Saturday, October 31, 2015

11 Pagi Dah Lunch..


Awal aku masak tengahari...

Awal gak la aku makan...lapar gilos disebabkan dah beberapa hari x jumpa nasi...balik-balik makan roti...roti...dan roti...giler tul...so hari ni makn nasi...makan lebih skit...dengan lauk simple macam ni aku tak dapat halang keinginan  nak makan lebih...sebab apa....sebab sodap....simple tu kan sedap....

makan sorang sampai 3 menu....

  1. Ikan kembung goreng bodoh je...
  2. Pucuk paku goreng berlada
  3. Budu
Haih...memang rosak la diet aku...tak bleh tahan sedapnya.....bertambah la makan....sesekali cheating kan...kira bole la...apa aktiviti korang hari ni?

ku kejap lagi nak pi detim...hehehehe....takde la..aku nak pi treatment rambut ngan nak tacap kaler,....maybe nak tukar kaler atau tgok la....mana yang aku rasa sesuai....

kalau aku rajin aku amik gambar aku share....ok?

Selamat berhujung minggu korang.....jangan nakal-nakal eh....

Tolong Bagi Idea Sikit...


Hai korang...

Aku ada satu masalah ni...aku tak tau nak masak apa pucuk paku ni ha...masih elok segar bugar lagi dalam esbok aku kat umah sewa..beli Selasa lepas...aku plak macam dah bosan goreng jer semata kan...nak buat gulai xde plak santan dan secekak je..sikit sangat...

Korang ada idea tak nak masak apa ni...takkan nak biar je kan..sayang ...dah la RM2 secekak kecik je...

Housemate cakap goreng belacan or goreng ikan masin....sedap ke?

sebelum ni goreng biasa je...

Friday, October 30, 2015

Kuala Lumpur 30 Oktober 2015- Cerahnyaaaa....

Alhamdulillah....2 hari ni di beri peluang untuk menikmati pemandangan yang cerah...pagi dah ada matahari...dah tak kelabu seperti jerebu sebelum ni...dah boleh nampak hutan seciput...awan pun cantik je...langit apatah lagi...cuma petang -petang nanti akan hujan lebat....dah sampai musim hujan kan...

jom aku share gambar -gambar yang sempat aku snap hari ni...


tgok langit...walau mendung tapi nampak awan cantik kan...


dah nampak perumahan dan sedikit pokok belakang bangunan Hilton tu...


celah bangunan ni pun dah nampak dah


kat area KL Sentral pun dah terang benderang...sebelum ni tak nampak langsung....

Alhamdulillah..allah beri peluang kat kita semua merasai kembali udara bersih...pemandangan yang terang dan cantik ini...harap akan dapat lihat semua ini berterusan sampai bila-bila...semoga tiada kejadian jerebu lagi akan datang...sesak dengan bau asap...ada hikmah di sebalik semua ini...membuatkan kita lebih dekat dengan yang Maha Esa...

Teknik Feng Fu | Terapi Ais Untuk Kesihatan Tubuh

Sedikit perkongsian ilmu utk manfaat kita bersama....

Tahukah Anda, bahawa terdapat suatu tempat di tubuh manusia,jika  ditempelkan dgn  ais pada titik tersebut selama beberapa saat, berupaya memberi impak positif terhadap kesihatan kita.

Insha-Allah, teknik ini dapat mengatasi masalah sakit kepala seperti migrain dengan segera.
Badan kita  akan terasa ringan dan bertenaga.

Melakukan terapi tersebut secara berkala dipercayai dapat mengekalkan keremajaan tubuh dan kelihatan  lebih muda.



Tempat tersebut ialah titik tekanan yang terletak di dasar tengkorak iaitu di atas leher, atau titik apabila leher dan kepala bersambung.

Dalam ilmu akupunktur Cina titik tersebut dikenali sebagai  Feng Fu, yang bermaksud “rumah angin”.

Menurut rawatan tradisional Cina, teknik meletakan ais pads titik Feng Fu bukan untuk mengubati penyakit tetapi mengembalikan keseimbangan fisiologis semula jadi.Di samping itu,  memberikan stimulasi emosional yang positif dan 'meremajakan' seluruh tubuh.

 Keajaiban ini akan terjadi jika kita menempelkan ais pada Titik Feng Fu. Cubalah melakukan terapi tersebut ketika badan anda terasa letih atau kepala terasa pening. Badan kita akan menjadi ringan, lebih bertenaga dan perasaan letih atau pening akan hilang.

Beberapa pengidap migrain sendiri, mengakui terapi  ini ternyata  lebih  efektif untuk mengatasi migrain dibandingkan dengan pengambilan ubat-ubatan.

Terapi  ini juga dapat  meningkat mood dan membangkitkan perasaan segar, keran teknik ini  menstimulasi pelepasan endorfin dalam aliran darah

Teknik ini  mudah sekali, hanya tempelkan ais pada titik Feng Fu selama 10 hingga 20 minit.

Pada awalnya mungkin kits akan merasa sejuk selama 30-40 saat, tetapi perlahan-lahan titik tersebut akan menjadi hangat.

Menempelkan ais pada titik Fung Fu berkhasiat untuk:

1. mengatasi sakit kepala dan migrain;
2. meringankan sakit gigi dan sakit sendi;
3. mencipta kesan relaks;
4. meningkatkan tenaga dan menghindar keletihan;
5. meningkatkan kualitu tidur;
6. memperbaiki sistem penafasan dan sistem kardiovaskular;
7. mengatasi asma;
8. mencegah sering bersin dan hidung berair;
9. mengatasi gangguan neurologi dan perubahan degeneratif pada tulang belakang;
10. membaiki sistem pencernaan;
11. menyembuhkan radang saluran usus dan meningkatkan keupayaan seksual;
12. mengatasi kegemukan dan masalah pemakananz;
13. mengatasi gangguan kelenjar tiroid;
14. membantu masalah arthritis, hipertensi dan hipotensi.
15. menghilangkan selulit;
16. mengatasi gangguan kitaran haid, kemandulan, endokrin, dan kesuburan;
17. mengatasi gangguan psiko-emosiol, stres, keletihan, insomnia.

Luar biasa sekali bukan? Sayangnya terapi dengan teknik Feng Fu ini masih asing kepada masyarakat umum.

Permulaan Monsun Timur Laut


Belum habis masalah jerebu timbul plak Monsun Timur Laut kan...alahai...tak habis lagi satu dugaan akan timbul dugaan yang baru...bukan aku nak menidakkan ketentuan yang bakal melanda tapi macam terfikir..kalau monsun timur laut ni melanda..masalah akan tiba di Pantai Timur...takut banjir besar macam awal tahun ari tu terjadi lagi...masih ramai lagi mangsa yang belum mendapat bantuan kan...nanti tiba lagi musibah...

Hari ni aku datang kerja te ngok langit dah cerah..dah nampak awan-awan dan the best part dah nampak sinar matahari..pagi tadi la...petang ni sure hujan punya...

Syukur alhamdulillah...terima kasih allah kerna memberi peluang melihat keindahan alam ini lagi...semoga jerebu terus pergi...pergi tinggalkan kita semua...

Kalau Sembelih Sekampung Boleh Makan...

http://suriaamanda.blogspot.my

Seladang......besar giler kan...tertarik plak aku tengok dia ni...ekceli ni gambar lama yang aku jumpa dalam folder...masa ni pi Zoo Melaka...lama dah...masa birthday aku tahun 2013 kot...tetiba teringat iklan Red Bull tuh...lebih kurang sama jer ngan seladang..keluarga lembu kan?

info dari wikipedia :

Seladang (Bos gaurus, dahulu Bibos gauris) ialah sejenis haiwan bovin yang besar dan berbulu warna gelap di Asia Selatan dan Asia Tenggara. Bilangannya yang terbesar pada hari ini adalah di India. Seladang ialah spesies lembu liar yang terbesar dan adalah lebih besar daripada Kerbau Tanjung, Kerbau Air Liar Asia, dan bison. Dalam konteks pelancongan safari, ia dikenali sebagai bison India, akan tetapi istilah ini tidak tepat daripada segi teknikal. Bentuk bela jinak Seladang dikenali sebagai gayal atau mithun.

