Friday, December 4, 2015

Keluhan Yang Tidak Selesaikan Masalah

Hari - hari aku baca keluhan demi keluhan di media sosial tentang kenaikkan harga tambang perkhidmatan awam seperti LRT, ETS, MONOREL, ERL dan KOMUTER. Tipu la kalau nak kata aku tak terasa langsung...giler weyh sangat terasa sebab itu la kenderaan yang aku guna hari demi hari ke tempat kerja...walau sehala ( balik kerja ngan sidia) tetap membebankan. Bayangkan kalau sebelum ni tambang sehala dari kawasan aku ti ggal di Kepong Sentral ke KL Sentral cuma RM1.40, sekarang dah RM2.50...kalau pergi balik RM5. Okey korang kali ngan 26 hari bekerja. total RM130.
Giler banyak tu...blom lagi LRT dan yang lain-lain...balik Seremban naik Komuter RM8..

Rakyat marhaen seperti aku walau gaji dah selesa tetap akan mengeluh...apatah lagi yang rumah jauh dari tempat kerja...Diorang ni memang tak fikir kot...


elok tukar je ayat tu la...


bukti kenaikkan tambang


padahal jarak sesuatu tempat tu bukan jauh mana pun...

lagi satu kalau naik tambang dan perkhidmatan perfect takpe jugak...ini masih di takuk lama...macam mana rakyat tak naik hangin...janji waktu perkhidmatan di percepatkan semuanya ke laut....
Lepas ni tak tau la apa lagi benda yang akan naik...harga makanan memang for sure dah lama naik dah...takde pilihan kena gak beli...sebab hidup perlukan makanan kan...

Bawak bekal dah...
lupakan kepentingan diri sendiri dah..
tak pergi bercuti jauh2 pun dah...

tapi bila semua benda nak naikkan harga...tetap tak selesaikan masalah......am i right?

8 comments:

  1. kan...celah mane ko mendengar tuh???? tak paham gak aku najib nie..

    ReplyDelete
  2. Betul kita dimomokkan dgn banner dan signboard cantik-cantik tapi hakikatnya 'kosong' belaka
    Yg terhimpit tetap rakyat juga.

    ReplyDelete
  3. Tak boleh tengok gambar dia ni.. dengar suara apatah lagi.. panas je rasa hati ni..

    ReplyDelete
  4. ermmmm. sama2 kita berdoa supaya negara kita diperintah oleh pemerintah yang adil lagi saksama dan bukannya zalim.

    ReplyDelete
  5. itu lah dia pencanai capati... Janji yang di capatikan... dah nyanyok kot... tu yang dia mudah lupa apa yang dia janjikan...

    ReplyDelete
  6. kite ni makin di tindas dan tertindas...perah selagi bole yg penting "DUIT" dia lupa Allah maha melihat

    ReplyDelete
  7. Kesian kepada kita rakyat marhain ini.
    Mereka lainlah orang kaya tak gunapakai semua transport tu.

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......