MAJLIS PERKAHWINAN MASYARAKAT MELAYU
Rewang adalah acara kenduri bergotong royong semasa 2 hari sebelum majlis perkahwinan berlangsung bagi masyarakat melayu. Kalau merewang di kampung lagi meriah sebab ramai je orang kampung yang datang menolong..tapi kalau di bandar..macam mana? ada la yang datang menolong malah lebih kepada keluarga terdekat dan jiran tetangga.yang sedihnya kejiranan aku kat rumah tu macam tidak memberikan kerjasama yang baik..bila ada je kenduri diorang akan balik kampung atau pun pergi bercuti...terkontang kanting la kami mengerjakan kenduri kendara dengan hanya di bantu oleh saudara mara dan adik beradik terdekat.
Tapi tak kisah la kan...abah cakap biar orang buat kita jangan kita buat kat orang macam tu...meh aku nakstory skit pasal majlis merewang sehari sebelum majlis pernikahan adik bongsu aku tuh...khemah seawal Khamis dah pasang dah...warna choc putih menjadi pilihan adik bongsu.bertungkus lumus la kami membersihkan rumah dan menyediakan apa yang patut...
Nana Saat Bidal ambil masa 5 jam untuk pasang pelamin di bawah khemah
Hasil pelamin dari Nana Saat Bridal
Adik Ipar dan adik sepupu orang kuat majlis...
basuh je pinggan tu x yah nak ngumpat sangat okey...
Petang majlis pernikahan dah mula masak untuk tetamu Majlis berinai besar...kami memang masak sendiri sebab abah memang x suka amik katering..so bertungkus lumus la kami semua mengeluarkan skill ala2 master chef...kecoh satu taman..masing2 laju je pergerakkan...kejap2 ada yang jerit " u habe another 40 minutes to go"...lawak tul bila ingat2 balik...
ayam goreng dah awal2 goreng utk ayam masak merah masa hari langsungnya 30hb
sup tulang lembu ni aku yang masak...makan untuk Majlis Berinai Besar...lambat tumis makanya kul 12am baru dapat makan...hahahahhaa
rendang kacang buncis dengan hati serta pedal ayam dan kaki2 ayam...
Paksu dan Mak Teh..orang kuat yang banyak menyumbangkan tenaga - terima kasih yang tak terhingga
Kenduri gotong royong macam ni memang seronok kalau semua berikan kerjasama...so far takde la masalah besar mana pun..mana yang kurang tu biasalah kan kenduri...silap perkiraan tetamu yang tak dijangka ramai giler pun ye jugak...ah..macam2 dugaan sebenarnya..dengan sudu dan senduk hilang secara tiba-tiba...pelik pulak memikirkan tapi kami amik inisiatif pinjam sudu dan senduk pad jiran tetangga yang ada..kelakar kalau ingat balik..sudu dan senduk lauk yang hilang tu macam mana?ermmm dah selesai majlis baru jumpa...elok tersusun dalam kotak kat dalam stor...memang saje je la benda tu nak hilang pun....namanya pun kenduri...mana ada yang perfect..sure ada cacat sana-sini...gangguan orang luar yang terlibat dalam majlis pun ada...tapi berjaya kami atasi...
Alhamdulillah majlis berjalan lancar...banyak lagi yang nak di kongsi...nanti jumpa lagi next entry...
pelamin cantik kak :)
ReplyDeleteCmala mcm kat kg Lya ni msti merewang brgotong royong
ReplyDeletemeriahnya walau semuanya anak beranak..:)
ReplyDeletenak tunggu majlis kenduri kahwin yang seterusnya...ehem ehem...
ReplyDeletemmg seronok kalau bekerjasama..kalau x..bergaduh2 pening kpala..huuuhuhuhu
ReplyDeletecantik pelaminnnn
ReplyDeletecantik pelamin dia...
ReplyDeleteMenunggu kisah seterusnya.. hehehe..
ReplyDeleteLawaaa pelamin, kita dah berkenan ni. Hahahah :P
ReplyDeleteseronok bile meriah dan lawak2, hahahaa~ dan2 yg ramai2 x jumpe brg tuu kan, adoii, hahaha
ReplyDeleteOwh my pelamin tu sangat cantik k.
ReplyDeleteTahniah pada Adik Suria. semoga berbahagia ke anak cucu
Soya antara Fakta dan Auta
Alhamdulillah..lebih berkat bila gotong royong, memang leceh tapi berbaloi..
ReplyDeleteCantiknya pelamin.. Suka la wana tengok..
ReplyDeletewahh sonoknyer kawen tuu., moga berkekalan ;p
ReplyDeleteAmalan gotong royong patut diteruskan..seronok ja bila dapat buat keja sama2 secara ramai2..meriah suasana.. :)
ReplyDeleteMenu2 tu semua sedap2 nmpknya Kak..
ReplyDeleteAdorablenya pelamin ittewwww.... tapi mata lebih terfokus rendang hati kacang buncittt tu... lapaaaaaaa
ReplyDeletecantik pelaminnye....masak sendiri psti meriah....walau penat....
ReplyDeleterendang kacang buncis tu menarik sgt.
ReplyDeletekesedapan nyer amat terpancar di gambo.
best kan rewang utk kenduri kawin.
yes la penat but jumpa famili semua ~ heaven :)
kenduri kawin ni memang meriah kalau rewang2 tapi nak harap org tua2 skrg ni pun kesian nak mintak tolong...yg muda2 sibuk melaram termasuk i...hehehehe
ReplyDeleteseronok rewang² ni..meriah dan mengeratkan silaturahim..bila penat pun jadi tak penat..
ReplyDelete