Friday, September 11, 2015

Bergurau Kasar Tak Bertempat

Bataskan Diri Dalam Bergurau Senda


Hi korang...jom aku nak share tentang tajuk diatas tu...bab bergurau senda..nowdays aku notice yang rmai jer suka bergurau kasar tak bertempat tanpa hiraukan perasaan orang tu..Islam tidak melarang kita bergurau atau berseronok tapi kena tau batas-batasnya..jangan sampai menyentuh keperibadian dan sensitiviti masyarakat.


JANGAN BERLEBIHAN...bergurau perlu ada batasannya dan tidak sampai menghina serta menyakitkan hati orang lain

Aku antara mangsa keadaan yang dijadikan bahan gurauan suatu ketika dulu...aku bukan menagih simpati atau saje nak havoc ye..antara gurauan yang aku dapat meh aku share

  1. Perceraian yang mencecah 10 tahun
  2. kekurangan sex a.k.a kasih sayang
  3. muka muda umur tua
  4. Pemakaian tudung
  5. Tak cantik 
  6. pendapatan tak tinggi
  7. Tak mewah
  8. Tak suka bersosial selepas waktu kerja
Itu antara gurauan kasar yang kau terima la sepanjang aku hidup setakat ni...ikutkan malas nak ambil port malas nak peduli tapi bila dah selalu aku kena..bettr aku jauhkan diri. Bir laha apa orang nak cakap aku anti sosial ke apa kan..janji aku tak tergolong atau tertarik untuk turut bergurau kasar sampai menyakitkan hati orang...sebab tu ada je yang tegur bila dah lama tak nampak aku...dari aku terbabit sama menambah dosa..baik aku buat kerja atau buat hal aku sendiri...itu cara aku elakkan diri...

Kadang-kadang aku terfikir...bergurau kasar atau dudk berkumpul dan bergossip ni dapat apa erk?

Meh join aku buat blog..ada gak faedahnya...dapat jugak side income...ni dah confirm-confirm tak dapat apa pun...bazir air liur dan dosa bertambah ada la...

Am i right???

16 comments:

  1. Ada orang memang suka macam tu, bergurau kasar tak ambil peduli hati dan perasaan orang. Pedih aje hati menahan marah tapi takpalah bukan kita yang dapat dosa. Mereka yang mulakan, merekalah tanggung akibatnya.

    ReplyDelete
  2. yup setuju sangat...jauhkan diri dari orang mcm ni..

    ReplyDelete
  3. agreed.
    diorang tau nak ckp aje.
    hati org lain x reti nak jaga :(
    bior kan diorang, SA.
    time diorang nanti, baru la diorang tau sendiri.

    ReplyDelete
  4. geram jgak rasa klu jnis suka gurau2 kasar ni

    ReplyDelete
  5. masing2 ade bahagiannya, dan kita semua hambaNYA, ok sekian saja, hahaa

    ReplyDelete
  6. setuju! xsemua gurauan tu boleh diambil mudah...

    ReplyDelete
  7. Sy pun asingkan diri dah sejak peristiwa hitam tu.. Ngadap blog je bila ada masa terluang di tempat kerja...

    ReplyDelete
  8. kdg2 org suka ckp sesedap rasa je..haishh

    ReplyDelete
  9. Setuju kak SA, jauhkan diri dari orang² negatif ni..positifkan diri, lebih banya faedahnya.

    ReplyDelete
  10. setuju dengan KA...x suka org mcm tu better jauhkan diri

    ReplyDelete
  11. Sama jugak dengan ai SA..
    Adakala kita perlu jauhkan diri demi keselamatan diri dan tak termakan kata2 dorang..

    ReplyDelete
  12. gurau tak fikir perasaan orang.
    nanti terbalik kat dia, baru rasa mcm mane.

    ReplyDelete
  13. setuju sgt tu kak..tulis blog ada gak faedahnya..blh buat side income..:)mengata org dapat dosa...huhu

    ReplyDelete
  14. Salam, setuju! Lagi satu gurauan yg menyakitkan hati adalah berkenaan rupa paras kita..kita tak tahu betapa susahnya nak dapatkan self-confidence, org2 sekeliling tau mengata je...hadoi~ sy pun penah kena...sedih...

    ReplyDelete
  15. Betul tu..sesetengah org bergurau tnpa berpikir sensiviti org..tak kena tmpt dan tak.hirau perasaan org..wana tak suka org Mcm tu..

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah