Thursday, September 10, 2015

Helmet Viral Di FB

Topi keledar RM47,000




Kuala Lumpur: "Topi keledar yang dijual pada harga puluhan ribu ringgit itu adalah unik dan sukar ditemui di negara ini," kata penjual topi keledar yang mahu dikenali sebagai Hazwan, 29.
Hazwan adalah pemilik topi keledar yang dijual dengan harga RM47,000 sehingga menjadi 'viral' di Facebook (FB), baru-baru ini.

Bapa kepada seorang anak berusia lapan bulan itu berkata, topi keledar Shoei jenis J- Force II Jack Red berwarna merah yang dijual diperolehi dari Jepun melalui seorang pengantara dari Singapura yang membuat bidaan harga sebelum dibawa masuk ke negara ini.

"Saya menganggap harga yang ditawarkan selepas melakukan bidaan iaitu RM47,000 itu sangat berpatutan berbanding harga sebenar iaitu lebih RM60,000.

"Selepas seminggu dibawa masuk ke Malaysia, topi keledar itu dibeli oleh seorang lelaki India berusia 30-an dikenali sebagai Mok yang juga penggemar dan pengumpul barangan itu pada Isnin lalu," katanya ketika dihubungi Harian Metro, petang tadi.

Katanya, lelaki itu ada memaklumkan kepadanya bahawa dia sudah sekian lama mencari topi keledar berkenaan selain hobinya yang gemar mengumpul topi keledar.

"Dia (Mok) teruja ketika melakukan pembelian dan wang bukan halangan baginya untuk memenuhi kehendak dan kepuasannya," katanya.

Menurutnya, dia tidak mahu ambil peduli reaksi dan pandangan negatif yang dilemparkan segelintir pengguna di FB yang mengecam harga topi keledar itu.

"Pada awalnya saya agak terkejut apabila gambar yang dimuat naik melalui FB saya menjadi ‘viral’.
"Saya baru dua bulan menjalankan perniagaan ini dan alhamdulillah ia mendapat sambutan menggalakkan terutama daripada penggemar topi keledar di negara ini.

"Semuanya timbul kerana minat tidak kiralah harga RM100,000 sekalipun kalau sudah minat itu semua bukan halangan,” katanya.



Suriaamanda

Mak oii...RM47,000, bagi aku la leh aku buat majlis kawen...tapi betul jugak..people nowdays kalau dah minat memang takleh nak kata apa la...tapi amount tu macam melampau giler kot..walau macam mana pun keadaan ekonomi negara sekarang ni..ramai je yang banyak duit sebenarnya kan..tapi kalau untuk benda macam ni memang pendapat peribadi aku memang nonsense la...ridiculous..bila up tentang ekonomi dengan matawang jatuh ramai jer yang meroyan..tapi bab memabzir hanya untuk sebuah helmet ni...memang viral tapi sapa pun peduli kan...viral pun sekejap je..esok lusa orang dah lupa dah...aduhai...

Macam-macam hal la...


22 comments:

  1. bagi kita yang tak minat rasa macam tak berbaloi nak beli helmet dengan harga macam tu.. Entahlah kita tak berduit banyak ni even minat pun memang rasanya tak tergamak bayar helmet harga RM47K hahaha. Orang kaya dengan orang tak berapa kaya.. so pandangan pun berbeza.

    ReplyDelete
  2. haa yang ni, ada nampak jgk kat facebook.
    perhhh 47ribuuu tu, lepassss beli myviii ..

    rugi2 .. huhu

    ReplyDelete
  3. Jom join #giveaway ! , menang RM200 ;)

    http://emyyyyemyyyy.blogspot.my/2015/09/giveaway-rm200-by-mkhaicom-2015.html

    ReplyDelete
  4. helmet ok lagi...vape RM17k tu lg membazir... ;-)

    ReplyDelete
  5. perghhh. baik beli kereta kalau duit bnyak tu

    ReplyDelete
  6. Arai memang mahal kak...nie rasa pengumpul tegar helmet arai nie

    ReplyDelete
  7. Betul tu SA...kalau dh minat tak de hal punya...tp bg yg tak de minat tu mungkin utu saru pembaziran....

    ReplyDelete
  8. betul kak..memula falsya ingatkan memain..sekali betul..hilang akal smp 47k rege satu helmet..gileeeeee..kalau helmet tuh tahan kebal ke, letak bawah tayar treler xpecah ker, worth it la jugek..

    ReplyDelete
  9. mahal gilos helmet tu ye..ada tgk org viral tp muka di blurkn

    ReplyDelete
  10. Hehe.. Duit dia.. Ikut dia la.. Bukan duit kita pun kan.. Keyboard worrior biasalah... Saja menviralkan..

    ReplyDelete
  11. Salam, fuyoo cantiknyee helmet dia~ kalau sy banyak duit, aje terbeli jugak ni kang..boleh bwk motor ala2 ketua power rangers..haha!

    ReplyDelete
  12. Nnagis. Helmet 47RIBU?? Ko hadoh..
    tu berkurun mak tunggu nak kumpul yang oiii

    Rahsia Bayi Pintar

    ReplyDelete
  13. mahalnya, boleh beli kereta dah tu haha :)

    ReplyDelete
  14. Mak aihhh..mahal giler helmet gtu...kaya jual helmet dgn hrga cmtu..huhu

    Jom singgah Izzati Suhaide

    ReplyDelete
  15. Wana ada terbaca ttg ni kelmarin..erm, bgi wana agak membazir tp orgnya dah minat mgkin satu kepuasan bg dia kan..

    ReplyDelete
  16. Tak nampak apa yang mahalnya tapi kalau dah minat dan ada duit, itu semua tak jadi hal. Pedulilah apa orang nak kata. Duit kita punyakan.

    Tapi pada saya kalau RM47K tu lebih baik tambah harta mana patut ^_^

    ReplyDelete
  17. mak aii...
    terlebih byk duit pembeli ni, SA.

    ReplyDelete
  18. mak aii..kayanya dia..bagi cik nor la..nak wt bli tanah..:)

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah