tu..yang ni cantik...belek yang ni...yang tu pun cantik..rambang mata nak pilih ko...ini la terjadi masa aku temankan kawan pi beli hadiah birthday anak buah dia tadi...ater semuanya pink belaka!! aku plak meroyan tengok...sempat plak aku snap gambar ni semua....haihhh...nasib baik anak aku dah besar panjang dan tak minat benda ni semua lagi...kalau tak...sure aku beli punya...


Lambakan hair scarf...ya allah cantik- cantik ni...


yang ni pun merelip2 noks...


ini aku berkenan giler...cantiknyaaaaaa....RM70...hamekkkkkk Furla tiruan pun mahal kot...


cantik kan...comel jerk...pi party birthday dress up lawa2 pastu siap kedek2 pegang clutch or handbag comel ni....


Yang ni pun santekkkkk.....haihhh...kenapa la Dania cepat sangat besar erk,...


kali ni banyak betul baju kaler pink ngan peach


comel kan...tp harga boleh la tahan mahal...


lawa giler laaaa....cantiknyaaaa.....geram plak aku tgok ha...

Korang yang ada anak perempuan memang teruja tengok menda ni semua kan...

Sapa tak nak tengok anak masing2 cantik dengan macam- macam accessories...aku dah buat macam ni lama dulu dah...la ni anak dara aku dah nak masuk 12 tahun dah umur dia...but aku masih rindukan saat- saat dia masih kecik...terkedek2 berlari..telatah nakal dia tu...sebijik macam Qhaira...hai laa anak...cepat sgt la kamu besar...mama rasa nak masukkan balik kamu dalam perut mama kalau boleh....mama tak puas besarkan kamu la...tak puas menikmati keindahan masa  menjaga kamu kecik2....

Dah la..meleleh- leleh airmata aku ni ha...macam Neng Yatimah plak...entah ada peluang ke tak aku nak rasa semua tu lagi...rindunya nak ada anak kecik...sapa tak nak anak dari buang2 tuh meh bagi kat aku....aku nak anak perempuan yang comel je..

Nasi Campur RM8.00 Kat SSM


Hi korang...

Hari ni aku tak bawak bekal...balik kerja ni nak terus balik Seremban...so malas nak masak..lagipun malam tadi aku sempat basuh baju je..tak sempat nak masak de...heheheeh...sesekali jadi pemalas bawak bekal...next Tuesday baru fikir nak masak bekal apa plak pi keja...
So tak bawak bekal..hari jumaat plak..rehat lama..so aku malas nak lepak opis..keluar ngan kawan - kawan pi makan kat SSM...nasi putih suku je..sambal sotong dan rendang daging skit..sambal belacan ngan ulam pucuk selom...semuanya termasuk air RM8....kira ok la tu....kalau takde air rasanya dalam RM6 macam tu...makan kat sini murah...tapi takde la pi makan selalu..segan plak ngan staff SSM yang meramai...hehehe...kelas tak reason aku...takde la...aku ni jenis jarang kuar waktu lunch...so jadi macam jakun skit kalau orang tengok2 aku....

Korang pi mana hujung minggu ni? cuti sampai Isnin kan? apa plan?

Aku tak tau la nak pi mana...rasanya nak teruskan plan berkebun cara bandar kat umah tu...cuma nak cari tanah je lagi ni....nak tanam sayur...hehehehe......minggu depan cuti 3 hari gak oiii...tapi minggu depan aku ada kerja....

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah