Monday, December 14, 2015

Aprillia Hangus Terbakar Di Karak

Kuala Lumpur: Seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi nyaris maut apabila kenderaannya terbakar akibat terbabas di Kilometer 31.4 Lebuhraya Karak pagi tadi.
Dalam kejadian 9.15 pagi itu, mangsa berusia 20-an dalam perjalanan bersama sembilan penunggang lain dari Kuala Lumpur ke Bentong sebelum hilang kawalan di satu selekoh.

Akibat kejadian itu, motosikal Aprillia RSV4 1000cc itu terbakar dan penunggang terbabit dibawa orang ramai ke tepi jalan.
Pegawai Operasi Bomba Selayang Zaidi Yahya berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 9.30 pagi dan mengerah sebuah jentera dan ambulans bersama lapan anggota ke lokasi kejadian.
Katanya, mangsa hanya mengalami cedera ringan dan dihantar ke Hospital Selayang untuk rawatan.





Semalam aku dikejutkan dengan berita dari whatsaap group kerja yang salah seorang rakan kami

terlibat dengan kemalangan motor dan superbike dia hangus terbakar...terkejut betul semalam..padahal

Meor baru je balik dari Filipina melawat Site...



gambar dari group whatsaap yang aku dapat semalam



keadaan superbike Meor semasa terbakar semalam..


Nasib baik Meor tak cedera parah sebab suit yang dia pakai tu menyelamatkan keadaan dia...ngeri aku tengok video yang aku dapat...cubaan menyelamatkan superbike Meor gagal...nampaknya Meor kena redha la..dah la Superbike dia tu baru je beli...

Tapi takper la kan....total loss ad insurance...boleh je claim kan...yang penting nyawa Meor sebab 

isteri beliau sedang sarat mengandungkan anak sulung mereka...

Syukur Meor terselamat....

7 comments:

  1. giler..ape pun nasib baik tak ape-ape..

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah penunggangnya selamat .

    ReplyDelete
  3. Motor terbakar boleh beli baru... Syukur semuanya selamat...

    ReplyDelete
  4. Allahhuakbar..nasib baik Meor selamat.. Harta benda boleh dicari ganti... tapi nyawa.. hanya 1

    ReplyDelete
  5. adeh motor mahai.. tapi dia selamat.. syukur..

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......