Monday, October 5, 2015

Nikmati Masakan Kampung Terbaik Di Ummiza Cafe, Sepang.

Masakan Melayu Oriental Terbaik Di Jenderam Hulu, Sepang.

Bukan mudah untuk mendapatkan restoran atau cafe yang menghidangkan seratus peratus Masakan Melayu. Kalau ada pun pasti ada yang tidak menepati citarasa. Orang Malaysia sekarang lebih tertumpu atau kembali semula ke pencarian Masakan Kampung. Masakan Kampung yang betul-betul original tanpa bahan perasa tambahan. Dan semestinya makanan di Ummiza Cafe adalah HALAL.

Untuk itu Ummiza Cafe menampilkan kepelbagaian hidangan Masakan Melayu & Oriental yang dijamin keasliannya. Berbagai jenis hidangan masakan melayu yang di tawarkan di sini mengikut citarasa orang ramai.Aku rasa bertuah kerana diberi peluang untuk merasa masakan Melayu di Ummiza Cafe dan pastinya ini bukan kali terakhir aku akan ke sini tetapi pasti akan kembali lagi bersama keluarga..Wow...sememangnya menepati citarasa.Selain hidangan tengahari, di Ummiza Cafe turut disediakan sarapan pagi dengan pelbagai jenis kuih -kuih melayu.

Jom kita tengok gambar...


Nampak aje papan tanda kuning ni di Batu 29 Kampung Jenderam Hulu, Sepang..korang dah sampai la ke lokasinya..


Antara Hidangan Yang terdapat di Ummiza Cafe

Lauk -pauk di Ummiza Cafe berdasarkan menu mereka setiap hari iaitu :


Sambal Ikan Bilis


Sayur  Kobis Goreng


Sup Cendawan


Gulai Siput Sedut


Gulai Pucuk Ubi


Gulai Rebung


Kari Daging Campur Kentang


Sambal Udang Petai


Ayam Kampung Masak Lemak Cili Api 


Ayam Goreng Berlada


Ayam Masak Merah


Ayam Goreng


Asam Pedas Ikan Tenggiri


Ikan Keli Berlada


 Ikan Kembung Berlada


Ulam- ulaman dan sambal belacan

Di bawah ni kuih-kuih tradisional yang sempat aku rakamkan gambar.


Donut


Seri Muka dan kuih lapis


Kuih Kaswi


Mereka-mereka yang menjadi tulang belakang Ummiza Cafe. 


Ummiza Cafe turut menerima tempahan dan tempahan hanya diambil untuk jumlah 300 ke bawah contohnya majlis makan- makan keluarga, pejabat, hari lahir dan ulangtahun.Tetapi peralatan catering dan pengangkutan tidak disediakan atas sebab kekurangan kakitangan. Harga yang dikenakan mengikut harga pasaran dan kuantiti lauk yang di tempah. 

Untuk tempahan boleh hubungi :

Puan Nor > 019- 6682069

Ain > 011- 10602569

Atau

Sekiranya korang ingin merasai sendiri pengalaman makan tengahari di Ummiza Cafe, bolehlah set waze atau google map ke alamat berikut :

Ummiza Cafe 
No 229, Batu 29
Kampung Jenderam Hulu
Sepang, Selangor.

Dibuka setiap Isnin hingga Sabtu, 
Ahad -cuti

Sangat- sangat recommended bagi pencinta Masakan Melayu. 

Warga KL, Sepang, Dengkil dan Nilai...jom lah terjah Ummiza Cafe. 

Sekali cuba pasti tidak kecewa.

24 comments:

  1. Klu dekat restoran ni pasti diserbu dah ni. Semua pun masakan kampung favorite ni. :)

    ReplyDelete
  2. Boleh cuba try test ni nanti... Sedappppp tengok lauk pauk kat sini.. Menarik hati

    ReplyDelete
  3. Mak Ai! banyaknya SA!
    Nak pilih pun rambang mata semua nampak menggoda belaka

    ReplyDelete
  4. Masak lemak cili api tu... alahai... menggugatnya... dengan sambal blacan tu... amboihhh merah makngahhhh

    ReplyDelete
  5. semua lauk pauk memang menepati citarasa.. sedap!

    ReplyDelete
  6. mak aii..sdapnya..tetiba jer perut jadi lapar..:)

    ReplyDelete
  7. MASAKAN KAMPUNG BESTNYE!NAMPAK SEDAP!

    JOM FOLLOW ME http://zindanazie.blogspot.my/2015/10/koleksi-warna-terbaru-werda-sofia.html

    ReplyDelete
  8. klu sdap mcm nie..lauk mesti sold out sokmo..:)

    ReplyDelete
  9. tengok lauk-pauk yang dihidangkan pun nampak sedap.

    ReplyDelete
  10. Laju2 scroll sampai ke bawah.. menu sedap2 semuanya.. ;)

    ReplyDelete
  11. Wah.. Semua menu kampung.. Best2

    ReplyDelete
  12. nangisss tengok sambal udang petai, ikan pari dan ikan keli dia. Tu belum ulam-ulaman lagi ...huwaaaa!

    ReplyDelete
  13. menarikk nii..klu ada map location kan senang nak pi..

    ReplyDelete
  14. meriah.... menepati tema restoran...bilis mengancam...

    ReplyDelete
  15. jauh jugak nak menapak ke Sepang nun dari Beranang. Tapi pilihan makanan memang mabeles ! Gulai rebung, gulai pucuk ubi, ikan keli berlada, udang petai, gulai siput sedut ! Ahhhhhhhh. Rambang mata ! Eh. Gaya cakap macam dah pegi pulak, hiks :p

    ReplyDelete
  16. Sedapnya pucuk ubi tu..ulam2 lagi...
    Ruby suka masakan kg jugak :)

    ReplyDelete
  17. terliur kita tengok semua masakan kampung yang sedap ni kak

    ReplyDelete
  18. waduhh salah timing tengok.. lapa ni kak oiii..hahha

    ReplyDelete
  19. ohohoi. kelaparan kita tgk semua gambar. dah la x lunch lagi >.<

    tp dekat sangat dah sg merab ni dengan cafe tu rasanya. transport je xde

    ReplyDelete
  20. salam perkenalan...nampak sedap sangat.nak try one day

    syureinadiaries.blogspot.my

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah