Wednesday, December 23, 2015

Pembersih Muka Terbaru Dashing MCFC Untuk Lelaki Aktif

Tindak Balas Yang Efektif, Lembut Pada Wajah.


Kebersihan dan penjagaan muka amat penting untuk kaum lelaki bukan hanya tertakluk kepada kaum wanita.Orang lelaki zaman sekarang memang terdedah dengan kekotoran, especially kepada yang aktif di tempat kerja dan juga aktiviti harian mereka.Penjagaan muka memang penting untuk keselesaan, ketrampilan serta merupakan perkara yang harus di titik berat kan dalam kehidupan seharian.

Oleh itu Dashing memperkenalkan produk terbaru penjagaan  muka yang sesuai untuk lelaki  aktif di luar sana iaitu Dashing MCFC New Facial Cleanser. Didatangkan dalam pack eksklusif dengan pilihan variasi yang menarik dan aku memberikan peluang kepada adik ipar aku Mizi untuk mencuba pembersih muka ini.


Pek eksklusif Dashing MCFC


Ada 5 rangkaian pilihan mengikut keselesaan kaum lelaki

Bila muka segar baru selesa nak buat kerja kan?

Mizi adik ipar aku memang menggunakan jenama dashing dan sebagai Pegawai Risda yang banyak melakukan task di luar pejabat dia memang sangat- sangat berpuas hati dengan pembersih muka Dashing ini..lembut segar dan selesa sangat di muka sesuai dengan slogan 'Strong In Action, Gentle On Your Face'. Adakala tuntutan tugas Mizi memerlukan dia ke negeri lain dalam jangkamasa yang lama maka pembersih muka ini turut di bawa kemana- mana supaya senang dia membersihkan muka untuk tampil segar sepanjang masa.

Jom tengok rangkaian pembersih muka yang di tawarkan di dalam pack ini yang dicipta untuk khas untuk orang Asia !



ACNE FREE: ‘Tiada siapa lebih mahir menggelecek & menjaringkan gol setangkas Sergio Aguero!’ Hapuskan akne bersama Dashing Acne Free yang diformulasi istimewa dengan Zink & Lempung (tanah liat) bagi melawan akne penyebab bakteria. Ia turut menjadikan kulit licin dan sihat dari luaran sekali gus memberi pembersihan pantas kepada kulit!


EXTRA WHITE: Dapatkan kulit putih dan serlahkan diri bak penyerang, Samir Nasri. Diformulasi bersama tumbuh-tumbuhan pergunungan Alp Switzerland, Dashing Extra White memberikan anda kulit lebih ringan, cerah & tona sekata. Ia turut dilengkapi perlindungan UV bagi mengelakkan bintik-bintik gelap.


WHITENING SCRUB: Siapa kata lelaki tidak dapat memiliki kulit berseri? Dashing Whitening Scrub diformulasi dengan garam laut yang membersih jauh ke dalam dan membantu proses pengelupasan bagi memberikan tona kulit lebih sekata. Ia membantu membuka liang pori, menyingkirkan kekotoran dan bintik hitam. Ayuh dapatkan kulit berseri seperti Kevin De Bruyne!


OIL CLEAR: Dashing Oil Clear diformulasi dengan kandungan rahsia arang buluh yang menyingkirkan kotoran & minyak berlebihan daripada kulit menjadikan wajah bebas minyak dengan berkesan. Memberikan perlindungan terkuat daripada minyak seperti pertahanan tengah, Vincent.


ICY FRESH: Dashing Icy Fresh mengandungi Ice Glacier Water (air ais glasier) untuk kesegaran segera dan hidrasi kulit.Ia memberikan kesegaran berpanjangan dan sensasi kesejukan kepada kulit dengan melegakan haba berlebihan secara pantas. Atasi kekeringan dan kick it cool seperti David Silva.

Pembersih Muka Dashing boleh didapati dalam pek 100g pada harga RM10.90 dan 50g pada harga RM6.90. 


Jadi buat golongan lelaki di luar sana, teruskan menerokai gaya hidup aktif anda tanpa bimbang masalah kulit kerana DASHING MEN IN ACTION akan menyelesaikan masalah tersebut. 

Berita baik untuk korang semua Dashing juga sedang menjalankan peraduan SMS di seluruh Negara untuk merealisasikan impian korang.

Dashing menawarkan :

1. 11 pemenang bertuah untuk menikmati jelajah 6 hari 5 malam ke Manchester, UK secara percuma! 
2. Peluang keemasan 3 hari di kem latihan di City Football Academy bersama-sama para jurulatih Akademi 
3. Peluang mendekati para pemain pasukan pertama, jelajah di Etihad Stadium 
4. Menangi  tiket VIP bagi menonton perlawanan secara langsung (LIVE) di antara Manchester City FC dan Manchester United pada 19 Mac 2016.

Hanya dengan SMS yang mudah untuk menyertai (perlu membeli mana-mana produk Dashing atau Elite) . Peraduan ini yang akan berakhir pada 31 Disember 2015


Info selanjutnya jom layari :

Facebook : dashing
Instagram : @dashing_my 


8 comments:

  1. best kan pakai..husband cakap sejuk sejuk muka biler pakai nie.

    ReplyDelete
  2. Wuuu..kulit semakin berseri-seri tu...heehe

    ReplyDelete
  3. murahnyee....nak belikan untuk adik I lah...

    ReplyDelete
  4. suke sgt produk dashing nie...bau die tu along...bau yg tak kuat dan tak lembut so just nice jek utk lelaki....yg pasti harga die tu mampu milik kan....

    ReplyDelete
  5. suka dgn brand dashing ni kalo utk kaum lelaki pki...dlu2 bedak je..lps tu dh ada perfume, pembersih muka

    ReplyDelete
  6. suami saya kulit sensitive, tapi bila pakai dashing alhamdulillah serasi kak !

    ReplyDelete
  7. Tetiba kakak teringat dulu salah satu set hantaran kakak bagi kat abang brand dashing inilah SA. Dulu banyak dlm botol kaca semuanya:)

    ReplyDelete
  8. mau beli kan mr.asben la.
    dia malas beli sendiri.
    bini ni jugak yg tolong beli kan.
    dia pakai apa aje :)

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah