Friday, November 6, 2015

PERMOHONAN UNTUK BERPOLIGAMI..

Lucu juga surat
Permohonan..
Surat rasmi dr Suami utk tambah kuota!!! 😂

Razaki Hamid
No 39, Jalan Dedap 9,
Saujana Utama 2,
Kajang, Selangor.

Rohana Jalil
No 39, Jalan Dedap 9,
Saujana Utama 2,
Kajang, Selangor.

Puan,

PERMOHONAN UNTUK BERPOLIGAMI


Perkara di atas adalah di rujuk.

2. Sebab utama permohonan ini di lakukan adalah kerana saya ingin melengkapkan kuota yang telah di peruntukkan bagi saya. Buat masa ini kuota yang telah di isi cuma satu, memandangkan masih ada 3 kekosongan, eloklah jika dapat di penuhi secepat mungkin. Pihak yang akan mengisi satu kekosongan ini buat masa ini ialah Cik Hana Fazura binti Ramli yang merupakan setiausaha saya di pejabat. Memandangkan komitmen yang beliau tunjukkan di pejabat amat baik, eloklah jika kita masukkan dia bersama kita di dalam organisasi keluarga kita. Kekosongan yang selebihnya akan di isi di masa akan datang.

3. Untuk makluman pihak puan, yang sebenarnya masalah ini telah lama saya fikirkan tetapi memandangkan poket saya yang selalu nipis, terpaksalah saya tangguhkan dulu permohonan ini di samping kurangnye rasa keyakinan untuk mengemukakan permohonan ini. Kini, setelah saya dapat mengeluarkan kesemua duit pelaburan ASB saya, saya merasakan kembalinya semangat saya yang telah hilang selama ini.

4. Permohonan ini amat setimpal kerana dengan kedudukan sekarang ia menguntungkan kedua belah pihak dan juga pihak ketiga. Selama ini hidup kita bahagia sebab jika tidak, manakan mungkin puan dapat menjadi seperti sekarang. Semua yang puan miliki sudah bertambah besar. Kereta besar, rumah besar, rantai besar dan pakaian besar. Jika dulu potongan puan seperti gitar, kini sudah bertukar menjadi drum. Oleh itu, sudilah kiranya dapat kita kongsi bersama insan lain kebahagiaan kita ini.

5. Pihak puan juga dapat menikmati faedah dari kelulusan permohonan ini kerana puan akan tetap menikmati apa yang telah puan miliki sekarang dengan waktu bekerja lebih singkat dan sistem syif akan di perkenalkan iaitu 1 hari kerja dan 1 hari cuti rehat. Waktu bekerja yang selebihnya akan ditampung oleh pihak ketiga. Kebaikan yang puan akan nikmati ialah waktu rehat yang bebas kerana dalam puan bercuti, saya selaku Penyelia tidak akan memantau aktiviti yang puan lakukan. Pada waktu itu saya cuma akan fokus kepada hasil kerja pihak ketiga. Menguntungkan bukan?

6. Segala kerjasama dari pihak puan saya dahulukan dengan ribuan terima kasih. Saya amat berharap pihak puan dapat meluluskan permohonan saya ini kerana adalah lebih baik jika kita dapat berkongsi kebahagiaan kita ini bersama insan lain. Saya harap permohonan saya ini di balas dengan senyuman penuh keikhlasan dari pihak puan dan tandatangan puan di atas kertas yang saya lampirkan bukannya balingan periuk nasi, pinggan-mangkuk, ketukan senduk dan perkara-perkara yang menyukarkan pihak puan untuk melakukannya.

7. Saya harap puan sudi meluluskan permohonan ini. Hadirkanlah senyumanmu sebagaimana ketika kita menyambut orang baru bayi kita kedalam keluarga kita 10 tahun lepas. Situasinya lebih kurang sama dengan masa kini. Kita akan menerima orang baru juga cuma bezanya ialah jika 10 tahun yang lepas kita perlu menjaga dan membelainya dengan manja bersama tetapi kali ini, setiap urusan penjagaan dan belaian manja akan di laksanakan oleh saya sepenuhnya.

