Tuesday, September 29, 2015

Belajar Kawal Diri Dan Perasaan

10 PESANAN BERGUNA UNTUK KEHIDUPAN

Gambar dari google


1. Senyum itu tanda kemesraan, diberi kepada manusia dianggap sedekah. Ketawa itu lambang kelalaian. Selalu dilakukan hati akan mati. Dibuat di hadapan manusia menghilangkan maruah
diri.

2. Setiap kesalahan yang dilakukan jadikanlah pengajaran, insaflah ini tanda kelemahan diri, kesalilah keterlanjuran itu dan berazamlah tidak mengulanginya lagi.

3. Syukur nikmat dan sabar di dalam ujian amat mudah diucapkan tetapi amat sulit dilaksanakan.

4. Kesenangan dan kemewahan selalunya membawa kepada kesombongan dan kelalaian. Kesusahan dan penderitaan itu, selalunya membawa kekecewaan dan putus asa, kecuali orang yang mukmin.

5. Di antara tanda-tanda orang-orang yang sombong itu cepat melahirkan sifat marah, suka memotong percakapan orang, suka bermujadalah yakni bertegang leher, nampak di mukanya rasa tidak senang jika ada orang yang lebih darinya di satu majlis, bercakap meninggikan suara, pantang ditegur, tidak ada tanda-tanda kesal di atas kesalahan.

6. Orang yang sudah hilang sifat marah – dayus, cepat melahirkan sifat marah – lemah mujahadah. Orang yang ada sifat marah tapi dapat disembunyikan kecuali di tempat-tempat yang munasabah inilah manusia normal.

7. Tahu diri kita hamba itu adalah ilmu, merasa diri kita itu hamba itu penghayatan, yang kedua inilah akan lahir sifat tawaduk, malu, khusyuk, takut, hina dan lain-lain lagi sifat kehambaan.

8. Jika kita mengingati dosa, kita tidak nampak lagi kebaikan kita, apatah lagi untuk dibanggakan.

9. Lahirkan kemesraan kita sesama manusia kerana itu adalah haknya tapi jangan putus hati kita dengan Allah, ini adalah hakNya pula.

10. Apabila rasa senang dengan pujian, rasa sakit dengan kehinaan menunjukkan kita ada kepentingan peribadi, tanda kita tidak ikhlas membuat kebaikan.


Suriaamanda :

Aku akui dulu diawal umur 20an aku sangat Panas Baran...mudah marah dan tak boleh terima pendapat yang bertentangan dari aku. Bila dah masuk awal 30an sifat tu sedikit demi sedikit mulai pudar dan bila bakal menginjak ke awal 40an Baran itu tak wujud tetapi sebaliknya aku lebih suka memendam rasa dan lebih mudah berjauh hati.Maknanya aku harus bijak kawal diri dan perasaan terutamanya...biasalah bila dah lebih berusia ni kena lebih matang....

10 comments:

  1. senyum seindah suria yang membawa cahaya...🎤🎤🎤

    ReplyDelete
  2. matang bersama usia.. yelah macam tu jugak saya. kalau dulu memang tak boleh silap sikit tapi bila dah semakin tua ni rasanya lebih cool kot

    ReplyDelete
  3. Betul tu SA.. seiring dengan peningkatan usia..

    ReplyDelete
  4. betol tu kak SA..terima kasih atas sharing ni..

    ReplyDelete
  5. samalah kak ana pun SA, namun bila semakin meningkat usia dan anak-anak sendiri menjadi teman baik, alhamdulillah semakin positif kini. :)

    ReplyDelete
  6. semkn berumur semakin berubah..:)

    ReplyDelete
  7. betul kak.. awal2 umur 16-21 nak marahh jee.. macam x reti kawal ..
    tahun ni sy start untuk sabar lebih..dan diam kalau terasa nk mrh :)

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah