Thursday, July 30, 2015

Soal Mak 7 Anak vs Beranak Ramai..

Di Kelilingi Anak Yang Ramai murah rezeki

Hi Korang..

Macam ni la agaknya kalau aku ada anak ramai...hehehe..nampak tak lebar senyum aku di kelilingi anak2 yang ramai...padahal anak aku sorang je kat dalam gambar ni..hehehe....yang lain2 anak buah, anak sedara dan jugak adik sepupu.....dah tua pun aku ada adik sepupu yang kecik tau...tu yang sebelah kiri aku baju tido kaler kelabu tu...

Kadang-kadang terfikir macam mana la diorang manage anak yang ramai kan...especially zaman dahulu kala yang mana mak-mak kahwin umur belasan tahun dan ada anak sampai berbelas-belas..macam mana la susah payah diorang jaga anak dengan tiada kemudahan seperti sekarang...lagi plak xde kemudahan hospital dan hanya bersalin di rumah..elok je membesar anak-anak tanpa ada masalah lain kan....cuma zaman sekarang je...ada jugak sepupu aku yang jarak antara anak sulung dan anak ke dua serta seterusnya rapat...sangat2 rapat..selang setahun...kadang-kadang terfikir nak salahkan lelaki ke perempuan or memang diorang dah plan macam tu..cuma kesian la kat anak sulung atau anak ke 2, blom cukup kasih sayang dah ada adik..bayangkan si abang baru setahun dah ada adik..erm...kalau aku memang x tau nak manage la...aku bukan mengutuk ye...aku cuma keliru...jauh sekali mempertikaikan sesiapa sahaja...


macam mana la perasaan ada anak ramai


masing2 dengan gaya masing2...


amboi si kembar Adeliya...pandai pose...

pretend la sekejap nak feeling2 ada anak ramai...tp x feel la..hahaha...agak2 la...anak sorang tp berangan nak anak ramai...sekarang nak merasa beranak ramai memang takde la kan...dengan ekonomi yang tak tentu hala..nak kena fikir bab pembelajaran dia nanti...ye tak...lagipun dengan faktor umur yang cenggini x mungkin la nak beranak ramai...kalau dapat lagi sorang pun dah cukup dah tu...hehehe..tp orang tua2 cakap kalau ada anak ramai ni rezeki murah...memang serik mula-mula..tp bila masing dah membesar insyaallah rezeki bertambah-tambah...so..korang yang muda-muda tu kalau nak tambah anak elok la dari sekarang...jangan tunggu umur macam aku...sorang ke dua orang boleh la kot...

Setiap anak ada rezekinya kan...setuju?

21 comments:

  1. beranak ramai ....seronok bila melihat anak semua berjaya tapi kalau sebaliknya...menangis dlm hati
    ibu bapa kena kuat ekonomi , dan tahu ilmu mendidik

    ReplyDelete
  2. meriah anak ramai ni..memang bermacam ragam.masing masing ada rezeki masing masing kan. Memang hebat kalau mereka yang ada anak ramai ni.

    ReplyDelete
  3. hehehe...ummul ank sulong dr 7 beradikk..mmg slalu kena jaga adikkk...huhuhuhuhu..tpi bila dah besar seronokkkk..meriahhh sgt

    ReplyDelete
  4. setuju sgt walaupun anak akak pun sorang je :)

    ReplyDelete
  5. tunggu kembar i besar dulu SA insyaAllah nak tambah sorang lg hahahaha..nak cari gegurl pulak..dah ada 4 hulubalang dah ni..sian mama tak de geng hikhik

    ReplyDelete
  6. memang kagum orang yang beranak ramai ni.. termasuk mak saya. jarak rapat2 pulak saya dengan adik beradik. Tapi tu la dulu kecik2 memang ada orang macam tak suka.. sebab ramai.. depa anak 2 3 orang jer.. tapi bila besar mula nak menyendeng sebab yang anak ramai ni lebih senang dari anak yang sorang dua..

    ReplyDelete
  7. anak ramai & rapat rapat masa kecik mungkin nampak stress nak handle, tapi bila dah besar seronok tengok meriah & mcm kwn kwn je. Teringin nak anak ramai, tp setakat ni rezeki 3 orang je pun dah syukur sgt :-)

    ReplyDelete
  8. anak ramai masa kecil jer yang berkecamuk nak menguruskan tapi bila dah besar2 meriah rasanya.....

    ReplyDelete
  9. shark entahler cmner nanti..
    ada ramai rezeki
    beruntung kalau ramai2 semuanya menjadi bila besar.
    senang idup tua nnti.

    ReplyDelete
  10. Anak ramai best..cuma sekarang macam-macam leh jadi..dah maju..tunkadang2 orang takut nakmanak ramai..tapi kalau pikir positif boleh je anak ramai...heeh

    ReplyDelete
  11. rasanya diorang bleh manage sbb diorang x keje kot..
    hehe CT pun ada adik spupu beza umur kami 25 tahun.. org bleh ingt tu anak CT dah =P

    ReplyDelete
  12. anak daya baru dua setakat ni..itu pun dah rasa kelam-kabut..

    ReplyDelete
  13. Meriah dapat anak ramai. :)

    ReplyDelete
  14. Respek org yg beranak ramai! Saya dgn 3 org ni ponnnn...udah2 la, i surrender...haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul.. sama gak dengan ai.. cukuplah dengan yang ada ni.. Alhamdulillah.. syukur..

      Delete
  15. setiap anak Allah dah set rezeki dia..
    Insya Allah

    ReplyDelete
  16. setuju, betul, setiap anak ade rezekinyaa....

    mcm nona tgk tv , citer bersamamu, even dorg org susahh, n anak ramai jer, tp............. rezeki tak putus.... kais pg mkn pg, punn still rezekiii.... kan <>

    ReplyDelete
  17. tambah lg la kak, anak lg sorg, dh tua nanti, bole tlg2, hehe..atau.bile kite dh xde,,,,dia jua yg mndokaan, btol takkk~

    ReplyDelete
  18. ya setuju.. setiap anak ada rezeki masing-masing.. itulah tak mampu laa dengan zaman sekarang nak ada anak seramai macam tu.. ada lingkungan 3-4 orang pun dah ok..

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah