Friday, December 11, 2015

Koleksi Jam Tangan Wanita Aktif






Jam tangan merupakan perkara yang paling penting dalam hidup kita seharian...betul kan? kalau takde jam tangan macam mana kita nak tengok waktu selalu...perjalanan hidup kita memang berkaitan dengan waktu...betul tak?sehari tak pakai jam terasa macam tak lengkap hidup kan?

Seperti yang kita tahu, koleksi jam tangan dibahagikan kepada beberapa jenis dan setiap rekaan jam tangan adalah sesuai untuk acara tertentu. Misalnya, jam tangan bertali kulit adalah tidak sesuai untuk dipakai ketika anda ingin melakukan aktiviti lasak di hutan. Begitu juga dengan koleksi jam tangan digital yang kurang sesuai dipadankan bersama pemakaian formal ke pejabat. Oleh yang demikian, untuk entri kali ini akan membincangkan mengenai ciri-ciri koleksi jam tangan wanita yang sesuai digayakan oleh wanita aktif atau dengan kata lain, bagi golongan wanita yang gemar melakukan aktiviti-aktiviti outdoor. 




Ada beberapa tips yang sesuai untuk wanita aktif memilih koleksi jam tangan kegemaran korang serta mengikut kesesuaian aktiviti yang korang lakukan...aku pun baru tau ni…tak semua jam sesuai untuk semua aktiviti..

Jom check this out bebeh….


Pertama sekali, pilih tali jam tangan yang betul. Tali besi, sintetik dan kulit adalah tidak sesuai sama sekali. Ini kerana, tali besi dikhuatiri akan tercalar, tali sintetik mungkin akan tercabut dan tali kulit pula menyerap peluh dan menyebabkan ia berbau hapak. Anda sedia maklum bahawa aktiviti lasak akan menyebabkan si pemakai lebih kuat berpeluh dan tali jam tangan silikon adalah yang terbaik dan paling mudah dibersihkan. 

Kedua, pakai jam tangan digital. Ini kerana, ia mudah dilihat dan lebih menyenangkan anda untuk melihat waktu pada skrin. Bacaan minit dan saat juga lebih tepat. Ini bukan bermaksud bacaan jam tangan analog dan kronograf tidak tepat, tapi kemungkinan terdapat ralat ketika anda melihatnya. 

Dan yang ketiga adalah pakai jam tangan yang sememangnya direka untuk tujuan seumpama itu. Pilih jam tangan yang dilengkapi dengan fungsi-fungsi khas yang dapat membantu anda melancarkan aktiviti anda seperti kalis hentakkan, kalis air dan sebagainya.

Senangkan?lepas ni senang lah korang nak beli jam..follow tips diatas ikut kesesuaian aktiviti dan fungsi yang mudah kan...tak payah pening kepala nak pilih jam yang sesuai dengan korang.

11 comments:

  1. AA TAK BERAPA MINAT YG SPORTY .. >_< tapi cantik la jam nie.

    ReplyDelete
  2. Kalau yg banyak duit boleh ada beberapa jenis jam SA
    Macam kakak satu aje ada, jadi apa pun aktiviti itulah juga yg kakak pakai - alahai...

    ReplyDelete
  3. Betul tu. Saya mmg sentiasa pakai jam waktu keluar rumah... huhuuhu

    ReplyDelete
  4. suka tgk tapi kalu tanya empunya diri mmg x pakai laa...rs berat je kat tangan ni hahaha

    ReplyDelete
  5. Saya tak aktif sangat.. Jadi guna jam yg tali biasa je...yg besi tu je...

    ReplyDelete
  6. sy ade satu jam ... dah 8 tahun kot ....

    ReplyDelete
  7. Saya lagi suka tali besi. Disebabkan saya takdanya aktif bersukan sekarang ni, memang satu jenis jam tangan ada yang saya ada. Yang macam dalam gambar ni saya kurang suka sikit. Rasa macam jam tangan budak-budak ^_^

    ReplyDelete
  8. Dulu puas pakai jam yang bersifat outdoor. Sekarang tetiba nak try pakai yang bertali besi..

    ReplyDelete
  9. saya tak suka pakai jam dari dulu lagi, hu hu..

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah, sudah balas follow di sini..:)

    ReplyDelete
  11. tips berguna ni, tp sy dah tak sporty skang..dulu je..huuhu

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......