Seladang dapat dikenal pasti menerusi rabung cembungnya yang tinggi pada dahi di antara tanduknya yang melentur dengan tetap ke depan. Ini menyebabkan lekuk pada tampang bahagian atas kepalanya. Hujung tanduk melentur ke dalam dan sedikit ke belakang, manakala kaki tanduk sangat leper. Telinga Seladang amat besar, tetapi ekornya hanya sampai ke pergelangan kaki belakang. Tidak terdapat gelambir yang jelas pada leher dan dadanya. Rabung di bahagian belakang sangat ketara.

Seladang jantan dewasa berwarna antara perang gelap sehingga hampir hitam bagi Seladang yang amat tua. Bagaimanapun, bahagian atas kepala dari atas mata sehingga tengkuk berwarna kelabu atau kekadangnya putih kotor. Muncung Seladang jantan berwarna pucat, dengan bahagian bawah kakinya berwarna putih tulen. Bulu jantan yang tua sangat nipis pada bahagian belakangnya.[1] Sebaliknya, warna Seladang betina dan anak lebih pucat dan kekadang mempunyai warna kuning keperang-perangan sedikit yang paling ketara bagi Seladang yang hidup di daerah kering dan terbuka. Tanduk Seladang berwarna hijau pucat atau kuning hampir pada sepanjangnya tetapi hujung tanduk berwarna hitam


Kalau species Lembu...boleh sembelih dan boleh makan la kan...ini kalau sembelih confirm boleh makan sekampung ni..silap hari bulan kampung sebelah pun boleh tumpang makan sekali...

sekian tentang Seladang pelajaran untuk hari ini....

Thursday, October 29, 2015

Giveaway October 2015 Cash RM500 by Emas Putih

[Sila Tekan Banner Di Atas Untuk Join]


Hadiah :
RM50 Cash x 10 pemenang

Tarikh Mula : 29 October 2015 | Tarikh Tamat :12 November 2015


Dinner Orang Pemalas Masak...

Minggu ni minggu malas...minggu malas orang ppuan yang hadir setiap bulan...paham-paham je la x yah tanya banyak...hehehee....selama aku jadi pemalas ni aku tak bawak bekal pi opis...tak selera nak bawak bekal...tak selera katanya...semua makanan aku tengok macam allah ai....tapi malas nyer pasal...aku makan jugak la..tapi roti...aku tak makan pun nasi...

Selasa malam aku singgah pasar malam kat Sri Damansara...beli daging sekilo...buat stok...itu je menarik perhatian aku...jalan punya jalan jumpa la satay ni....so beli 15 cucuk...ayam 10 dan daging 10....rasanya? ok la..ada lagi satay yang sedap aku pernah makan...aku makan macam tu aje sebab kuahnya masam...banyak letak asam ke atau memang kuah dah rosak aku tak pasti...pemalas aku ni kan nak check...aku makan macam tu je..housemate setakat rasa sebatang...dah lama duk ngan aku pun masih segan nak makan apa aku beli...


satay ayam dan daging

Then aku ada beli Yong Tau Foo....beli sikit je...amik sotong rendam sekali bahagian kepala..total damage kat situ RM9.20. okey la kalau dah pemalas jangan cakap banyak..bayar je....


Sedap ke?

Boleh la...kuah dia tak berapa nak umphhh...but boleh la makan...kalau YTF ni kuah dia yang paling penting dan watak yang perlu di tekankan..betul tak?lupa plak nak mintak buat jenis yang soup...tapi aku makan abih la....pemalas tapi lapar macam tu la jadinya..sendat perut aku...mana taknya...makan satay 14 cucuk...pas tu end up makan YTF plak....sib baik x amik banyak....

Sebulan sekali sure ada masalah pemalas dalam diri aku...malah korang pun kan?

Baik ngaku....

Tentang Demam Kepialu (Tifoid)


Apa Itu Demam Kepialu (Tifoid)?


Demam Tifiod adalah satu jangkitan bawaan makanan disebabkan oleh bakteria Salmonella typhi (S. typhi). Bakteria ini terdapat di dalam darah, urin dan najis pesakit dan juga najis pembawa. Pembawa adalah seorang yang mempunyai bakteria tifoid tetapi tidak mempunyai gejala demam tifoid. Mereka ini sukar dikesan dan sentiasa mengeluarkan bacteria tifoid di dalam najis dan seterusnya menjangkiti orang lain.

Cara-cara Demam Kepialu Merebak 



  1. Melalui makanan dan minuman yang tercemar oleh najis manusia yang mengandungi bakteria Salmonella typhi.
  2. Melalui makanan dan minuman yang di sediakan oleh pesakit dan pembawa.
  3. Melalui hinggapan lalat yang membawa bakteria Salmonella typhi.
  4. Menggunakan bekalan air tidak bersih.

Tanda-tanda dan Gejala 

  1. Demam panas berpanjangan
  2. Sembelit
  3. Sakit kepala
  4. Cirit birit
  5. Sakit perut
  6. Sakit badan / lemah / letih lesu
  7. Kurang selera makan
  8. Mata layu dan cengkung
  9. Tidak sedarkan diri dan meracau
  10. Ruam (bintik merah pada bahagian atas badan)


Langkah-langkah Kawalan Demam Kepialu oleh Pengendali Makanan 

  1. Mengendalikan makanan mengikut tatacara pengendalian makanan selamat dengan memastikan:



  • Premis makanan bersih
  • Telah menghadiri kursus pengendalian makanan.
  • Telah mendapat suntikan vaksin tifoid.
  • Sentiasa memakai apron yang bersih serta penutup kepala dan kasut yang bertutup semasa mengendalikan makanan.
  • Bahan mentah untuk masakan mestilah segar.
  • Proses nyahbeku daging atau ayam perlu sempurna.
  • Mencuci makanan dengan menggunakan air terawat yang mengalir
  • Masak menggunakan air terawat
  • Makanan perlu dimasak dengan sempurna sehingga suhu didih.
  • Makanan yang telah dimasak diasingkan dari yang mentah.
  • Makanan yang telah dimasak hendaklah disimpan dalam bekas bertutup untuk mengelakkan urungan lalat.
  • Menghabiskan makanan dalam masa 4 jam selepas ia disediakan.
  • Makanan yang disimpan pada suhu 0oC – 4oC
  • Makanan yang dipanaskan semula melebihi suhu 60 oC.
  • Menggunakan penyepit atau sudu yang bersih untuk menghidangkan dan mengambil makanan.


Menjaga kebersihan diri termasuk membasuh tangan sebelum menyediakan makanan dan selepas ke tandas.

Menggunakan tandas yang sanitari (bersih dan sempurna).

Sentiasa memastikan air minuman menggunakan air yang telah dididihkan atau boleh menggunakan air minuman berbungkus.

Wednesday, October 28, 2015

WW : Usah Takut Di Lambung Ombak...


Hi korang...

Dalam kita hidup di dunia ini pasti ada pancaroba, pasti ada masalah, pasti ada dugaan...semua itu rencah kehidupan...kalau tiada dugaan seolah- olah tidak sempurna hidup...betul tak?Allah jadikan kita sebagai manusia dan mempunyai akal oleh itu harus la menggunakan akal untuk mengharungi semua cabaran dan dugaan..

umpama peribahasa

Kalau takut dilambung ombak...jangan berumah di tepi pantai...

Apa pun masalah kita, dugaan yang kita tempuhi...mari lah kita bersama- sama hadapi dengan tenang...insyaallah ada jalan...insyaallah allah permudahkan....

Tuesday, October 27, 2015

Jangan Ibu!!!Jangannn....Nanti Gatal!!!

Apabila Otak Anak- Anak Sedang Berhubung

Macam- macam hal si kembar ni...adakala buat orang marah...adakal buat orang tergelak.....



Uikkk...apa kess....

Dah kenapa apam polkadot ni?

Nak dijadikan citer ibu si kembar nak makan apam polkadot ni...comel jer kan apam tu rupa Ladybird 

dan ibunya cakap rasa apam ni pun sedap

dua beradik kembar ni tak nak makan...menjerit-jerit ketakutan...diorang cakap kalau makan nanti jadi 

GATAL!!!

Stress ibunya.....ye la..ibu dah tak boleh plak makan apam tuh...asal nak masuk mulut je diorang jerit..

