PENCEMARAN UDARA MEMBAHAYAKAN KESIHATAN
Sesak nafas dengan jerubu ni kan...pening kepala dan tak selesa..aku notice ramai yang jatuh sakit akibat cuaca yang teruk ni...yang kesian kat budak-budak la kan...tgok la gambar kat bawah tu..aku ambil dari tingkat 11 opis aku...teruk kan...
Teruknya Jerubu....kualiti udara di negara kita sangat tidak baik sekarang dan kita memang disarankan untuk menjaga kesihatan...nampaknya jerubu tiada tanda-tanda akan berkurang sekarang ni malah IPU yang dicatatkan pada tahap membimbangkan terutamanya di NS..alahai...risau plak aku anak dan family kat Seremban.
Apakah kemungkinan kesan jerebu ke atas kesihatan?
Kesan jerebu ke atas kesihatan dikaitkan dengan tahap keterukan status kualiti udara. Semakin tinggi tahap IPU, semakin bertambah kesannya kepada kesihatan.
Faktor-faktor lain seperti jangka masa dan intensiti aktiviti luar, tabiat merokok, umur, dan status kesihatan seseorang individu memainkan peranan penting dalam memberi kesan kepada kesihatan.
Kemungkinan kesan kesihatan termasuk;
- Kesukaran untuk bernafas
- Serangan jantung
- Gatal–gatal pada tekak
- Gatal–gatal pada mata
- Jangkitan pada bahagian atas saluran pernafasan
- Gatal–gatal pada kulit
Siapakah yang berisiko mendapat kesan kesihatan?
Kebanyakan orang adalah berisiko mendapat kesan kesihatan. Walau bagaimanapun, sesetengah kumpulan adalah lebih tinggi risikonya untuk mendapat kesan kesihatan ini. Kumpulan ini termasuk;
- Kanak–kanak
- Warga emas
- Pesakit yang mempunyai masalah pernafasan seperti asma dan radang pada saluran pernafasan (bronchitis).
- Pesakit yang menghidapi penyakit jantung dan alahan.
- Perokok
Pencegahan
Bagaimanakah saya dapat mencegah atau mengurangkan kesan kesihatan akibat jerebu?
Tip–tip kesihatan untuk mengurangkan kesan jerebu kepada kesihatan.
- Kurangkan aktiviti luar.
- Jangan merokok.
- Banyakkan minum air sekurang-kurangnya 2 liter sehari.
- Selalu membasuh tangan dan muka selepas melakukan aktiviti luar.
- Dapatkan nasihat perubatan
- Gunakan topeng pernafasan apabila tahap kualiti udara tidak sihat.
- Pastikan persekitaran dalam rumah adalah bersih.
Jika anda menghidapi asma atau penyakit jantung, sila pastikan anda
- Mempunyai bekalan ubat-ubatan yang cukup.
- Mengambil ubat-ubatan seperti yang diarahkan.
- Berjumpa doktor dengan segera jika keadaan menjadi semakin teruk
Hospital dan klinik pun penuh sekarang ni....
mmg truk lately...pg td makin truk..mcm p kj waktu malam...gelap...nasibaik smlm ujan lebat...hrp cpt la reda dr jerebu ni
ReplyDeleteSalam selasa..
ReplyDeleteSinggah pagi di sini :)
Sangat bahaya..
mmg teruk sgt kak..falsya bukak je pintu umah nak kuar gie opis td bau asap kuattttt sgt..sesak nafas..
ReplyDeletenasib baik smlm n hari ni hujan..kurang sikit jerebu.
ReplyDeleteitulah jerubu memang agak teruk sekarang.. ramai yang tak sihat..
ReplyDeleteapapun SA pun jaga diri baik2 ya..
ReplyDeleteasal hujung tahun je jerebu huhu
ReplyDeletetau takpe..tapi pagi tadi hujan
ReplyDeletepaling risau kat anak2 lah..diaoarang dah la atas athma ... rungsing kan
ReplyDeletesgt2 membimbangkan. mujurlah aritu sempat lagi bawa anak2 g bercuti ke PD, bacaan IPU masa tu x seteruk hari ni..huhuhu..
ReplyDeletejerebu semakin menebal, johor pun sama, pg2 disebut kabus, dh tgahari, disebut jerebuu, hahaha~
ReplyDeletetu adik sy ckp, lalalalala~
jaga kesihatan, smg sihat selaluuu ye smuaaaa.....
ReplyDeleteinshaALLAH....
Kena byk minum air dan pkai face mask tu kak..Kat Sabah alhamdulillah hujan..
ReplyDeletebetul patut asyik batuk jer lately rupa jerebu makin menganas akhir2 ni
ReplyDeleteThank you for the tips Suria
Wanita dikecam kerana Jerawat
Berkebetulan kali ni ai tak sihat waktu jerebu kuat melanda.. :(
ReplyDeletejaga kesihatan yer kak..kat kelantan nasib la hujan trn skali skala..tak truk sgt jerebunya..
ReplyDeleteye kak.. memang skrg jerebu..
ReplyDeletekena banyak minum air masak
melaka da kelabu dah ni, SA.
ReplyDeletegeram tgk cuaca.
sian anak2 :(