Monday, August 17, 2015

Indahnya Berehat Bersama Keluarga...

MENU BERASASKAN PETAI SAHAJA

Sesekali berehat bersama keluarga memang moment indah yang di tunggu-tunggu. Sekarang makin hampir hari perkahwinan adik makin selalu kami berkumpul di rumah menguruskan perkara-perkara yang membabitkan perkahwinan. Persediaan telah dibuat 2 -3 bulan awal. Makin terasa kepenatan sementara menanti tarikh sebenar. Betul kata orang majlis hanya sehari tapi persediaan makan masa 3 bulan.Belum fikir penat selepas kenduri lagi.

Ahad aku ambil peluang masak untuk family. Mak Abah sibuk dengan menjemput saudara mara. so tugas aku masak la pula kali ni...ikutkan takde idea nak masak tapi kebetulan abah ada beli petai..terus la keluar idea.


Ikan Pelaling masak lemak cili api campur petai kikis


Sambal udang petai...



Karipap ikan bilis untuk menu minum petang...karipap ni adik aku yang buat...

Puas hati makan ramai-ramai. Kebetulan semalam memang ramai saudara mara datang menjenguk kami di rumah. Ye la biasa la kenduri bergotong royong nanti kan,.Kami masih mengamalkan kenduri macam ni..saudara mara masih ramai kan...at least boleh kekalkan silaturrahim...sesekali berkumpul kenduri kendara memang seronok..nak pulak kalau dah lama tak jumpa kan...

Menghitung hari ni..2 weeks to go...

31 comments:

  1. ikan apa tu kak suria....tak pernah dengar...sambal udang petai memang best

    ReplyDelete
    Replies
    1. ikan kembung yang kecik2 tuh la Arz...

      Delete
    2. Ikan pelaling ramai pulak orang tak pernah dengar nama dia

      Delete
    3. mommy ikan termenung orang utara je tahu haha :)

      Delete
  2. Makan, berkumpul bersama kluarga adalah moment yg indah kan Kak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. makan berebut2 eramai2 boleh bertambah2 nasi

      Delete
  3. Past..wana terliur tengok sambal udang petai akak tu..wpun sbnrnya wana x pndai mkn petai..huhu

    ReplyDelete
  4. sedapnyer la....
    singgah petang.....

    ReplyDelete
  5. Sesekali berkumpul...masak sama2...makan sama2...ermmm seronoknyer moment2 begitu...meriah sangat...

    ReplyDelete
  6. alahai sdapnya akak masak..:)

    ReplyDelete
  7. sedapnye kak..falsya suke betul lauk simple gitu...

    ReplyDelete
  8. aduhaiiii...laparrrrr 1000X tgk petai yg sodap tu...

    ReplyDelete
  9. Best makan ramai2 dgn family kann Amanda Suria..
    Bila terpandang karipap terus ke pantry buat air panas, lapar.. Karipap tu nampak sedap..

    ReplyDelete
  10. Kita jeles dengan sambal udang petai Kak SA. Jeles sangat! T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah Sha..suka tengok menu2 SA semua sedap2 bagai :)

      Delete
  11. Perghhhh....tgk sambal petai tu buat perut jd lapar... :P

    ReplyDelete
  12. Resepi petai kikis ikan masak lemak cili padi tu please:)

    ReplyDelete
  13. Malam ni nak masak udang petai ;)

    ReplyDelete
  14. sambal udang potai tu menggoda sangattt

    ReplyDelete
  15. dah makin busy ni..menu ikan pelaling dengan petai tu tak pernah tengok lagi kak..menarik ideanya :)

    ReplyDelete
  16. Sa kombinasi menu yang sangat-sangat-sangat sedap ni :)

    ReplyDelete
  17. ikan pelaling? bukan menu je, nama ikan pun x penah dengaq, hahaha..~
    nampak sgt sy msak ala2 jerrr,
    tkpe, slow2, hehehe

    ReplyDelete
  18. Dah lama tak makan petai masak lemak cili api..

    ReplyDelete
  19. ingtkan letak petai dalam inti karipap tu heheheh sbb letak tajuk menu berasaskan petai

    ReplyDelete
  20. Haah la Kak jm ingtkn da petai kat dlm katipap tu hihi..jgn mrh Kak suria

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......