Product Kecantikkan Dan Penjagaan Wajah Etude House
Hi korang...
Haih..lambat bersiaran hari ni kan...bz dengan half year appraisal..dengan tengah demam tapi pergi jugak kerja..hari ni ikutkan x tau nak update pasal apa...tp dalam draft dah ada gambar ni...aku up jer la..
Soothing Gel Aloe Vera ni merupakan krim yang sangat lembut untuk kulit muka, badan dan rambut..so far aku baru guna untuk kulit muka..masa bila korang harus memakainya? Korang boleh memakainya ketika selepas mandi waktu pagi dan gunakan sebelum tidur. Memang best jer pakai sebab sejuk di muka...sapu ke seluruh muka dan biarkan ia meresap ke dalam kulit...memandangkan product ni tidak di lindungi SPF maka elok korang amalkan pakai di waktu malam sebelum tidur dan biarkan ianya bertindak atau bekerja untuk memelihara kulit korang..ini menurut apa yang di terangkan oleh salesgirl tu la...tapi serius memang best krim ni...dah 3 hari aku pakai dan takde pun perit2 kulit ke apa...elok jer...nak tido pun nyaman jer muka kan...cuma aku belum la pakai untuk satu badan ke apa...
Harga sangat berpatutan RM46 sebekas ni..300ml dan boleh tahan untuk 2 bulan..untungnya ari tu aku pi Etude House One Utama ada promosi buy 1 free 1...dah jimat kat situ dah...
Special thanks to @lunajesz sebab recommend kan product ni...memang bagus sebab aku tgok kulit muka dia pun cantik...memang dia amalkan setahun yang lalu pakai soothing gel ni...yang penting korang kena bersihkan muka dari sebarang bentuk kekotoran especially mekap sebelum gunakan soothing gel ni...
Jangan lupa kalau nak cuba boleh dapatkan di Etude House di mana2 cawangan yang berhampiran ngan korang...kalau masih ada lagi promosi buy 1 free 1 memang best la...bukan untuk product soothing gel aloe vera ni aje tapi untuk product2 lain jugak...
dapat cantik2 kan best...sharing is caring kan....
wow syoknya dapat manjakan kulit wajah dengan gel ni :)
ReplyDeletealoe vera memang terbaik,kita nampak natural beauty gitu :-)
ReplyDeleteAlaaaaaa bestnyaaaa.nak beli lah.
ReplyDeleteeemm.. macam nak cuba utk dak Kakak.
ReplyDeletemesti rasa kulit lembap dan lembut je kan :)
ReplyDeletemcm besttt jerrr, nanti nak try gak laaa,,, ~ kalau kt badan bole, lg bagus gak tuuuu~
ReplyDeletenk letak kat tumit kakiii, huhuu~
rasailah lembut nya kulit sepertii bayiiii ~ ewahhhh, hehe
ReplyDeletesejuk ja kan pakai aloe vera nih..
ReplyDelete