Friday, November 27, 2015

Lombok Aku Datang Part 4 - Dusun Sasak SADE Rembitan Lombok

Hi korang....
Lama plak aku menyepi...ok la tak biarkan korang tertunggu- tunggu dan tak nak kisah Lombok ni asyik bertangguh..sementara belum ada entry advertorial menjengah..aku up dulu la citer Lombok ni...

Ok lepas makan kenyang perut suka hati kami semua meneruskan perjalanan ke Dusun Sasak Sade iaitu sebuah perkampungan suku asli Lombok, kampung yang  masih dikekalkan budaya dan kepercayaan dari arus kemodenan. Desa Sasak yang luasnya sekitar 5 / 4 hektar, dihuni oleh lebih dari 700 kepala keluarga. Mereka tinggal di dalam rumah yang unik iaitu beratap jerami, berlantaikan tanah liat dan bertembokkan dari tahi kerbau.

Penduduk Dusun Sasak atau kaum lelaki dari Suku Sasak ini menjadikan pertanian sebagai sumber pendapatan mereka. Mereka bersawah dan bertani. Mereka menanam Padi Gogo Rancah setahun sekali dimana dulunya mereka tidak menjual padi ini sebaliknya dijadikan sumber makanan mereka berbanding sekarang mereka telah mula menjual tanaman untuk kelangsungan hidup mereka manakala wanita dari Suku Sasak ini menjadikan hasil kreativiti tangan dan tenunan sebagai punca pendapatan mereka..

Jom ikut aku tengok gambar dulu...


Pintu masuk ke Perkampungan Suku Sasak Sade


Antara orang-orang kampung...ngeri sebab diorang pegang parang tajam...sempat plak aku snap gambar


Pemandu pelancong wakil dari Dusun Sasak Sade...dia lah yang menjadi jurucakap 


focus kawan- kawanku...hehehe...bagusssss......


Tak jauh di pintu masuk ada satu kaunter kalau ada yang nak menderma...boleh derma berapa banyak pun dan letak nama...


Kaum lelalki berehat di bawah pondok...


Barangan Kraftangan yang sedia ada di jual di tepi- tepi laluan dalam Dusun Sasak Sade ini


gelang- gelang manik 3 utas RP100,000...aku tak beli pun


Cincin batu utk lelaku...


Batu cincin kot...sama je aku tengok...


okey jom teruskan lawatan...korang tengok dinding rumah diorang dari mengkuang...


atap dari jerami


dalam rumah takde bilik...kalau ada pun hanya satu je...untuk ketua keluarga...hehehe...ye la kena la ada bilik kan..kalau tak cane nak ehem..ehem...eh...hahahaha


rumah ni semuanya atap rendah...ada rak dari buluh untuk ,letak barang- barang...kat sini korang x jumpa de sofa ke or kerusi kayu...jauh sekali peti ais...


tempat pinggan mangkuk dan periuk semua....


lamtai dari tanah liat dan tahi kerbau ye...nak tak nak kena la pijak jugak sebab kat dalam ni shoe off...x leh pakai kasut...


Dapur diorang...


aktiviti popular anak- anak gadis....carik kutu!!!!

Di depan sekali, dari kompleks suku Sasak ini, ada bangunan yang disebut Berugaq Sekenam sebab tiangnya ada enam, tempat pertemuan suku Sasak. Kalau ada apa- apa masalah atau berita nak disampaikan diorang akan berkumpul di situ...yang aku nampak waktu tu ada la wanita- wanita kat situ duduk lepak baring je kat situ..takde masalah la kot...hehehe..

Suku Sasak dilarang berkahwin dengan orang di luar perkampungan Sasak, jika ada yang kahwin dengan orang luar, maka mereka tak boleh kembali ke kampung Sasak. Macam Supir yang ikut rombongan kami cakap, dia dari Suku Sasak, wife dia pun dari Suku Sasak tapi sebab dah bekerja di luar maka dia tak boleh tinggal lagi di perkampungan tersebut..erm...pelik di situ..

Seluruh suku sasak dianggap sebagai satu saudara dan  hanya dibolehkan kahwin antara keluarga di dalam komuniti ini (kahwin antara saudara),tetapi tak boleh kawin dengan sepupu dari pihak lelaki. Sebab apa aku tak tau coz tak sempat nak bertanya lanjut masa tu..

Yang ni yang best nak cerita..

Adat perkahwinan mereka adalah dengan melarikan si gadis, setelah disembunyikan di rumah kerabat pihak lelaki selama 3 (tiga) hari, maka keluarga pihak lelaki akan mengirim utusan ke rumah keluarga perempuan dan menyatakan bahawa anak gadisnya telah diambil untuk dikawini. Selama diculik, belum boleh berhubungan badan..haaa..tak boleh tau...sebab Orang suku Sasak akan tersinggung. Kalau anak gadisnya dilamar, Jika lelaki suku Sasak mengambil gadis dari suku Sasak, maka mas kawinnya lebih murah, iaitu  seperangkat alat solat dan wang Rp.100 ribu atau Rp. 200 ribu.
Murah jer mas kahwin dia....

Jadi jangan salah faham kalau ada pemuda dari Lombok yang bawak lari anak gadis dari Malaysia tu sebabnya dah menjadi adat...mungkin memang lelaki itu asalnya dari Suku Sasak...entah lah kan..mana la tau...sebab  rata- rata wanita Malaysia yang ikut lari ni semua nya lari ke Lombok....masa aku kat sana takde plak terjumpa dengan wanita Malaysia...hehehehe...

Ok aku stop sini dulu...masih ada lagi gambar- gambar yang nak aku kongsi bersama korang masa kat Dusun Sasak Sade ni...dah panjang dah aku rasa...berjaya jugak aku up satu part lagi walau tengah Srott srett batuk ku ng kang kung kang ni...hope korang terhibur...tunggu sambungan....

4 comments:

  1. wow... menarik kaun suku sasak ni... leh buat kajian kearifan tempatan...

    ReplyDelete
  2. Jauh perjalanan luas pandangan.. cuma part kutu je ai tak suka.. huhuhu..

    ReplyDelete
  3. masih ada ramai yang tinggal di perkampunagn ni lah ya..
    ingatkan untuk tarikan pelancong je.. macam mini malaysia kat air keroh tu

    ReplyDelete
  4. Lain dari yang lain adat dan budaya dorang ni..tapi kraftangan dorang cantik

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......