Wednesday, September 30, 2015

Tips Penjagaan Kesihatan Rambut

Makanan Terbaik Untuk Kesihatan Rambut


Kesihatan Rambut dan kulit kepala perlu di beri penekanan ye kawan- kawan. Ianya sama penting dengan kesihatan tubuh badan yang lain..kalau Wanita pulak rambut sering dikaitkan dengan Mahkota kan...sangat-sangat beruntung apabila wanita mempunyai rambut yang sihat dan nampak bermaya.

Keguguran rambut adalah satu daripada 10 rungutan yang biasa kita dengar dan di terima oleh pakar dermatologi.Usia permulaan keguguran menjadi semakin muda dan kadar keguguran rambut secara keseluruhan bagi semua usia dan jantina seiring peningkatan usia tahun  demi tahun.


Rambut pun memerlukan makanan yang sihat tau..bukan tubuh badan sahaja..

Jom tengok apa makanan yang terbaik untuk kesihatan rambut.

  • Salmon / tenggiri - kaya dengan asid lemak omega 3, protein, vitamin B12 dan zat besi
  • Sayuran hijau tua seperti bayam dan brokoli - kaya dengan vitamin A, vitamin C, Zat Besi dan Calsium
  • Kacang ( Kaya dengan protein, Zat besi, zink, biotin
  • Kacang Brazil (Selenium), Walnut - Zink, asid alfa-linolenik/  Pecan, Gajus dan Badam - mengandungi zink
  • Ayam - Kaya dengan Protein dan Zat Besi
  • Telur - kaya dengan protein, biotin dan vitamin B12
  • Bijian - Kaya dengan zink, zat besi dan vitamin B
  • Tiram

Haa kat atas tu antara makanan-makanan terbaik yang diperlukan untuk kesihatan rambut....

Selain itu kesihatan kulit kepala perlu dilakukan secara berkala sekurang-kurangnya 6 bulan sekali bagi mengenal pasti masalah yang dihadapi.

Tips ini bukan tertakluk kepada mereka yang free hair aje tau..untuk yang bertudung pun perlu menitik beratkan penjagaan rambut  serta kulit kepala. Ini adalah untuk kebaikkan bersama.

Sungguh pun masalah rambut dan kulit kepala tidak menjejaskan keadaan fizikal tubuh badan tetapi ia akan mencacatkan penampilan, harga diri, keyakinan dan kesejahteraan emosi.

Nampak Lawa..Nampak Lawa...Dia Pakai NV...

Pengaruh Iklan Terhadap Kanak- Kanak

Kanak-kanak buat apa jer comel..ternyata mereka cepat terpengaruh dengan iklan. Especially iklan yang mempunyai latar muzik yang catchy macam yang terbaru iklan dari Nouvelles Visages yang akan keluar setiap kali ada konsert AF. Qhaira tak ketinggalan akan tiru aksi dalam iklan tu tapi ikut version dia la...comel jerk....Ternyata pengaruh iklan sangat kuat terhadap kanak-kanak dan merangsang otak mereka.

Menurut satu kajian di Amerika Syarikat, kanak-kanak yang menonton televisyen akan tededah kepada lebih daripada 40,000 iklan setahun.Selain itu, lebih daripada 10 minit daripada setiap jam laluan siaran diberikan kepada slot pengiklanan. Ini bermakna kanak-kanak seolah-olah ‘dipaksa’ menghabiskan sebahagian daripada kehidupan mereka hanya dengan menonton iklan di televisyen.


Gambar goyang skit...ni versi masa dia belum pandai nak buat...

Sekarang pantang iklan tu keluar dia akan goyang2 badan dan main2kan jari ikut iklan...pas tu dia gelak...comel jer...

biasa la kan...budak kecik buat apa jer yang tak comel.. semuanya comel...sejak mak dah tak jaga si kembar dan si kembar dah di transitkan ke rumah nenek diorang makanya Qhaira la pulak jadi penghibur hati Mak Abah dan kami sekeluarga...comel jer dia terkedek-kedek menari ikut lagu iklan ni....

la ni dia dah sibuk belajar bercakap...pun kekadang buat aku panas hati...lain di ajar lain plak di jawab..

contohnya :

Mama > Amma
Mami > Ammi
Uwan > Uwe
Atuk > Atoookkkk
Kakak > Tatak
Lori > Rilo!

Haih...Lori jadi Rilo...diterbalikkan ..nak buat cane kan...baru belajar cakap..baru nak explore...lidah masih lom lembut kot...hahahaha....

Sajak ini Berjaya Buat Aku Menangis....

BILA AKU TUA


♡Anakku...

Bila aku tua...
Andai aku jatuhkan cawan atau terlepas pinggan ditangan...Aku berharap kamu tidak menjerit marah aku....Kerana tenaga orang yang tua semakin tidak kuat dan kerana sakit....Mata semakin kabur... Kamu harus mengerti dan sabar dengan aku...

♡Anakku...

Bila aku tua...
Andai tutur kata aku lambat dan aku tidak mampu mendengar apa yang kamu katakan....Aku berharap kamu tidak menjerit pada aku,  "mak pekak ke?, mak bisu ke? "atau kata tak dengar ker??...Aku minta maaf anakku...Aku semakin MENUA...

♡Anakku...

Bila aku tua....
Andai aku asyik bertanya perkara yang sama berulang-ulang...Aku berharap kamu tetap sabar  mendengar dan melayan aku... kerana semua itu adalah sebahagian dari process MENUA....Kamu akan mengerti nanti bila kamu semakin tua....

♡Anakku...

Bila aku tua....
Andai aku berbau busuk, hamis dan kotor....Aku berharap kamu tidak tutup hidung atau muntah didepan aku....Dan tidak menjerit suruh aku mandi...Badan aku lemah...Aku tidak bermaya untuk lakukan sendiri..Mandikan aku sepertimana aku mandikan kamu semasa kecil...

đź’–Anakku...

Bila aku tua....sekira aku sakit...temanlah aku,aku ingin anak berada bersamaku...

♡Anakku....

Bila aku tua dan waktu kematian aku sudah tiba...Aku berharap kamu akan memegang tangan aku dan memberi kekuatan untuk aku menghadapi kematian..Jangan cemas...jangan menangis...hadapi dengan redha...Aku berjanji pada kamu...bila aku bertemu Tuhan... aku akan berbisik pada-Nya supaya sentiasa memberkati dan merahmati kamu kerana kamu sangat mencintai aku....Terima kasih banyak kerana mencintai aku

Terima kasih banyak kerana telah menjaga aku....Aku mencintai kamu dengan banyak cinta....

Anakku....

Bila aku telah tiada...titipkan DOA buatku...seperti yang selalu aku titipkan buat kamu dalam solatku...sirami pusara ku dengan selalu..agar aku merasa kasih sayangmu mengalir...jangan lupa mengunjungi aku..kunjungi aku bersama suami juga cucu- cucuku....


Suriaamanda:

Sajak diatas berjaya buat aku bengkak mata malam tadi...aku dedikasikan pada anak2 sekarang yang tidak menghormati ibu..ketika INI ibumu masih ada wahai anak-anak...kamu akan rasa kesal bila mereka telah tiada....

Renung-Renungkanlah....

Tuesday, September 29, 2015

Belajar Kawal Diri Dan Perasaan

10 PESANAN BERGUNA UNTUK KEHIDUPAN

Gambar dari google


1. Senyum itu tanda kemesraan, diberi kepada manusia dianggap sedekah. Ketawa itu lambang kelalaian. Selalu dilakukan hati akan mati. Dibuat di hadapan manusia menghilangkan maruah
diri.

2. Setiap kesalahan yang dilakukan jadikanlah pengajaran, insaflah ini tanda kelemahan diri, kesalilah keterlanjuran itu dan berazamlah tidak mengulanginya lagi.

3. Syukur nikmat dan sabar di dalam ujian amat mudah diucapkan tetapi amat sulit dilaksanakan.

4. Kesenangan dan kemewahan selalunya membawa kepada kesombongan dan kelalaian. Kesusahan dan penderitaan itu, selalunya membawa kekecewaan dan putus asa, kecuali orang yang mukmin.

5. Di antara tanda-tanda orang-orang yang sombong itu cepat melahirkan sifat marah, suka memotong percakapan orang, suka bermujadalah yakni bertegang leher, nampak di mukanya rasa tidak senang jika ada orang yang lebih darinya di satu majlis, bercakap meninggikan suara, pantang ditegur, tidak ada tanda-tanda kesal di atas kesalahan.

6. Orang yang sudah hilang sifat marah – dayus, cepat melahirkan sifat marah – lemah mujahadah. Orang yang ada sifat marah tapi dapat disembunyikan kecuali di tempat-tempat yang munasabah inilah manusia normal.

7. Tahu diri kita hamba itu adalah ilmu, merasa diri kita itu hamba itu penghayatan, yang kedua inilah akan lahir sifat tawaduk, malu, khusyuk, takut, hina dan lain-lain lagi sifat kehambaan.

8. Jika kita mengingati dosa, kita tidak nampak lagi kebaikan kita, apatah lagi untuk dibanggakan.

9. Lahirkan kemesraan kita sesama manusia kerana itu adalah haknya tapi jangan putus hati kita dengan Allah, ini adalah hakNya pula.

10. Apabila rasa senang dengan pujian, rasa sakit dengan kehinaan menunjukkan kita ada kepentingan peribadi, tanda kita tidak ikhlas membuat kebaikan.


Suriaamanda :

Aku akui dulu diawal umur 20an aku sangat Panas Baran...mudah marah dan tak boleh terima pendapat yang bertentangan dari aku. Bila dah masuk awal 30an sifat tu sedikit demi sedikit mulai pudar dan bila bakal menginjak ke awal 40an Baran itu tak wujud tetapi sebaliknya aku lebih suka memendam rasa dan lebih mudah berjauh hati.Maknanya aku harus bijak kawal diri dan perasaan terutamanya...biasalah bila dah lebih berusia ni kena lebih matang....

Fenomena Bulan ‘berdarah’

Gerhana bulan penuh atau ‘Super Blood Moon’


FENOMENA Super Blood Moon hanya akan berlaku lagi pada 2033 nanti.


Kuala Lumpur: Gerhana bulan penuh atau ‘Super Blood Moon’ iaitu gabungan tiga kejadian bulan penuh, fenomena Perigee dan gerhana bulan dijangka berlaku pada hari ini.

Pegawai Sains Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) Mohd Zamri Shah Mastor berkata, fenomena itu bagaimanapun hanya dapat di lihat di benua Eropah, Amerika, Afrika serta sebahagian barat dan selatan Asia saja.

Katanya, fenomena terbabit ialah gabungan tiga kejadian perubahan pada pergerakan bulan ketika hampir dengan bumi.

Beliau berkata, gabungan bulan penuh dan Perigee atau ‘Super Moon’ (bulan dapat dilihat dengan jelas pada waktu siang) serta gerhana (Blood Moon) berlaku pada tarikh itu.

“Fenomena Super Moon berlaku kerana bulan berada di kedudukan orbit paling hampir dengan bumi dikenali sebagai Perigee. Semasa bulan di kedudukan Perigee, ia dalam fasa penuh menyebabkan kelihatan lebih dekat dan lebih terang berbanding biasa.

“Fenomena gerhana bulan pula menyebabkan ia kelihatan berwarna merah disebabkan bayang-bayang pembiasan cahaya matahari oleh atmosfera bumi.

“Kita juga akan dapat lihat bulan bersaiz lebih besar iaitu 14 peratus lebih besar berbanding semasa gerhana penuh pada April lalu,” katanya.

Beliau berkata, semasa fenomena Super Blood Moon, bulan kelihatan lebih terang sebelum gerhana dan berwarna kemerahan semasa gerhana.