Jangan makan ibuuu......jangannnnnn...nanti gatal- gatal...ini ladybird tak boleh makannnn...


hahahahhaa...aku yang baca kat wassap pun boleh gelak besar..inikan plak Ibu Ayah diorang yang 

hadap dua beradik kembar ni....macam- macam hal....

tapi itu yang buat meriah tu kan......banyak akal..ada jer benda kelakar yang diorang buat...

Bunuh Umpama Mainan....


Pembunuhan berleluasa...
Macam permainan plak sekarang ni...silap sikit BUNUH !! dengki sikit BUNUH!! tak dapat duit belanja BUNUH!!!
Cemburu cinta tak berbalas ROGOL dan BUNUH...ya allah...mana perginya nilai kemanusiaan dalam masyarakat kita...takut kalau benda ni berlaku pada diri sendiri atau anak sendiri..aku ada anak dara kot..elok lah kita ibu bapa pantau pergaulan anak dara kita...keselamatan anak kita atas tanggungjawab kita..sebelum anak-anak kita jadi mangsa...zaman aku kanak- kanak dulu takde kes macam ni..aman je..nak kemana-mana pun selamat...aku membesar di kampung..main police and thief dalam ladang getah pun takde masalah...memang zaman makin moden makin banyak cabaran...nyawa jadi tebusan...

Dah ramai yang cacat mental dalam negara kita ni....

Monday, October 26, 2015

Aiskrim Magnum Pengubat Stress

Hi korang....

Kalau korang stress seelok-eloknya cari la benda yang boleh sejukkan hati korang...hehehehe...aku plak sesekali boleh la layan eskrem ni..of course akan cari Magnum...tak jumpa yang white choc so layan aje la apa yang ada..nak pi boutique diorang memang xde masa la kan...kalau tak boleh je order and letak topping ikut suka...tapi mahal la kan...eskrem yang aku beli ni pun almost RM4


Fully choc


ada kekacang menyelaputi choc tu buat aku rasa..erm..dapnya...lemak-lemak kacang crunchy camput manis choc...

Sebenarnya aku tengah sakit tekak...

orang cakap sakit tekak makan eskrem...bukan eskrem dalam gambar ni...tapi eskrem vanilla macam kat Mc D tuh...arh lantakkan..janji tekak aku sejuk skit....jerebu ni buat semua rasa sakit kan...especially tekak....

Tapi sedap je eskrem Magnum ni...buat tekak aku lagi gatal...hahahahha...

ini bukan ubat..ini penyakit namanya...Lagi bertambah sakit tekak ada la...korang jangan ikut perangai aku eh....kalau ikut jugak..korang sakit aku tak tanggung...

Tips Penjagaan Rambut Dengan Masker Dari Loreal Paris

1 MINUTE PERFECTING MASK LOREAL PARIS


Hi korang...semalam aku ada up kat IG berkenaan masker rambut ni..salah satu tips untuk rambut yang sempurna dan lembut..so ada yang tanya apa kegunaan masker ni ..meh sini aku nak citer....untuk rambut memang x cukup kalau hanya shampoo dan guna conditioner sahaja...so sesekali korang kena jugak gunakan masker..untuk nampak lebih cantik rambut tu...lebih lembut dan lebih bersinar. Paling penting senang untuk di urus. Takde la nampak kelam dan tak bermaya je...rambut pun kena ada makanan kesihatan dia jugak...tak semestinya untuk kulit muka je kita kena jaga..


Aku dah lama gunakan product Loreal Paris Keratin Smooth 72h ni...dan sangat- sangat satiesfied.dari shampoo, Conditioner, Serum dan anti frizz spray sampai la ke masker rambut memang aku guna Loreal Paris Keratin Smooth 72h ni..


Cara gunakan masker rambut :

  1. Shampoo rambut seperti biasa dan bilas
  2. Apply conditioner dalam 1-2 min dan bilas seperti biasa
  3. lumurkan masker di seluruh rambut...
  4. Biarkan 1-2 minit
  5. Bilas sehingga bersih
  6. Keringkan rambut.

Senang kan...

