Monday, December 14, 2015

NENAS MANIS MD-2 TERBAIK...

Hi korang....

Semalam sempat singgah ke Pasar Tani Stadium Paroi, Seremban bertemu rakan blogger iaitu Food Blogger terkenal Hazman Fadzil yang sekarang giat berniaga di Pasar Tani sekitar Negeri Sembilan. Dah banyak kali hajat nak singgah tak kesampaian sebab kekangan masa...tapi semalam sempat la singgah di gerai beliau..

ye ini lah dia Nanas Manis MD -2 terbaik yang pernah aku makan...kebetulan sebelum ni aku tak berapa suka dengan nenas sebab buat pedih lidah kan...tapi ternyata makan nenas manis MD2 ni memang sedap..aku sorang je makan berkeping- keping...dan yang pelik lidah tak pedih or org cakap tak lidas..menurut Hazman hanya Nenas Kualiti terbaik je yang diorang jual..stok pun ambil kat Johor setiap hari Khamis...


bersama Food Blogger Malaysia Hazman Fadzil dan Nenas MD-2 yang buat aku terliur..semoga Hazman dan rakan terus maju dalam perniagaan beliau...


ni sebelum kupas..serius aku tak pandai kupas nenas..so serahkan pada yang pakar iaitu Abah


rupa paras selepas di buang kulit dan di buang 'mata' nya


Setelah di potong...nampak juicy sangat...sedap di buat jus atau makan begitu sahaja


gigitan pertama dah terasa segar dan manisnya nenas ini


Dania pun suka


bila tanya pedih lidah tak...dia kata tak...dan sangat sedap

Jom belajar sedikit info tentang Nenas Manis MD-2

Apa itu Nanas MD2?

-Berasal dari Hawaii
-Dibawa masuk ke Malaysia pada 2008
-Rasanya yang lebih manis
-Berat antara 1.3 hingga 2.5 kilogram sebiji
-Rupa buah berwarna kuning keemasan dan mata yang besar
-Memiliki bentuk silinder dan segi empat lonjong
-Sesuai ditanam di kebanyakan jenis tanah
-Tahan lasak dan tidak mudah rosak
-Isi buah berwarna kuning dan padat
-Mempunyai kandungan vitamin C empat kali ganda lebih tinggi
-Harga benih MD2 bernilai RM1.50 sepokok



Info Khasiat Buah Nanas MD-2 Dari blog Uncle Zuan:


  1. Mengandungi Vitamin C 4 kali ganda lebih tinggi dari buah nenas yang lain.
  2. Rendah kandungan Saturated fat, Cholestrol, dan sodium.
  3. Juga kaya dengan Fibre, Thiamine, dan Vitamin B6.
  4. Boleh menyebuhkan penyakit Gaut.
  5. Mempunyai keupayaan Diuretic dan Detoxification yang dapat menjauhkan sakit kanser.
  6. Mencairkan darah dan melegakan sakit darah tinggi, kencing manis, batu karangdan sakit saluran pernafasan.

credit info blogger JMR dan Uncle Zuan

Special thanks to Food blogger Hazman Fadzil yang kini telah bergelar usahawan Nenas Manis MD-2. Buat masa ini beliau hanya berniaga di sekitar pasar tani di Negeri Sembilan. Kalau ada di antara korang nak dapatkan Nenas Manis MD-2 ni  boleh la ke Pasar Tani yang terdekat dengan tempat korang tinggal...sesekali berjalan jauh takpe kot...hehehe..

korang rasalah nenas ni...gerenti sedap...gerenti puas hati dan sangat- sangat recommended..

14 comments:

  1. baru semalam makan nenas dari pontian Johor, pun sedap! tp xtau la jenis yg mana, bedal je. hehe.

    ReplyDelete
  2. sedapnya.. makan dengan garam lg sedap

    ReplyDelete
  3. Ya Allah..akakkkkkk..sedapnyeee..falsya suke nenas..kalau falsya makan suke cicah ngan kicapppp...sedapppppp

    ReplyDelete
  4. sedapnye nenas..nak makan xberani lagi..tapi mmg favourite ni...

    ReplyDelete
  5. sedap nyer nenas kak oii...terliur pulak dah nie..

    ReplyDelete
  6. bila nk sampai kl nenas nih?
    kalu dr johor mmg ada mcm2 jns nenas... kalu tgk nenas md2 nih ada iras2 nenas sarawak... bentuk n saiz nya hampir sama... mungkin md2 nih dh di tambah baik...

    sbb nanas sarawak mmg besar, manis lembut tp dia tak tahan lasak... tak blh nk campak2 nnti rosak isi nya...

    dana ckp camtu sbb abah dana penanam nenas ada ladang nanas... n ada mcm2 jns nanas dh jumpa n pnh tnm hehhehe

    ReplyDelete
  7. Nampak sedap..
    tapi nieyl x boleh makan...
    tgk pun lidah ngan perut rasa ngilu...
    tak tahu nape...

    ReplyDelete
  8. Kita tgk pun da trliur kak..uishhh da lma sgg x mkn nenas ni

    ReplyDelete
  9. suka nenas tp selalunya lidah akan pedih kan..tapi kalau tak rasa apa apa means memang torbaiklah tuh..hehe

    ReplyDelete
  10. hari ni ramai rakan blogger posting kat IG, teringin juga nak rasa kan SA, sedap ye :)

    ReplyDelete
  11. nenas sedap tapi tu la makan banyak sakit lidah..

    ReplyDelete
  12. hehehe.. sedapnya !! Kak SA buat rasa nak pegi cari buah.. dapnya..
    CT makan skali yang keras tu..

    ReplyDelete
  13. Tak sempat lagi nak cuba. Mcm sedap aja

    ReplyDelete
  14. Salam Suria, wah Hazman Fadzil dah jual nenas di oasar tani, tak tahu pulak saya. Nampak sedap je nenas MD-2.

    Semoga bro Hazman bertambah maju dengan bisnes beliau.

    Jom kunjungi entri saya:
    Pengalaman Bersama ONEXOX

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......