Saturday, October 10, 2015

Resepi Ikan Keli Berlada

Aktiviti Hujung Minggu Suriaamanda

Selamat berhujung minggu korang...ini la aktiviti aku kalau dah tiba hujung minggu...masak..masak dan masak je...ye la Isnin - Jumaat aku jadi seorang ayah..cari rezeki..balik Seremban hari ni jalankan tanggungjawab sebagai mak dan anak untuk family plak...hujung minggu la nak abiskan masa dengan anak dan keluarga kan...ari ni aku masak apa?

Meh tengok ikan keli berlada aku...dah tinggal banyak ni je bar teringat nak amik gambar..


Menu

  1.  Ikan Keli 5 ekor potong 3 bahagian
  2. bawang kecik 3 biji
  3. bawang putih 4 biji
  4. cili api 20 biji
  5. cili kering yang dah mesin 2 sudu besar
  6. Sos tiram 2 sudu besar

cara memasak

  1. lumurkan ikan keli dengan kunyit dan goreng dalam minyak yang panas. Angkat dan asingkan apabila dah garing
  2. bahan 2-4 tumbuk hancur
  3. tumis bahan 2-5 sehingga naik bau
  4. masukkan sos tiram..
  5. biarkan sampai garing sikit..
  6. masukkan ikan dan gaulkan
  7. tak perlu letak garam sebab sos tiram dah masin dah
Dah siap...sesuai dihidangkan ketika panas...bertambah-tambah korang makan nasi...tapi ingat..makan jangan melampau sangat...ikut macam aku...nasi je sesenduk...selebihnya lauk....sayur jangan lupa ye...sayur kan penting...

okey la...selamat berhujung minggu...selamat mencuba...

kalau sedap boleh share kat blog korang...tak sedap...jangan salahkan aku...lain orang lain caranya kan....hehehehe...

6 comments:

  1. Sedapnyaaa! Syira suka mkn ikan ni. Tmbah2 kalau bakar cicah air asam. Sedapppp. :)

    ReplyDelete
  2. i paling risau masak ikan keli...asyik meletop2 je..hahah

    ReplyDelete
  3. Kalau terlampau layan selera, mahu bam bam balik ai.. huhuhu..

    ReplyDelete
  4. alahai sedapnya..tiba2 jer rasa lapar..:)

    ReplyDelete
  5. sedap masak ikan goreng berlado podeh ni :)

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah