Puasa Sebulan Tewas Apabila Syawal Tiba
Kebanyakkan kita tewas apabila bertemu Syawal. Mana tak nya...pelbagai juadah disediakan di setiap rumah yang dikunjungi apatah lagi di Majlis2 Rumah Terbuka...Untuk itu aku nak share sedikit info yang aku jumpa dan memang worth it untuk kita sama2 amalkan....jom tengok...
- Rancang Perjalanan Dan Jumlah Rumah yang Dikunjungi - Atur waktu makan anda dengan bijak ketika menghadiri rumah terbuka. Sekiranya anda hadir ke rumah terbuka pada pukul 11 pagi, sebaik- baiknya anda ambil hidangan waktu tengahari. Rumah ke dua anda ambil hidangan waktu petang dan Rumah ke tiga ambil hidangan makan malam.
- Pilih Makanan Yang Rendah Kalori - Pilih makanan yang rendah kalori seperti buah-buahan segar dahulu sebelum mengambil makanan yang lain. Utamakan makanan yang dimasak tanpa menggunakan santan atau menggunakan minyak yang sedikit sahaja
- Ambil Makanan Dlam Kuantiti Yang Sedikit- Guna pinggan yang bersaiz kecil untuk mengelakkan pengambilan makanan yang banyak. Elakkan duduk berhampiran dengan meja hidangan kerana akan menyebabkan anda mudahuntuk mencapai makanan dan cenderung untuk mengambil makanan secara berlebihan.
- Elak Mengambil Makanan Berulang-ulang- Pastikan anda tidak mengambil makanan secara berulang bagi mengelakkan makan berlebihan. Ambil makanan secukupnya untuk mengelakkan dari pembaziran. Makan dengan perlahan dan dan nikmati makanan yang anda ambil.
- Utamakan Minum Air Kosong - Pilih air kosong sebagai minuman utama anda berbanding minuman berkarbonat atau minuman manis. Bawa bekalan air kosong sekiranya tuan rumah tidak menyediakan air kosong
Kawal Kalori Makanan
Cara terbaik untuk mengawal diri daripada makan berlebihan adalah dengan mengawal kalori makanan. Tidak sukar melakukannya kerana seseorang boleh mengagak sendiri apa yang tidak diperlukan oleh badan. Kita boleh mengelakkan dari mengambil makanan berkalri tinggi dengan menukar kepada makanan yang berasaskan air seperti sup atau soto, sayur-sayuran atau buah-buahan.
Selain kaya dengan serat,vitamin, mineral dan rendah kalori, buah-buahan jenis ini memberi kesan yang mengenyangkan untuk sementara sekaligus dapat mengikis nafsu untuk menikmati banyak hidangan selepas itu.
Sistem Perkumuhan Normal
Bagi tubuh badan yang normal sesorang perlu membuang air besar minimum sekali sehari. Jika tidak langssung menbuang air, ini bermakna badan telah kekurangan air dan serat dan anda perlu menilai kembali keperluan badan mereka
Kita semua perlu bijak dalam mengambil makanan yang dihidangkan apabil berkunjung ke rumah terbuka.Apabila berkunjung ke rumah tetangga atau saudara mara memadai lah dengan mengambil hidangan secara ala kadar sahaja.
Semoga kita semua tidak ditimpa sebarang kesakitan ketika hari raya kerana kebanyakkan yang update media social dengan keluhan sakit perut, sebu dan cirit birit...bila dah sakit mood raya pun merudum kan...masa raya ni la kita nak ziarah menziarahi...kan?
good sharing..:)
ReplyDeletesharing is caring
Deletekat kelantan xbanyak open house..:)
ReplyDeletekat KL sentiasa ada malah banyak giler
Deletehe he he, bagus sangat akak up entri ni kak long oiii... ni dah mula musim rumah terbuka pula nih...
ReplyDeleteada yang x pentingkan bab ni kan masa menghadiri rumah terbuka...sharing is caring dik..
DeleteNasib baik kat tempat Azwar, tak banyak open house.. heeh
ReplyDeletesalam aidilfitri maaf zahir batin,
ReplyDeletesharing is caring kann ;p
Hari pertama.. 1 Syawal ai dah tewas.. sakit perut gara-gara dok hadap rendang.. huhuhu.. paling takut berat naik.. uwaaaa...
ReplyDeletejemputan rumah terbuka dah mula datang...
ReplyDeleteFiad setakat ni umah terbuka hanya 1 tempat jer..tu pun dekat Kelantan..
ReplyDeletemakan nasik dengan air suam jer...nasik pun tak tambah...kuih muih tu makan la sebutir dua...
takut kena penyakit pulak..nasib baik baju pun still muat...tak macam tahun2 sebelum ni..makan tak ingat dunia..
raya ni tergoda tengok juadah raya yang jarang jumpe..apepun makan sikit rasa cukuplah :)
ReplyDeleteNONA MAKAN SEKADAR UNTUK MERASA...... tapi bila dah ade dua open house, perghh... kenyang amat, sbb bile merasa tu, bukan secubit, mesti nk berkuah, n smua nk try...
ReplyDeletedgn briyani nye, nasi lemak, kuih muih, kek coklat, buburrrr..... aishhhhhh >__<