So kalau nak result rambut cantik, lembut dan bermaya serta senang di urus...seminggu atau 2 minggu sekali apply la masker rambut ni...kata nak cantik kan...walau pun bertudung...rambut kena jaga jugak sebab rambut kan mahkota wanita...sayang kalau tak di jaga...setahu aku...yang bertudung lagi perlu tingkatkan penjagaan rambut..sebab sentiasa tertutup kan....so boleh la korang guna cara yang selalu aku buat ni...

Sharing is caring...

Usus Lembu Salai / Bakar Popular Utara

MENU RARE POPULAR DI UTARA

Assalammualaikum...

Hi korang....macam mana hari ni...sihat? ke Monday blues?

Well aku macam biasa..kebizian melanda sepanjang hujung tahun ni...apapun work is work..urusan mencari rezeki tetap perlu di teruskan...

Hari ni aku nak citer pasal makanan rare terkenal di utara iaitu Usus Lembu Salai/ Bakar...tak pernah makan style macam ni...biasa buat masak lemak cili api je menu orang NS...style salai atau bakar ni selalunya popular di sebelah utara tanahair...dibakar dan dicicah air asam...ermmm...meleleh air liur ni kang....ni adik aku la ni...balik umah Mertua dia kat Perlis...terus whatsaap gambar ni ha...meruntun jiwa raga aku tengok..aku memang suka makanan rare..suka nak mencuba...explore kata orang....orang tua-tua cakap tak elok makan bahagian dalaman binatang kan..tapi tu la..yang tak elok tu la yang sedap...maybe sedap kan so orangtua-tua tak nak bagi kita orang muda makan..hahaha...just my two cents...


usus lembu dililit pada bilah buluh....


dibakar atau salai atas bara sabut kelapa ye...bukan arang....eh..sesat plak ikan bakar sekor kat situ...


ini dah masak la ni kan....

Menggoda kalbu....seriusly menggoda kalbuku....

haih mana plak aku nak mencari usus lembu...ada jual ke kat pasar?

Sure kalau cari takde ni...benda sedap kan banyak permintaan dan cepat habis....apapun aku nak jugak buat macam ni...eh..macam mengidam plak kaedahnya ni.....hahahaha....mengidam benda senang carik takpe kan...

kredit gambar to adik bongsu aku...terima kasih atas sumbangan gambar dan terima kasih sebab berjaya buat aku terliur...next time hantar la lagi.....

Sunday, October 25, 2015

Giveaway Irrayyan | Kalau Dah Jodoh

Jom join...mana tau ada luck....


klik link utk join


Syarat-syarat  mommy bagi mudah jer. Kena ikut semua tau. 

1. Folow blog irrayyan.com . Yang dah follow, terima kasih.

2. Letakkan banner giveaway irrayyan di atas pada permulaan entri.

3. Tajuk "Giveaway irrayyan | Kalau Dah Jodoh" dan linkkan ke entri ini.

4. Berikan url entry korang kat ruangan komen di bawah dalam entry ni sahaja. Kalau paste kat tempat lain mommh tak kira ye.

Tu jer. Mudah sangat kan. 

Tarikh tutup penyertaan tak ada. Macam mommy kata kat atas, cukup 10 penyertaan mommy terus bagi 1 novel Kalau Dah Jodoh. Sebarang perubahan akan diberitahu dari masa ke masa.

Saturday, October 24, 2015

Throwback Sambutan Birthday Mak @ De'Laila Mee Udang, MMA Santai Corner Nilai

BIRTHDAY MAK DECEMBER 2014


AWAS!!! Entry ni terlalu banyak gambar....

Ahad lepas kami meraikan ulangtahun kelahiran Bonda kami yang tersayang...hari lahir yang simple memandangkan ada yg x sihat..aku la tu yg x sihat...tapi mengenangkan birthday mak kan...gigihkan diri makan ubat...petang pukul 5.30 kitorang gerak ke MMA Santai Corner yang terletak di Nilai...



Kami adik beradik dan anak2 yg happy nak raikan my mum


Gerai yg makin femes sekarang...ramai blogger buat review


Si kembar ni x sabar2 nak tiup lilin dan potong kek..everytime birthday celebrations mmg diorang yg gigih potong kek


Kek birthday...sorry adik aku salah kira umur mak...mak 58 thn ye...


Antara fresh seafood yg ada di gerai ni..


