Friday, October 16, 2015

Jumlah pesakit mental di Malaysia meningkat - KKM

Gangguan Mental Berleluasa Di Malaysia




KUALA LUMPUR: Jumlah pesakit mental di negara ini meningkat sejak sepuluh tahun lalu, kata Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya.

Menurutnya beliau, angka peratusannya adalah lebih tinggi berbanding yang pernah dicatatkan pada 2006 iaitu lebih sebanyak 11 peratus.

Bagaimanapun, beliau tidak dapat mendedahkan angka terbaru pesakit mental di negara ini memandangkan ia masih di peringkat kajian.

"Masalah mental di Malaysia nampaknya meningkat sedikit. Kajian baru-baru ini belum lagi dapat dikeluarkan. 11.25 peratus pada 2006 iaitu angka yang akhir ini ada peningkatan, namun jumlahnya saya tidak boleh beritahu lagi sebab belum muktamad.

"Tahun sebelum itu 10 peratus, selepas itu naik kepada 11 peratus dan angka akhir ini kita sudah buat kajian dan jumlah sebenar kita tidak tahu lagi," katanya dalam sidang media selepas merasmikan Wisma Yayasan Kesihatan Mental Malaysia, di ibu negara.

Jelasnya, masyarat perlu faham bahawa penyakit mental boleh dikawal dan mereka yang menghidapinya mampu bekerja dengan bantuan pengawasan serta ubat-ubatan.

Namun kata Dr Hilmi, bekas pesakit berkenaan perlu ditempatkan di kawasan kerja yang tidak bahaya selain memastikan mereka mengambil ubat mengikut jadual.

"Mereka boleh bekerja jika ia tidak memerlukan banyak kemahiran. Namun yang penting mereka dijaga dengan baik, makan ubat dengan sempurna dan mereka akan terkawal. Jadi ini tidak akan timbul soal keselamatan.

"Satu lagi, jangan letak mereka di tempat yang merbahaya. Berilah peluang kepada mereka," tambahnya.

Justeru, katanya keluarga dan orang yang terdekat dengan pesakit mental tidak menyisihkan mereka, sebaliknya memberi sokongan dan bantuan bagi mengelak penyakit mental yang dihadapi menjadi semakin parah.
Dr Hilmi juga berharap pakar terapi dan psikiatri di sektor kerajaan seluruh negara sedia membantu untuk berkhidmat sebagai sukarelawan di Yayasan Kesihatan Mental Malaysia.

"Kita harap pakar-pakar kita boleh luang masa datang ke sini untuk memberi sokongan dan datang ke sini dan sebagainya untuk bertugas sebagai sukarelawan dan tidak bergaji. Ini bermakna mereka yang berkelapangan boleh datang ke sini," kata Dr Hilmi.

_________________________________________________________________________________

Suriaamanda thoughts:

Patut la ramai yang ada gangguan mental....nak-nak kat laman sosial...kalau macam tu payah nak ubat kan tu..sakit yang nampak sure ada ubatnya...sakit tak nampak ni ubatnya pada diri sendiri kalau tak salah....macam-macam hal la...muhasabah diri je la...tak semua orang alami gangguan...ada sebab nya tu...

9 comments:

  1. Fida pun kadang2 rasa mcm ada masalah mental gak...tak pasal naik hantu..Tak boleh terlampau stress,Umah semak duit tak cukup pun stress gak...

    ReplyDelete
  2. keadaan sekarang jugak mempengaruhi.. yelah, banyak tekanan dari pelbagai sudut termasuk kewangan, gaya hidup dan kehidupan..

    ReplyDelete
  3. bahaya kalau ada penyakit mental ni. kadang² tindakan dia membahayakan orang lain. harapnya tak meningkat jumlahnya di malaysia

    ReplyDelete
  4. sebab apa ramai??? sbb semua strees, brg naik, semua naik. gaji x seberapa.

    ReplyDelete
  5. bahaya sekarang ni...kalau pesakit yg betol2 nampak ada masalah mental tu takpa lagi kite bole je berhati2....tapi yg nampak normal tapi sebenonye sakit mental...tu yg bahaya tu...hidup sama cam kite...mungkin berhampiran dgn kite gak...

    ReplyDelete
  6. Salam, they're around us...cuma some belum sampai tahap yg psiko..hope lah xserius..hmmm~

    ReplyDelete
  7. Bila xdpt kawal diri & stress menguasai diri mula la masalah mental ni

    ReplyDelete
  8. ramai yang kna penyakit social skarang ni..hihi

    ReplyDelete
  9. Skang nie semua org tgh mental..antara boleh kawal ngan x jer..sebab semua bende naik tp gaji xnaik setaraf dgn ape yg dinaikkan..

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......