Zamri berkata, fenomena ini mudah dilihat orang ramai di kawasan ia berlaku.

Katanya, orang ramai boleh melihat fenomena itu tanpa memerlukan kepada sebarang peralatan bantuan penglihatan serta mudah dikenali.

Menurutnya, di Malaysia, hanya fenomena Apogee dan bulan penuh dapat disaksikan dengan mata kasar pada April lalu.

“Kejadian yang menggabungkan tiga fenomena ini hanya akan berlaku lagi pada 2033 nanti. Di Malaysia pula, gerhana bulan penuh dapat dilihat pada 2018 nanti,” katanya.

Beliau berkata, fenomena itu akan mempengaruhi pasang surut air laut namun tidak menyebabkan berlakunya bencana.

“Super Moon boleh memberi kesan kepada kejadian pasang surut air laut, namun tidak akan menyebabkan sebarang bencana alam. Hal ini kerana bulan mempunyai daya tarikan graviti yang mampu mempengaruhi air laut,” katanya.


Segmen Blogwalking Ceria Bersama Anizz Annisa


KLIK BANNER UNTUK JOIN

Syarat-syarat :

1) Follow blog Anizz Annisa **kalau yang masih belum follow**

2) buat tajuk " Segmen Blogwalking Ceria Bersama Anizz Annisa "

3) copy banner dan baclink ke entry ini.. dah siap copy banner, tinggalkan url blog korang di entry ini sahaja.. letak link dekat tempat lain tak dilayan taw..

4) Nyatakan nama korang dan jenis blog anda contohnya blog anis adalah blog personal..

5) tarikh tutup : 30 September 2015 jam 6 petang

**senarai peserta blogwalking akan diupdate dari masa ke semasa..


jom semua kita blogwalking !


Tuan Tanah Kedaung : Suria Amanda

Jenis Blog : Personal, Lifestyle, Adevertorial & Review



Simple Birthday Celebration For Dania

Dania Genap 11 Tahun 25 September 2015

Sabtu malam Ahad lepas buat simple celebration untuk Dania. Tahun ni takde majlis besar untuk dia sebab baru je balik dari uruskan majlis Acu kan..dan berjalan sampai ke Cameron Highland dah pun..dah banyak hadiah dapat dah pun...so we decide takde majlis untuk tahun ni...tahun depan insyaallah sebab dah 12 tahun kan...sekejap je masa berlalu aih...terasa makin tua plak aku.....

So aku just belikan dia Satay dan buat mee goreng je...kek Mak Yang yang buatkan...sebab nak buat simple je kan..Mak Yang plak willling to sponsor the cake. So buat sajork....yang kelakar takde lilin dan takde pisau kek...belasah je guna pisau biasa..


bab potong kek si kembar sure excited kan cuma takde lilin je


berebut2 nak pegang pisau


masa ni tgh nyanyi lagu Allah Selamatkan Kamu...


dah nyanyi baru boleh potong kek


mee goreng Mami Qhaira buatkan


Satay beli sajork


Kek dari Mak Yang


Memang tak rancang pun nak buat...cuma aku yang nak buat..biasalah mak2 ni kan ada satu perasaan yang lain bila tak sambut birthday anak...sapa dah jadi mak memang tau la perasaanya tu kan...walau tak besar dan simple je janji ada...yang penting Dania happy...ye la aku ada Dania je pun kan...bukan la nak berkira sangat...janji sambut jugak walau dengan family je..Dania pun ok sebab dah bawak berjalan..4 negeri kot..Penang, Kedah, Perlis, Perak...naik plak Cameron Highland....lebih dari cukup dah tu kan....

Special thanks to Mak Yang dan Mak Teh sebab bertungkus lumus siapkan kek dan masakkan mee goreng...

Monday, September 28, 2015

Majlis Bertandang Last Part - Kembali Ke KL

Pulang Ke KL Dengan Malindo

Isnin 21hb aku balik ke KL menaiki Malindo dan naik dari Alor Star di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim Shah. Eh betul ke...betul la kot..malaih nak google la...hehehe..so..seawal 6am aku dah siap dah tunggu adik aku ngan laki dia datang ke homestay sebab nak hantar aku ke epot..ciss ingat jauh sangat dari Chuping Perlis tuh...dekat je..tak sampai setengah jam...dah la aku dapat sms cakap flight aku delay sebab Jerebu. Haih bersapau la aku kat Airport tu nanti...

Sepanjang jalan nak ke Airport tu aku sempat snap beberapa keping gambar sawah padi...ye la Kedah kan terkenal ngan Sawah Padi...aku suka pemandangan...tenang sikit hati walau sedang gelora kan...


saujana mata memandang sawah padi


rindu nak tgok matahari terbit


Padi tengah menguning masa ni...


masuk boarding kul 11.30am..


masa kat atas flight


banyak awan masa tu



Flight tak terbang tinggi pun masa ni...maybe sebab cuaca tak berapa nak bagus kan...banyak awan...
so far perjalanan smooth je..xde masalah...cuma aku agak letih sebab penat kenduri..dapat la terlelap kejap kejap...

Tak sampai 1 jam pun dah landing kat Subang Airport dah...memang cepat je..cuma lepas ni aku rsa aku tak pilih la Malindo or FF...hehehe..better AA atau MH lagi..bukan banyak hal eh..aku je yang kureng selesa skit..hahahah...maybe sebab kapal terbang kecik dan masa tu aku takde banyak pilihan...itu je yang ada dan murah..

Kenapa aku naik flight balik KL? ikutkan memang nak balik ikut family...dah aku cui sampai Isnin je..diorang cuti sampai Rabu..so masih ada agenda diorang nak sambung..sebab tu la aku balik decide naik flight..kalau banyak cuti dah lama aku balik naik kereta je and join diorang...

Padan muka aku cuti dah abis....

Tahniah Akim & Stacy

PERTUNANGAN ARTIS AKIM & STACY

Tahniah buat artis kesayangan ramai Akim dan Stacy dengan berlangsungnya majlis pertunangan mereka Sabtu lepas..setelah mengharungi pelbagai rintangan dan dugaan serta kontroversi maka mereka selamat akhirnya bergelar tunangan..kita tunggu majlis perkahwinan plak ye..


Gambar dari google


gambar dari google


ayunya Stacy dan suka tgok baju bertunang dia...cantik!!

Haih..dengarnya family kedua-dua pihak tak nak mereka bertunang lama...waa...agaknya bila majlis perkahwinan mereka kan..

Alhamdullilah dan tahniah di ucapkan kepada Akim dan Stacy, semoga hubungan anda berdua diberkati sehingga ke jinjang pelamin. Kalau sudah jodoh tak kemana, harapnya selepas ini Akim dapat membimbing tunangnya untuk mengenali Islam dengan lebih baik

Suhu Panas Di Chuping Perlis

Kawasan Paling Panas Di Utara Malaysia


Korang semua serba maklum kan Perlis letknya di penghujung negara kita dan aku plak baru tau yang Perlis antara kawasan yang paling panas di Malaysia sebab tu la tanaman harumanis menjadi kat Perlis..homestay tempat aku tinggal mas kat sini pun sebenarnya adalah Ladang Tebu..Dulu KL Menjerit buat penggambaran kat sini tapi lama dah kan dan tanaman Tebu pun dah takde dah..dah ditukar ke tanaman Getah..

Cuma aku tak sangka la area ni ada Unimap...sebab apa? sebab jauh kot dari bandar kan..memang sesuai la untuk student-student belajar....

Sebenarnya aku bergambar kat bulatan atau roundabout yang ada papan tanda ni lepas balik dari Padang Besar..singgah sebelum Maghrib..cepat-cepat amik gambar...masa amik gambar ni jenuh orang duk hon-hon aku ngan Dania..hilang akal cuaca panas pi bergambar kat area ni...


Nampak tak..walau direkodkan tahun 1998 tapi panasnya melampau masa aku kat sana...x leh tahan 


abaikan muka sememeh dan muka yang dah ditumbuhi jerawat panas..memang kulit aku sgt2 sensitif


Buah hati aku yang makin lama makin tinggi


One more pose from Dania


Masa ni memang kereta yang lalu lalang duk pinnnnn.....pin....adik ipar aku plak kuat melatah....


pose yang nampak tak selesa


Belasah je la..macam-macam pose yang kami buat cuma beberapa keping ni je la yang m,elepasi piawaian


Free pose dari kami dua beranak...

Bukan lah nak mengada-ngada konon tak tahan panas atau poyo tak tentu pasal..memang sangat-sangat aku rasa lain panasnya..ramai yang mengiyakan kenyataan aku masa ni...kebetulan memang ada rakan-rakan blogger yang berada di area Chuping dan area Kedah..ada gak sedara mara jauh yang tinggal di area ni...walau tak selesa aku bersyukur sebab semasa aku kat sana aku tak di hinggapi sebarang penyakit. Demam panas ke..semput ke...memang takde cuma muka aku je naik jerawat teruk..sampai sekarang..aku masih rasa tak selesa dengan kulit muka aku..dalam gambar memang tak nampak..sebab ada mekap..guna foundation bagai..tapi bila semua tu dah takde...amik ko...rasa nak aku gosok je muka ni dengan kertas pasir...

Tolong..tolong...aku dah rimas ngan masalah jerawat ni...sejak balik dari Perlis aku rasa makin banyak jerawat tumbuh...tambah plak dengan jerawat gatal PMS...memang makin menjadi-jadi...

Makin stress tengok muka sendiri....

Majlis Menyambut Menantu

Ok kita sambung semula kisah Perlis yang tak habis-habis akibat tuan tanah demam cuaca tak elok ni..mood pun kurang..Sabtu lepas langsung x sentuh blog..apa nak jadi pun tak tau la..bahan banyak je nak kongsi tapi malas tu tiba-tiba datang..entry advertorial pun separuh jalan jer ni...tengah pulun lagi..

Jom korang tgok gambar dari handphone aku ..gambar masa majlis bertandang hari tu..tak banyak amik pun sebab again cuaca panas dan buatkan aku tak selesa..pakai plak baju kurung moden kaler hitam putih...lagi la panas...


mulakan dengan pembuka..gambar Dania dan Qhaira


separuh dari 13 buah kereta yang mengiringi dari pihak perempuan


Get ready untuk berarak ke rumah pengantin lelaki


Nampak tak panas teriknya tuh...


Sib baik pengantin tak pakai songket..kalau tak memang menjejeh peluh...eh kakak Dania jadi pengapit ke?


Mak Teh yang sengih je sepanjang masa..panas pun sengih..Mak Ngah muka berkerut...


Mak Abah maintain...


Pengantin nak makan beradap..sempat pose..


Kakak Pengantin tengah kepanasan


Kakak Dania yang macam dah besau sgt dah..padahal baru genap 11 tahun...

Apapun majlis berjalan lancar...

Panas terik tapi rumah pengantin lelaki dibanjiri tetamu dari pelosok mana tak tau...meriah betul..mana plak tak meriahnya si pengantin lelaki anak sulung..first time buat kenduri kahwin kan...memang la jemputan ramai...walau apa pun dah selesai dah majlis..dah selesai jugak tanggungjawab mak abah dan adik beradik..dah selesai tugas aku sebagai kakak..cuma penatnya sampai sekarang masih terasa..

Lepas je majlis kami sekeluarga balik semula ke Homestay sebab nak terus ke Padang Besar lepas tu..balik rehat dulu dan tukar baju..separuh dari saudara mara yang turut memeriahkan majlis dah terus balik NS...terima kasih tak terhingga sebab mereka sudi memeriahkan majlis di Perlis..walau tak ramai tapi dah cukup dah rombongan dari NS...

Lepas ni aku up plak entry bergambar dengan Dania di bulatan nak masuk ke Felda Chuping..takde gambar di Padang Besar pun sebab masing-masing penat dan panas...memang kalau nak datang sini dengan reason bercuti baru best nak shopping or amik gambarkan..kalau saje-saje ngabihkan masa memang la tak dan dan takde mood nak bergambar...

Apapun see ya next entry...

Untungnya Budak Sekolah...

JEREBU TERUK MURID SEKOLAH DIBERIKAN CUTI

Untungnya jadi murid sekolah kan....diberikan cuti lagi...jerebu makin teruk dan IPU makin teruk membuatkan udara jadi tidak sihat...walau cuti diberi tapi bukanlah alasan untuk berjimba-jimba ye anak-anak...duduk dalam rumah jangan nak kemana-mana. Cuaca buruk ni maam-macam boleh jadi...

Kita yang bekerja ni kenapa tidak diberikan cuti? alahai...dah tentu-tentu kita semua ni dah dewasa dan suasan tempat kita bekerja dalam bangunan kan...takkan la diorang nak bagi cuti..tapi kalau bagi pun tak salah rasanya kan..hehehe...bukan murid je ada hidung..yang dewasa pun ada hidung kot..tapi kalau kita yang dewasa ni dah jadi kurang sihat..ambik aje la cuti ye tak,..takkan nak terus bekerja...nanti lagi mudarat plak...apapun..jaga kesihatan...minum air dengan banyak...

Rindu pulak pada matahari dan udara yang bersih...sampai bila la nak hidu udara yang tak sihat ni...

Cucur Jagung Suriaamanda..

Menu Sarapan Ahad

Hi korang..warm up hari Isnin dengan menu sarapan hari Ahad..bukan apa..Baru ada masa nak update blog..sambil2 siapkan advertorial entry yang dh nak dekat dateline...well ini cubaan pertama aku buat cucur Jagung..Jagung yang diorang beli kat Cameron Highland last week banyak lagi..so kita buat cucur Jagung saje la....


Bancuhan yang dah sedia untuk di goreng


Kasi zoom skit...

Hasil sesudah di Goreng

Nak resepi?

1. Hirisan Jagung Segar
2. Telur sebiji
3. Bawang besar potong dadu
4. Daun kucai (aku xde so guna daun bawang)
5. Isi udang
6. Tepung gandum 2-3 cawan
7. Air panas untuk bancuh
8. Air sejuk

Cara-caranya
1. Campurkan bahan 1-5
2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dengan air panas diselang dengan air sejuk
3. Bancuh macam bancuh cekodok
4. Goreng dengan minyak yg cukup panas
5. Dah masak boleh dihidang dengan cili sos

Sesuai dihidang untuk minum petang juga...

Selamat mencuba ye...

Sunday, September 27, 2015

Jerebu Teruk Di Seremban

Jerebu Makin Bermaharajalela

Assalammualaikum...
Selamat pagi..Selamat berhujung minggu semua...hey...cuaca makin buruk terutama di Selangor...jaga kesihatan ye..kalau boleh jangan adakan apa2 aktiviti di luar..ramai yang x sihat sekarang ni...aku sendiri tak sihat...demam Dan dah mula batuk...what a bad haze tp bacaan di Seremban x berapa tinggi tp masih terasa tebalnya jerebu dan teruknya keadaan walau bacaan tak tinggi..aduhai macam mana la anak aku nak sekolah esok..bukan apa..kalau boleh tak nak anak aku sakit...

Bertabahlah tunggu pengumuman kalau-kalau kena tutup sekolah lagi...hari ni pun ada sekolah di buka kan...



Dua gambar kat atas tu keadaan kat Seremban..area umah aku...semalam lagi teruk..sampai aku x berani nak keluar rumah...nak plak tengah demam kan...takut lagi mudarat...ni dalam rumah pun dah bau asap dan nak semput..sampai bila la nak hidu udara tak sihat ni...setiap tahun macam ni...

Friday, September 25, 2015

Imam maut ketika solat sunat Aidiladha

Mudahnya Ajal Menjemput


IMAM Masjid Kampung Temeris, A Karim Ismail, menghembuskan nafas terakhir ketika sujud semasa mengimamkan solat sunat Aidiladha


KUALA PILAH: Seorang imam menghembuskan nafas terakhir ketika mengimamkan solat sunat Aidiladha, di sini, dipercayai akibat serangan jantung. Dalam kejadian jam 8.30 pagi di Masjid Kampung Temeris, di sini, A Karim Ismail, 66, dikatakan terbatuk dan mengerang kesakitan pada tahiyat akhir, sebelum rebah tidak sedarkan diri. Anaknya, Amran, 40, berkata seorang makmum di belakang bapanya segera mengambil alih tugas imam dan memberi salam bagi menamatkan solat berkenaan. "Kami kemudian meluru ke arah ayah dan mendapati dia tidak sedarkan diri.

Kami segera menghantarnya ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN), di sini, namun dia disahkan sudah meninggal dunia," katanya. Amran berkata, beliau dan ibunya, Napsiah Ahmad, 64, berada di masjid dan mereka terkejut dengan kejadian itu. Katanya, bapanya sudah lama menghidap penyakit jantung, justeru mereka percaya kematiannya disebabkan serangan penyakit itu. "Kami sekeluarga reda dengan pemergian ayah yang terkenal sebagai seorang lelaki yang baik dan disenangi orang kampung," katanya. Beliau berkata, jenazah bapanya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Temeris selepas solat Asar.

Ketua kampung itu, Mohd Yunus Abdullah, 64, berkata beliau menyedari sesuatu yang pelik kerana imam sujud lebih lama daripada biasa dan terkejut apabila mengetahui dia meninggal dunia tidak lama kemudian. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Luqman Abd Rahman, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian.

SUMBER

Pekena CKT terbaik di Felda Chuping, Perlis

Konvokesyen ke 10 UNIMAP

Jom sambung balik citer Trip Penang-Kedah - Perlis yang terbantut nak update..mood ada ni so kita settlekan semua cerita..well lepas je majlis pertunangan kat Jitra teruskan perjalanan ke homestay di Chuping. Rupanya homestay kat Felda Chuping dan berdekatan dengan UNIMAP. Kebetulan masa tu ada Konvokesyen ke 10 Unimap kan...so ada la karnival kat area situ...menarik ni...leh pi tgok apa yang ada...

Lepas check in petang tu...semua nak pi situ..Pak Ngah ngan Mak Ngah pun...so jom la beramai-ramai pi...mak abah tak nak ikut sebab penat...


sempat amik gambar signboard Unimap tu je...


suka gambar ni...sebab everyone ready je..tgok Qhaira tu..comel je...


ni mama suruh buat free style


gegar skit gambar ni


Yang ni ok...hehehhe....


dah jom rayau-rayau..

So far takde apa pun yang menarik..ada baju, tudung segala la...tapi kami melekat kat gerai Char Kuey Tiow..tak sangka plak kebanyakkan yang meniaga kat situ kawan adik ipar...so lepak la situ...


brader ni tgh tunjuk skill


amboi...aku pun x reti nak masak kuar api macam ni...


Ramai gak yang makan dan bungkus kat sini...


kakak makan sotong goreng dan ayam bob tu...up dengan air choc...


Qhaira tengah moody sebab nak tido...tapi suap apa pun nganga gak..


tu diaa...CKT sedap..ada kerang ngan udang...pedas pun pedas


tapi yang ni lagi best...nescafe ais...sedap gilos..aku up beli lagi...sebab memang sedap...cuaca plak panas ya rabbi...


itu lah kisah sepetang di Konvokesyen Ke 10 Unimap...tak sangka ada EFGiers kat sini...cuma tak dapat jumpa sebab kekangan masa dan agak sibuk...Eny Abdullah pun dekat dan ada gak cadang-cadang nak kidnap aku...tapi aku yang tak nak sebab tengah busy sangat2..sorry Eny next time ye..kali ni i kena tolak permintaan you...next time I terjah Kedah eh....

Sampai disini dulu...sambung lagi nanti cerita semasa Majlis Menyambut Menantu.....