Ok lets Sing bday songs


Tgok la tu...x sabar2...


Sepanjang tahun ni mmg birthday diorang berdua...hahaha


Laaa..x abih lg ke...


Nak potong kek jugak tu...ni bday kamu ke bday uwan ni Adeliya..Aressa?


Mee udang special...ada 10 ekor udang size L..
menu pilihan adik ipar


Sup tulang for Abah..kesian sup tulang ni..
Isi habis di kikis


Ni ha Isi diorg asingkan....abah x suka mcm ni...


Mee udang galah


Mee udang galah +Kupang


Dania dipaksa bergambar depan frame tu...tp cahaya lampu kacau...


Aku dan Dania..


Qhaira dan mummynya


Birthday girl hujung sekali


Si comel Qhaira....


Selesai sesi sambutan birthday mak...Angah je xde sebab dia jauh kan...kslau ada lg best lagi meriah...lg mak abah happy....apapun..Selamat Hari Lahir Mak...semoga di beri kesihatan yang baik...di selimuti kebahagian disamping suami anak dan cucu...
Moga allah permudahkan segalanya buat Mak x lupa buat Abah dan semua keluarga kita..

Love you so much mak....

tahun ni birthday mak belum ada perancangan lagi...28hb December nanti genap mak 59 tahun...nanti nak plan sesuatu yang istimewa untuk birthday  mak...harap semua adik-adik dapat berkumpul meraikan birthday mak...kena rancang cepat ni...at least boleh kumpul duit...hehehe...

Nampak Lawa Dengan Zaraa Shawl

Review Zaraa Shawl 

Assalammualaikum ...Hi korang...selamat berhujung minggu...haa..takde buat apa-apa tu kan..meh aku nak citer pasal review shawl pertama aku...ini bukan nak mengada dan bukan cakap kosong...ini bukan jugak kerja gile walau aku tak bertudung tapi buat review shawl kan....hepp jangan kondem aku eh,...mana tau lepas ni ..akan datang aku terrer lilit shawl dan dibuka hati berhijab kan...bagi aku berjinak-jinak dulu....sokongan please...

Okeh...tadaaaaaa.. ekslusif dari Zaraa Shawl...dihasilkan dari chiffon material yang sangat berkualiti, kemas serta lembut dan tidak ringan dan yang penting tidak perlu digosok kan..Tak payah bimbang kalau dah lambat nak kemana-mana especially ke pejabat..korang tarik je dan terus lilit...terpulang nak buat lilitan apa ikut kreativiti korang.


terdapat dalam pelbagai warna

ini la hasilnya selepas berhempas pulas belajar lilit shawl dari Zaraa Shawl ni...kelakar betul..berpeluh-peluh aku cuba lilit ye la..selama ni tak bertudung..tetiba dapat job review shawl...glabah beruk kejap..risau pun ye jugak sebab takut tak cantik dan rosakkan product orang..tapi sokongan adik beradik EFG maka aku kuarkan semangat untuk cuba jugak,,nak plak ada antara diorang hantar gambar tutorial pakai shawl kan....so..aku suka...aku jatuh cinta dengan material shawl ini...tak susah nak lilit sebenarnya cuma aku belum biasa...So...jangan lengah-lengah lagi..jom dapatkan segera Zaraa Shawl...


Jom shopping Zaraa Shawl..Korang akan tampil anggun dengan kemasan shawl ini..aku yang belum bertudung pun dah jatuh cinta...korang sure jatuh cinta berganda-ganda...

Jom check social media Zaraa Shawl...


Telefon / Whatsapps: 0172097346 

 Facebook : La Zara

Instagram: Exclusive_by_zara

Friday, October 23, 2015

Gara- Gara Perut Berdondang Sayang

MAGGI UDANG HARIMAU

Malam semalam aku malas nak makan sebenarnya..tp memandangkan tetiba perut ni ni berdendang sayang plak kan..terus rajinkan jugak la diri ni....maka ini la hasilnya maggi tengah pemalas...eh..pemalas ke macam ni....pemalas xde makhluk2 tu semua kan..hehehe



Nasib la duk bujang kan...kalau duk family duk makan maggi macam ni memang kena leter la..tak selalu pun makan..bila malas masak je...bila duduk bujang jadikan yang segera sebagai alas perut...cepat dan mudah...cuma setakat hari ini aku tak pernah lagi makan maggi rendam dalam air panas...macam x syok...mesti nak tumis..nak campur macam2 hidupan laut atau paling simple pun sayur sawi ngan telur je...

Udang harimau tu asalnya aku beli untuk jadikan lauk bawak bekal ke opis...macam x jadi je bawak bekal so korbankan dalam maggi kari aku ni...settle 3 ekor..balance simpan untuk Sabtu Ahad sebab minggu ni tak balik Seremban...ada kerja yang perlu di selesaikan...minggu ni takde event plak...so settlekan apa yang patut disettlekan...

Eh korang dah makan ke ni...NuSentral penuh ngan manusia hari ni...nak jalan pun susah..pening kepala...last2 tapau je Laksa Penang kat food court tu...nak makan kat situ pun meja penuh sokmo...

EFG Bukan Sembang Kosong

EXCHANGE FEED GROUP TERKINI

Yeay...inilah wajah-wajah group EFG yang terkini...apa EFG ni? EFG adalah singkatan kepada Exchange Feed Group yang bertujuan untuk meraih pageviews dan uv terbanyak hari. Cuma sekarang Puan Muda dah maklumkan tiada pengambilan ahli baru walau masih berderet yang minta nak join..itu terserah pada Puan Muda la ye...sebarang keputusan biarlah BOD yang umumkan..korang kalau perasan aku selalu ping entry kat FB guna #exchangefeedgroup tu..ni la grupnya....



Ini la wajah keluarga besar EFG...semua suka duka kami kongsi bersama...kami ibarat keluarga besar. separuh aku dah bersua muka...ada lagi yang belum sebab diorang jauh ada ni Utara dan ada Yang di Sabah dan Sarawak....insyaallah perancangan untuk gathering tu ada cuma belum jumpa tarikh yang sesuai lagi...insyaallah kalau allah permudahkan kami akan bersua muka jugak nanti..
Jom blogwalking jom...menambahkan lagi kenalan...

1. Irra29
www.irrayyan.com 
2. Anis23
www.adnan-daughter.blogspot.com
3. Nani24 
www.inanihazwani.com 
4. Bonde37
www.bondezaidalifah.com
5. Pcl42
www.nazlee.com
6. Lya35
www.akifimtiyaz.com
7. Ewan30 
www.wayneharraz.com
8. Lela21
www.aswaleyla.com
9. Dayah22
www.kanvaskehidupanku.blogspot.com
10. Kc22
www.sayidahnapisah.com
11. Sha27
www.awansayatasana.blogspot.com
12. Aina18
www.nikainaa.com 
13. CN29
www.cekgunorazimah.com
14. Mimin23
www.miminadam.com
15. Eny32
www.enyabdullah.com
16. Ain33
www.dramaticuniq.com
17. FR28
www.notapurba.com
18. Khaty32
www.khatyaiman.com
19. Azi43
www.azirahman.com
20. CikT35
www.yatizul.com
21. KG33
www.kakgojes.com
22. Efa35
www.efaothman.com
23. Angah20
www.diarijejakahangat.com
24. Nizam31
www.bahejabella.com
25. Rara28
www.safurara.com 
26. Mas29
www.masturadin.com
27. PapaG27
www.papaglamz.com
28.Acik25
www.akupenghibur.com
29. Along21
www.rahimaim.com
30. Mai25
www.maisarahsidi.com
31. Yanie29
www.yanieyusuf.com
32. SA37
www.suriaamanda.blogspot.com
33. Amy23
www.amysyeera.com
34. Reena29
www.mreena.com
35. Ummul31 
www.housewifearts.blogspot.com
36. Yoorin29
www.yoorinmelacolea.blogspot.com
37. Lynda32
www.azlindaalin.com
38. Zarin25
www.anazarin.com
39. Mieza20
www.kanvasdakwat.blogspot.com
40. Zatie24
www.izatie91.blogspot.com
41. Yaya25
www.yayacendana.com
42. Shehan31
www.shehanzstudio.com
43. Lisa
www.ciksepet.com
44. Syira19
www.syirasophie.blogspot.com