8. Akhir kata, saya harap permohonan saya ini dapat dibalas secepat mungkin. Semoga kita bersama-bersama dengan pihak yg ketiga akan dapat melaksanakan program ini dengan jayanya.

Sekian, Terima Kasih.

"BERKORBAN DAN BERKONGSI KEBAHAGIAAN LAMBANG RUMAHTANGGA BAHAGIA"


Yang Ikhlas Memohon,
Suamimu...

----------------------

Ni surat jwpan kpd yg nk tambah kuota.

Kepada:

En. Razaki

Surat daripada pihak tuan adalah dirujuk.

Dukacita dimaklumkan, saya menolak permohonan berkenaan dengan hujah-hujah berikut.

1. Untuk makluman pihak tuan, ini bukan kuota bumiputera yang wajib kena penuh. Tambahan kuota ini pastinya menyusahkan pihak tuan di kemudian hari.

2. Pihak saya juga berminat untuk mengenali perempuan tak sedar diri tu, macam dah tak ada lelaki lain dalam dunia ni. Saya juga bersedia untuk 'mencili-cilikan' perempuan itu dengan pihak tuan sekali pada bila2 masa.

3. Pihak tuan selalu kata tiada duit nak beli itu ini. Tapi nak kahwin punya fasal semua duit simpanan pihak tuan sanggup habiskan. Dulu kata duit ASB tu untuk masa depan, rupanya untuk bini masa depan.

4. Pihak tuan cakap kata untung dua-dua pihak? Cantik muka tuan...ingat niaga barang ke! Sebenarnya pihak tuanlah yang mengaut keuntungan 100% hasil penambahan kuota itu, sedangkan saya tidak mendapat apa2. Oleh itu, saya tidak dapat menerima permohonan yang menguntungkan sebelah pihak ini.

5. Pihak tuan juga sesedap mulut mengata saya tong drum, sedangkan tuan sendiri tu masa mandi kaki pun tak nampak, jalan baru lima langkah dah penat, badan pun dah macam kungfu panda! Itu pun ada hati nak kahwin lagi konon.

6. Kongsi? Tuan ingat ni kereta ke? Sedangkan tidak berkongsi pun tuan jarang2 'memberi nafkah', inikan pula berkongsi.

7. Kerja syif? Saya ingin menegaskan ini bukan kerja kilang. Tambahan pula dengan 'prestasi kerja' tuan yang kian merosot, saya yakin tuan tidak mampu menjalankan 'tanggungjawab' sebagai penyelia dengan berkesan. Saya selaku orang yang diselia oleh pihak tuan amat arif tentang 'prestasi' tuan yang tidak seberapa.

8. Cewah-cewah nak dibalas dengan senyuman penuh keikhlasan konon, kalau tuan berani balik la rumah, kita . sapa yang nak senyum sapa yang nak meraung.

Oleh itu, permohonan tuan ditolak dan untuk makluman tuan, pihak saya sudah menyediakan segala peralatan untuk 'peperangan', itu pun kalau tuan berani untuk pulang ke rumah .

Terima kasih.

"SEDIA 'BERPERANG' DEMI RUMAHTANGGA"


Yang ikhlas,
Isteri mu...

11 comments:

  1. hahaha... surat jawapan yang mantap.

    ReplyDelete
  2. tetiba wak teringat citer ustaz poyo wak tuuh., hehe2

    #senangnyakawensiam

    ReplyDelete
  3. hahahaha...apa depa ingat kuota tu wajib diisi..ni la padahnya kalau ikut pak jib..kalau laki Fida buat surat ni..memang tak ada balas2 dah..terus serang hendap..

    ReplyDelete
  4. Haha..jawapan balas tu, win sangat..

    ReplyDelete
  5. hmm... berani suami tu buat surat permohonan... hehe

    ReplyDelete
  6. siap ada surat permohonan lagi tu..kemain semangat

    ReplyDelete
  7. ha ha ha paling kelakar ialah para 5 surat permohonan suami dan para 7 surat jawapan isteri :)
    ha ha ha...

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......