Wednesday, September 30, 2015

Tips Penjagaan Kesihatan Rambut

Makanan Terbaik Untuk Kesihatan Rambut


Kesihatan Rambut dan kulit kepala perlu di beri penekanan ye kawan- kawan. Ianya sama penting dengan kesihatan tubuh badan yang lain..kalau Wanita pulak rambut sering dikaitkan dengan Mahkota kan...sangat-sangat beruntung apabila wanita mempunyai rambut yang sihat dan nampak bermaya.

Keguguran rambut adalah satu daripada 10 rungutan yang biasa kita dengar dan di terima oleh pakar dermatologi.Usia permulaan keguguran menjadi semakin muda dan kadar keguguran rambut secara keseluruhan bagi semua usia dan jantina seiring peningkatan usia tahun  demi tahun.


Rambut pun memerlukan makanan yang sihat tau..bukan tubuh badan sahaja..

Jom tengok apa makanan yang terbaik untuk kesihatan rambut.

  • Salmon / tenggiri - kaya dengan asid lemak omega 3, protein, vitamin B12 dan zat besi
  • Sayuran hijau tua seperti bayam dan brokoli - kaya dengan vitamin A, vitamin C, Zat Besi dan Calsium
  • Kacang ( Kaya dengan protein, Zat besi, zink, biotin
  • Kacang Brazil (Selenium), Walnut - Zink, asid alfa-linolenik/  Pecan, Gajus dan Badam - mengandungi zink
  • Ayam - Kaya dengan Protein dan Zat Besi
  • Telur - kaya dengan protein, biotin dan vitamin B12
  • Bijian - Kaya dengan zink, zat besi dan vitamin B
  • Tiram

Haa kat atas tu antara makanan-makanan terbaik yang diperlukan untuk kesihatan rambut....

Selain itu kesihatan kulit kepala perlu dilakukan secara berkala sekurang-kurangnya 6 bulan sekali bagi mengenal pasti masalah yang dihadapi.

Tips ini bukan tertakluk kepada mereka yang free hair aje tau..untuk yang bertudung pun perlu menitik beratkan penjagaan rambut  serta kulit kepala. Ini adalah untuk kebaikkan bersama.

Sungguh pun masalah rambut dan kulit kepala tidak menjejaskan keadaan fizikal tubuh badan tetapi ia akan mencacatkan penampilan, harga diri, keyakinan dan kesejahteraan emosi.

14 comments:

  1. eemm.. masalah keguguran rambut memang tak dapat dipisahkan.. :(

    ReplyDelete
  2. SA, sekarang ema rusing sangat pasal rambut gugur ni..lepas bersalin memang rambut gugur teruk...sekali sikat..hitam rambut kat sikat... takut lama-lama botak nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ema kena selalu pergi buat rawatan rambut..dapatkan nasihat dari pakar...

      Delete
  3. cantiknya rambut SA
    rindu pulak rambut iols ms dedulu hehe
    skrg rambut cam xterurus ekeke

    ReplyDelete
    Replies
    1. susah nak jaga rambut panjang kak el..3 bulan sekali pi salon...kadang-kadang pergi 2 bulan sekali

      Delete
  4. cantikk rambut akak. guna jarii pun bolehh. hehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehe x leh guna jari je Emy sebab tersangkut gak...hahahaha

      Delete
  5. Kite pun rambut gugur jugak...stress jugak laaa..hurmm

    ReplyDelete
  6. bagus tip ni.... nnt nak cuba tapi salmon tu nak makan hari2 x mampu rasenya...

    bonde Tag SA :
    http://www.bondezaidalifah.com/2015/10/fuyooo-giveaway-by-mama-darwiish.html

    ReplyDelete
  7. wahh chanteknyer rambut makk lurus gituuu., huhu2

    ReplyDelete
  8. Salam, huyoo cantik rambut akak buat mcm tu..hehe

    ReplyDelete
  9. best dapat jaga rambut dengan baik..

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah