Semalam aku dapat whatsaap dari adik bongsu aku yang kerja kat LKIM Penang..dia pi premis ternakan udang lipan ni...antara tugas rasmi dia la kan...memang diorang selalu checking kolam-kolam ternakan ni...
Seriously aku tak pernah makan udang lipan ni...dan knowing aku yang suka explore benda- benda pelik..suka mencuba...aku suruh la dia beli...dia boleh cakap dia GELI.....aku macam...laaaaa...ko dah kenapa...Cina tu nak bagi je kot...besar- besar plak tu compare yang selalu aku nampak kat kedai or pasar...malah aku dengar udang ni sedap serta lebih manis dari udang biasa...erm...takleh jadi ni...memang aku kena cuba jugak...tgok la December nanti...aku nak pi Penang dan cari udang ni....
korang x geram ke tgok...memang la nampak macam geli...tp sebab gemok2 mcm tu...alahai ruginya tolak pemberian...
tu kaki adik aku size 5 -6...korang bayangkan besar mana udang ni
salah seorang pegawai tgh check la kot..aku tak tau tugas diorang sebenarnya apa
see...besar ke tak besar udang ni...ini kalau aku sorang makan sekor tak cukup ni...
jom kita belajar sikit tentang udang lipan ni....
kredit to wikipedia..
Udang lipan atau stomatopod ialah krustasea laut, ahli dalam aturan Stomatopoda. Ia bukanlah udang mahupun lipan, tetapi diberi nama menurut bentuk fizikal yang menyerupai kedua-dua haiwan darat lipan dan udang. Ia mampu mencecah 30 sentimeter (12 in) panjang, sungguhpun kes luar biasa sehingga 38 cm (15 in) telah direkodkan di Hawai.[2] Kulit luar karapas bagi udang lipan, menutup hanya bahagian belakang kepala dan tiga segment pertama toraks. Udang lipan terdapal dalam pelbagai warna, dari perang terang kepada warna kuning bata terang. Sungguhpun ia merupakan haiwan biasa dan antara pemangsa penting di kebanyakan habitat kawasan air laut tropika dan sub-tropika cetek, ia kurang difahami kerana kebanyakan spesies menghabiskan kebanyakan hayat mereka berlindung dalam sarang dan lubang.
kawan meja sebelah aku ni cakap...udang ni sedap goreng kunyit jugak....cuma tak tau proses nak bersihkan udang ni macam mana sebab looks complicated...blogger Hasrul Hassan rasanya pernah share macam mana nak bersihkan udang ni....erm...nanti terjah semula la entry beliau...
CARA SIANG UDANG MANTIS
Kredit to Blogger Hasrul Hassan
besarnya...bakar pun sedap ni
ReplyDeletesdapnya..msk lmak pon sdap tu..:)
ReplyDeletegelinya akk tgok udang tu SA..mmg tak sanggup nak mkn kot...masa pi mkn kat Hammer Bay hari tu pun ada..mmg besar..fresh dlm akuarium..pilih, timbang & dorang mskkan
ReplyDeleteOkey..walaupun besar..tengok rupa dia macam geli sikit..
ReplyDeleteX pernh lgi Lya mrasa udg lipan ni mcm nmpk best besar plak tu puas mkn
ReplyDeletesedapnya kalau dapat makan ni
ReplyDeleteSy pernah beli udang lipan tp takut nak makan..hrganya Pn murah je
ReplyDeleteudang lipan letak atas papan tu dia menjalar jalan-jalan tak., harhar2
ReplyDeletebesar giler., mahal tuu sekilo mak suria kann ;p
wahhh freshhh punya udang... masak apa sedap tu
ReplyDeletekecik2 dulu mmg rajin mkn pun ....dah besar ni dh lama pindah dr penang ...mmg x jumpa dah ...udang ni mmg kat penang je kot ...sbb dok kt tmpt lain tak penah jumpa org jual .... mmg sedap ... rindu plak kat mak
ReplyDeleteMembayangkn lipan..err..geli gk kot..hehe
ReplyDeletetak pernah lagi makan udang lipan ni..kalau suka udang mungkin akan suka udang lipan ni jugak kot..teringin nak rasa
ReplyDeleteDiana paling sukan makan udang ni SA tapi udang lipan ni tak pernah lagi Diana makan...macam geli pula..hihi
ReplyDeleteAssalam SA. mcmana sy nk beli udang ketak ni. bole bg no contact tak?
ReplyDeleteMaaf, xde contact number...citer ci masa adik yg keja kat LKIM Penang pergi melawat kawasan ternakan..skrg dia dh pindah ke Puchong plak...
Delete