Monday, October 12, 2015

Peserta Pertama Singapura Juara AF2015..



Sufi Juara Pertama Akademi Fantasia Dari Singapura

AF2015 Melabuhkan tirainya malam semalam dan menobatkan satu-satunya peserta Akademi Fantasia yang berasal dari Singapura sebagai juara. Tahniah buat Sufi walau aku meramalkan Bila atau Syamel yang jadi juara. Tapi takpe lah kan dah rezeki Sufi dan undian terletak di tangan penonton. Dah penonton pilih Sufi kan dan sememangnya dia layak....dia pun aku tangok antara peserta yang konsisten sepanajng AF2015 ni....



Pelajar dari Singapura, Sufi telah dinobatkan sebagai juara Akademi Fantasia 2015 (#AF2015) dalam Konsert Akhir #AF2015 yang berlangsung malam tadi.
Kemenangan itu menjadikan Sufi sebagai pelajar pertama AF yang bergelar juara dari Singapura, mengatasi rekod Aisyah #AF2013 yang sebelum ini hanya layak ke peringkat Akhir #AF2013.
Sufi atau nama sebenarnya, Mohammad Sufie Rashid, 24, telah menewaskan saingan terdekatnya, Syamel yang pada awalnya menjadi jangkaan beberapa pihak untuk bergelar juara pada konsert akhir tersebut.

Dengan kemenangan ini, Sufi telah berjaya membawa pulang hadiah berupa wang tunai bernilai RM50,000, pakej percutian ke Dubai tajaan HNH Tours Sdn Bhd dan sebuah trofi.
Pada konsert akhir tersebut, Sufi telah menyampaikan lagu ciptaan penuh dirinya sendiri bertajuk Kisah Dua Muka serta lagu Andai Ku Bercinta Lagi nyanyian asal kumpulan Mojo.
Sementara itu, Syamel yang bergelar naib juara telah memenangi hadiah berupa wang tunai bernilai RM30,000, pakej percutian ke Dubai tajaan HNH Tours Sdn Bhd dan sebuah trofi. Syamel telah mempersembahkan lagu Hidup Dalam Mati ciptaannya sendiri serta Sampai Mati nyanyian asal Hazama.

Seorang lagi peserta favourite, Bila telah menduduki tempat ketiga selepas menyampaikan lagu Diam Saja ciptaan Edry Abdul Halim dan lagu nyanyian asal Faizal Tahir, Karma. Anak kepada pemain bass kumpulan Wings iaitu Eddie ini telah membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM20,000, pakej percutian ke Dubai tajaan HNH Tours Sdn Bhd dan sebuah trofi.

Manakala Shahrul pula menduduki tangga keempat dan membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM10,000, pakej percutian ke Dubai tajaan HNH Tours Sdn Bhd dan sebuah trofi. Sharul telah menyampaikan lagu Hanya Kamu ciptaan Zul 2 By 2 dan Just The Way You Are nyanyian asal Bruno Mars.
Konsert Akhir #AF2015 telah bersiaran secara langsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Konsert gilang gemilang ini turut menyaksikan persembahan istimewa dari kumpulan Bunkface, Dato` Sheila Majid dan Caliph Buskers.
Zizan Razak dan Faizal Ismail terus bertindak sebagai pasangan hos manakala barisan pengkritik pula terdiri daripada Dato` Ramli MS, Dato` AC Mizal, Fauziah Ahmad Daud dan Datuk Aznil Hj Nawawi.


7 comments:

  1. Tahniah kpd Sufi. Memang la dia peserta favourite di hati pengundi2 wanita sebab dia kacak n berbakat. Dtg dgn pakej gitu!

    ReplyDelete
  2. Tahniah buat smua yg mnang...

    ReplyDelete
  3. tahniah sufi..cik nor xtgk..astro xde kat umah sewa..:)

    ReplyDelete
  4. eerr.. kita tak tengok langsung AF ni.. dan tak tahu pun.. huhuhu..

    ReplyDelete
  5. haiyooo..
    tak tahu pun apa berlaku kat AF ni..

    ReplyDelete
  6. alamak..tak tengok pulak AF ni.huhu

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......