Wednesday, July 29, 2015

Ikan Bakar Che Yah Sri Melaka Jalan Bellamy

Medan Ikan Bakar Jalan Bellamy Menjadi Tumpuan Makan Tengahari

Hai korang...last week aku pi makan tengahari di Medan Ikan Bakar Jalan Bellamy, lama dah tak terjah kat situ..tekak terasa nak makan ikan bakar...tp nak makan kat situ je....syukur sangat2 sebab akhirnya dapat makan kat sini.. tak leh selalu sangat terjah...sebulan sekali atau 2-3 bulan sekali baru best dan rasa feel tu kan..

seperti kebiasaan jom tgok apa aku makan....


sotong bakar...agak terlalu kering...tp sedap jer...


kasik zoom sket...


sesenduk je nasi dan tauge kasar goreng


sambal ikan bakar


sambal kicap


3 ekor ikan keli bakar....awesome...dalam ni nampak 2 ekor sebab sekor dah mkn

Total Damage kat sini : RM40 


berita tentang Medan ikan bakar Che Yah Seri Melaka di utusanonline.com.my..saje share kat sini...
glamaur dah gerai ni sebab rasanya dia nyer gerai je yang so far kena ngan tekak aku ...yang 2 lagi tu x kena langsung...


Deretan gerai ikan bakar di Jalan Bellamy di sini, merupakan lokasi tumpuan orang ramai pada waktu makan tengah hari.

Dengan aroma ikan yang dibakar menusuk hidung pastinya membangkitkan selera pelanggan.
Bagi yang kerap singgah di kawasan itu sudah tentu tidak asing dengan ikan bakar yang di­sajikan di gerai Che Yeh Seri Melaka.

Menurut pemiliknya, Kamariah Dorani, 56, dia menjual pelbagai jenis ikan bakar antaranya ikan pari, keli, terubuk, siakap, tilapia, cencaru dan kembung. Sotong bersaiz besar, udang dan kerang juga terdapat di gerainya.

Katanya, lagi, keistimewaan ikan bakar yang di gerainya terletak pada keenakan air asam yang dihasilkan daripada resipi turun-temurun.

“Ikan pula diperap bersama bahan-bahan seperti cili api, cili merah,­ tomato, limau kasturi dan asam jawa selama lebih kurang dua hingga tiga jam sekali gus menjadikan hidangan ini lebih enak,” katanya­ ketika ditemui Utusan Malaysia di sini, baru-baru ini.

Menurutnya, harga bagi ikan bakar juga sangat berpatutan iaitu antara RM7 hingga RM25.

Harga bagi sotong, udang dan kerang bakar pula antara RM3 hingga RM20.

Beroperasi pada pukul 10.30 pagi hingga 4 petang (kecuali Jumaat) gerai ini terletak di No. 2, Jalan Bellamy, Bukit Petaling, Kuala Lumpur.

SUMBER

31 comments:

  1. belakang istana ni.. I pun suka makan kat situ.. bak kata u.. once a while ok lah.. coz kat situ panas.. makan ikan bakar lagi buat meleleh air peluh & segala air hidung hihi
    1 lagi tempat ikan bakar best, kat Tanglin.. air asam dia 3 hari tak hilang kat tangan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada dengar gak pasal Tanglin tu..nanti nak pi sana la...

      Delete
  2. Kecur air liur nengoknya ni. Huhu :D

    ReplyDelete
  3. Kalau lambat mesti habis.. takpun ramai org..

    ReplyDelete
  4. Hui besarnya sotong dia..kecur tengok air asam tuh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang diorang guna sotong yang besar2 la Sue

      Delete
  5. Replies
    1. alamak mak yong dah nampak....ajak hubby makan kat sini eh..Jumaat tutup tau...

      Delete
  6. Sedapnya tgk ikan bakar tu...tp jauhla plak nk ph

    ReplyDelete
  7. blogwalking ...lapa la pulak..tgk sotong tu..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. alahai....tgok sotong terus lapar eh...sabar eh...

      Delete
  8. yummy...tetiba rasa nak gugel resipi sotong bakar...
    hehehe....

    ReplyDelete
  9. pernah pergi sekali..
    tp jalan mcm konfius nak cr..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah kan..akak harap cik abe tu je la yang bawak

      Delete
  10. dulu masa kerja kat KL..selalu makan kat situ...sedap

    ReplyDelete
  11. dh lama xgie makan ikan bakar kat belakang istana..falsya kan kak nk makan ikan bakar tp xnk area kl..nak gie kat alai..wakakakka..gile teruk kemain jauh nak makan ikan bakar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat alai pun dah x berapa best dah Falsya...hehehe...teruk nau ngidam eh tuh...

      Delete
  12. perghh...sedapnya sotong bakar tu..meleleh air liur tengok kuah asam tu..adeshhh

    ReplyDelete
  13. ikan keli ngan sambal kicap memang kick sngt laaa Kak Suria..

    ReplyDelete
  14. adehhhh, dahla tengah on diet, tgk nii, rase cam nak lahap semuaaaa, hehe..tp tga diet memg elok makan bakar2, panggang2, gituu~

    sy memang sukerr makan ikan bakarr, nak2 makan kt restoran tepi laut, memang feveret kuuuu~

    LAPAQ OIIIIII, huuuuu

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah