Thursday, August 20, 2015

ASMARA ORANG PENCEN

Lawak Tengahari

Di suatu malam yang dingin, di dalam sebuah bilik yang sederhana besar, di atas katil....... sepasang suami isteri yang telah lanjut usia baru masuk tidur.

Suaminya telah mula mengantuk tapi isterinya terbangkit perasaan ghairah malam itu....

Si isteri bersuara,

"Dulu-dulu tu..... abang selalu pegang tangan saya bila kita nak tido."

Suaminya dengan separuh sedar, menggenggam tangan isterinya, lepas tu mula mengantuk semula.

Beberapa ketika lepas tu, si isteri bersuara lagi,

"Kemudian tu.... abang selalu cium saya."

Si suami dengan rasa terganggu, mengangkat kepalanya dan menyentuh bibirnya ke pipi si isteri.

Lepas tu sambung tido balik.

Selepas beberapa saat, si isteri bersuara lagi,

"Kemudian tu.... abang selalu gigit-gigit leher saya......."

Dengan perasaan marah dan geram, si suami melontar selimutnya dan bangun dari katil tu.

Si isteri bertanya, "Abang nak gi mana tu?"

Dengan marah suaminya menjawab,

"Nak gi amik gigi la ni!!!"

Hahahahahaha....macam ni pun boleh...

15 comments:

  1. hahahaha..mmg kelako..naseb baik ade gg palsu :P

    ReplyDelete
  2. Kemudian tu, pas sisuami amek gigi dia, gigit leher si isteri, sisuami pun bisik, 'yang, nak seround ke 2 round'.,

    senyap jeer., harhar2, siisteri dah lama tido masa sisuami tgh amek dan pasang gigi dia tadik., punyela lama smpi tertido ., hikhik2

    ReplyDelete
  3. moral of the story: Lenkali nak manja-manja.. pastikan dah pakai gigi palsu.. hehehe..

    ReplyDelete
  4. Aduhai, kelakar betul. Beginilah nasib orang dah pencen ~_^

    ReplyDelete
  5. wakakakakkaka..joke of the day ni kak.. hahahhaa..

    ReplyDelete
  6. hahahah ok ni kelakar. gelak aku sensorang.
    husband pun pelik hahahha

    ReplyDelete
  7. hahhaha, sengal..mesra orang tua, bini dia lupa kaaa, laki dy takdak gigiii lagiii, hhahaha

    ReplyDelete
  8. Haha..tension org tua tu..Kesian..lawan jga :)

    ReplyDelete
  9. Hhaha memg lawak, lahai ada2 ja

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......