Thursday, August 13, 2015

Penjagaan Rambut Bagi Wanita Berhijab

Elak Kelemumur Bagi Wanita Berhijab

Kelemumur adalah salah satu masalah rambut yang sering menghantui wanita berhijab disebabkan kulit kering, rambut lembab, tekanan dan juga tersalah memilih product penjagaan rambut yang tidak sesuai dengan kulit kepala mereka.

gambar sumber google

Berikut adalah antara tip-tp yang dicadangkan untuk mengelakkan masalah kelemumur :

RAMBUT KERING
pastikan rambut anda betul-betul kering sebelum mengenakan tudung. Rambut yang lembab akan menyebabkan masalah kelemumur bertambah teruk malah menyebabkan rambut akan berbau.


ANAK TUDUNG
Gantikan anak tudung anda dengan lebih kerap. Hindari dari menggunakan anak tudung yang sama lebih dari 2 hari.Peluh atau kekotoran yang melekat pada anak tudung berisiko menyebabkan bertambahnya kelemumur di kepala anda.

RAWATAN TONIK RAMBUT
Anda boleh menggunakan tonik rambut khusus untuk antikelemumur. Gunakan secara teratur kerana tonik mampu menjaga kelembapan kulit kepala dan mampu mencegah berlakunya kekeringan kulit kepala melampau.

CUCI RAMBUT DENGAN KERAP
Ramai yang berhijab mengabaikan keperluan untuk mencuci rambut mereka kerana tidak mahu rambut mereka basah ketika memakai tudung.Namun begitu masalah akan bertambah buruk kerana mengabaikan kebersihan kulit kepala. Pastikan anda kerap mencuci rambut dan keringkan dengan betul.


SUMBER DARI MEGA UTUSAN MALAYSIA.



11 comments:

  1. cik nor suka guna limau purut utk hapuskan kelemumur..:)

    ReplyDelete
  2. betol2, huhu, jaga rambut mcm jaga wajah gituuuu :)

    ReplyDelete
  3. "Cuci rambut dengan kerap" lebih tepat lagi setiap hari sekurang-kurangnya sekali

    ReplyDelete
  4. Sally paling susah nak tukar anak tudung...sbb suka yg dah biasa pakai

    ReplyDelete
  5. Memg kna hari2 cuci rambutan supya segala kekotoran d rambutan bisa hilang

    ReplyDelete
  6. good sharing kak..sangat berguna..

    ReplyDelete
  7. tak selesa kalau tak cuci rambut dengan shampoo..btw, tw for the tips :)

    ReplyDelete
  8. alamak!! sy selalu pakai anak tudung lebih drpd 2 kali.patutla kepala rase x selesa..slps bace artikel ni sy akan lebih kerap tukar anak tudung..thanks for the info :)

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah