Tuesday, December 29, 2015

Lombok Aku Datang - Day 3

Menuju ke Restoran Taliwang Irama 2, kami dihidangkan dengan pemandangan yang agak menarik yang susah nak jumpa di Malaysia..aku leka dengan pemandangan kiri kanan..dari jauh masa bas berhenti traffic light ternampak makcik tua duk tepi jalan...tak pasti plak apakah beliau mengemis..malas nak tanya tour guide sebab diorang tengah rancak berbual so..pandang aje la..tak ralit mata aku memandang..nak jugak tau kenapa makcik tu duduk tepi jalan...kepenatan ke..suka- suka ke...sebab memang dia sensorang je kat situ...


sehabis daya aku zoom


bila dah dekat aku putuskan erm..maybe dia tengah tunggu kenderaan jemput dia..kesiannya..tak panas ke makcik oiii


apa yang aku perhatikan persekitaran sekeliling perumahan di lombok ni agak bersih..longkang pun air jernih je...



akhirnya sampai jugak...oh..tepi2 tu ada yang berjualan...mutiara dan t-shirt..macam tau2 je aku tak shopping lagi...


ini la dia ayam Taliwang yang dikatakan antara menu popular di Lombok...memang sedap..ayam kampung yang di panggang dengan sos intimewa

Dah makan...dah kenyang..perut pun senang..hati dah girang sebab dapat jugak beli souvenir nak bawak balik...risau tak beli apa pun sebab kami skip tempat shopping gara- gara flight reschedule...akhirnya dapat jugak beli...

Dari Restoran Taliwang kami teruskan perjalanan ke destinasi terakhir kami iaitu Sasak Cloth Weaving & Handycraft


kalau korang nak plan pi Lombok boleh la masukkan tempat ni dalam wishlist korang tapi aku bagi tau awal2 kat sini hasil tenunan cantik menarik cuma mahal berbanding tempat lain...


pekerjaan wanita Lombok salah satunya menenun...cantik hasil tenunan


kena teliti supaya corak tak lari..kalau aku yang buat memang terkepit jari pas tu jahanam terus kain tu semua sebab aku jenis tak sabar...


cantik kan?nak kaler apa..semua ada...yang penting ongkosnya ya buk...


akak ni suruh aku cuba tenun...tak nak la aku...rosak kain tu kang


memang cantik la..RP500,000..Mahal..kalau convert dalam RM150 sepasang


Ketayap..ini aku beli..x ingat plak harga..beli untuk abah and Angah, adik ipar dan anak buah aku


bergambar kat sini...


orang lelaki pun menenun tau


cantik plak corak tenunan makcik tu ha...


Handsome guy Rayyan pun nak amik gambar gak

Lepas semua dah shopping2 ni...kami meneruskan perjalanan terakhir kami menuju ke Bandara International Lombok..dah tiba masa saat kami pulang...flight masa tu rescheduled ke pukul 4.30petang..


Aku teruskan snap sana sini bumi Lombok yang kontang sebab takde hujan...kesian dan sedih aku rasa..tanaman tak cukup air dan tanah merekah..nampak perigi tapi tak tau la ada air ke tak...


tanah sawah kekeringan...


gerai- gerai biasa...


aku zoom sedaya upaya aku...nampak kan tanah yang kering dan merekah..

confuse ngan lane jalan ni...dua2 hala leh guna....


Harapnya sekarang bumi Lombok dah makin ok sejak dah di landa hujan bulan ni..trip yang akhir bulan ini cakap hujan dah turun..dah banyak hujan dah..harap kehadiran hujan memberikan rezeki buat petani...semoga bumi Lombok subur dengan tanaman...

Rindu plak kat pemandangan sawah padi diorang...

Next entry yang last sekali......yes....akhirnya aku berjaya habiskan trip Lombok ni....

5 comments:

  1. cantik nyer kak jahitan dia tuh...!

    kering kontang sangat tanah dia tu..harap-harap lepas ni lombok kembali pulih dr musim panas nie.

    ReplyDelete
  2. my sista pun pegi lombok weekend ari tu

    ReplyDelete
  3. memang rare permandangan kat sini.

    ReplyDelete
  4. Mahal juga kak harga kain tu. Tp sepadan lah dgn hasil dan corak tenunan dia kan.

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah