Friday, July 31, 2015

Chicken Salad Lunch Today...

Chicken Salad Swiss Oven

Aku mengalami masalah kekeliruan selera...ekceli tekak tengah sakit..memang nak cari sup2 je..pas tu masing2 malas nak pi NuSentral..erm..pi Swiss Oven je la..nak order Shrimp Spicy Olio...dah habih plak...alahai sedihnya la hatiku....perut yang dah lapar merajuk order jer la Chicken Salad ni...tambah topping Thousand Island...xde la kenyang sangat...tp ok la


For me menu Chicken Salad ni sesuai untuk mereka2 yang diet...dengan sayur-sayuran yang sangat2 segar dan makan krupp krapp...siap ada cheese...x ingat plak nama cheese tu...parmesan ke apa ntah...abaikan lah...

Masa aku draft entry ni dah kul 6.30pm..tetiba perut aku lapar semula...alahai...tadi takde selera...ni aku masih kat opis...masih blom balik lagi....takpe la..malam kang la ajak cik abg tu pi makan..nak cari mee sup jugak la...tekak ni sakit..badan pun masih rasa nak demam..banyak betul dugaan...sakit tu penghapus dosa kan...aku bukan maksum sampai xde dosa langsung...eh..eh....

Sydney Oh Sydney...

AUSTRALIAN SOUVENIER KEY RING

Orang Ostolia memang tak sebut key chain kot...diorang sebut Key Ring erk...


Bertambah lagi koleksi yang ada sekarang...ada tersimpan dalam kotak..asyik berpindah randah jer kan...thanks to Hj Burn sebab x lupa bagi souvenir walau ke mana je dia pi bercuti..
Ekceli dah banyak souvenir dari Australia yang aku dapat...entah bila nak sampai ke sana x tau la kan...kalau dapat pi kan best...mudah-mudahan satu hari nanti aku dpat ke sana jugak...mana la tau ada rezeki plak nanti...

Soothing Gel Aloe Vera Etude House....

Product Kecantikkan Dan Penjagaan Wajah Etude House

Hi korang...

Haih..lambat bersiaran hari ni kan...bz dengan half year appraisal..dengan tengah demam tapi pergi jugak kerja..hari ni ikutkan x tau nak update pasal apa...tp dalam draft dah ada gambar ni...aku up jer la..

Soothing Gel Aloe Vera ni merupakan krim yang sangat lembut untuk kulit muka, badan dan rambut..so far aku baru guna untuk kulit muka..masa bila korang harus memakainya? Korang boleh memakainya ketika selepas mandi waktu pagi dan gunakan sebelum tidur. Memang best jer pakai sebab sejuk di muka...sapu ke seluruh muka dan biarkan ia meresap ke dalam kulit...memandangkan product ni tidak di lindungi SPF maka elok korang amalkan pakai di waktu malam sebelum tidur dan biarkan ianya bertindak atau bekerja untuk memelihara kulit korang..ini menurut apa yang di terangkan oleh salesgirl tu la...tapi serius memang best krim ni...dah 3 hari aku pakai dan takde pun perit2 kulit ke apa...elok jer...nak tido pun nyaman jer muka kan...cuma aku belum la pakai untuk satu badan ke apa...


Harga sangat berpatutan RM46 sebekas ni..300ml dan boleh tahan untuk 2 bulan..untungnya ari tu aku pi Etude House One Utama ada promosi buy 1 free 1...dah jimat kat situ dah...



Special thanks to @lunajesz sebab recommend kan product ni...memang bagus sebab aku tgok kulit muka dia pun cantik...memang dia amalkan setahun yang lalu pakai soothing gel ni...yang penting korang kena bersihkan muka dari sebarang bentuk kekotoran especially mekap sebelum gunakan soothing gel ni...

Jangan lupa kalau nak cuba boleh dapatkan di Etude House di mana2 cawangan yang berhampiran ngan korang...kalau masih ada lagi promosi buy 1 free 1 memang best la...bukan untuk product soothing gel aloe vera ni aje tapi untuk product2 lain jugak...

dapat cantik2 kan best...sharing is caring kan....

Thursday, July 30, 2015

Laksa Rizalman Ibrahim..

Masakan Selebriti Terkenal

Hi korang..jom tengok resepi dr selebriti terkenal..share dr FB dia je.  

sumber FB

Laksa Rizalman.


Sebelom masak tanamkan niat untuk jamu oghang makan, baca alam nasyroh dan selawat banyak2 bagi jadi apa yang nak buat.

Cara2 nya: sughoh maid kupaih bawang, sebab benda paling segan nak buat. Mishin cabai kering, belacan,cabai melaka dan semua bawang2( tak tepi dulu). Sebelum tu hang rebuih ikan temenung, untuk sukatan ni dalam 30 ekoq. Rebuih sekali dengan asam gelugoq dalam lima nam kepin. Sejat naik ikan dan seghedak dia. Ayaq rebuih TOLONG jangan lempaq buang!. Sughuh maid lagi sekali perisi ikan tu( pun segan nak buat part tu). Asingkan isi dan tulang2 semua ( letak tepi dulu). Hang bagi didih balik ayaq rebuih ikan tadi dan bubuh bahan2 yang di mishin tadi semua sekali ghumm dalam pegheyok. Isi ikan dimishin bagi haluih dan bubuh satu tin sardin juga dimishin. Tulang2 ikan juga dimishin haluih dan ditapeh ayaq dia sebelum masuk pegheyok. Nangnaih juga dimishin bersama asam gelugoq yang dah kembang masa rebuih dgn ikan tadi( resepi laksa banyak pakai blender sunguh).Batang nangnaih pun hang buh skali. Bubuh pulak lagi ayaq asam jawa dan ayaq gula melaka pekat. Keghat bunga kantan belah dua dan lempaq masuk dengan daun cenohom sekali. Kacau dan ghasa. Kalau ada apa koghang hang tambah la sendighi.. Laksa sedap kalau kuah dia kita biaq semalaman. Tapi nampak gaya macam nak makan la ni ja?? #daridapurrizalman


Sempoi cara dia terjemahkan resepi..gelak besar aku baca...

Kuiz FB dikatakan Game Tilik Nasib?



Kelakar la...

Habis semua plak x boleh...orang stress kerja saje suka2 main kuiz ni..dikatakan macam xde iman la plak...susah tul la ada ustajah FB ni...ada je yang nak dijadikan bahan...kalau x suka tgok or x nak buat tak payah buat..x payah la nak jadikan viral..xde pun niat aku nak menilik nasib...just suka2 je pun...susah bila ada yang mentality macam ni..tak leh nak bezakan permainan dan kenyataan...wake up la...banyak lagi benda aku nak buat selain dari menilik nasib...thanks to someone yang PM aku tadi and siap cakap aku takde iman menyokong game yahudi buat untuk sesatkan umat islam,,kalau ko rasa ko tak sokong mana2..pesal ko ada FB erk...poyo lebih la lu...takpe la..dah selamat aku unfriend ko..aku tak perlukan orang2 negative di sekeliling aku....

Soal Mak 7 Anak vs Beranak Ramai..

Di Kelilingi Anak Yang Ramai murah rezeki

Hi Korang..

Macam ni la agaknya kalau aku ada anak ramai...hehehe..nampak tak lebar senyum aku di kelilingi anak2 yang ramai...padahal anak aku sorang je kat dalam gambar ni..hehehe....yang lain2 anak buah, anak sedara dan jugak adik sepupu.....dah tua pun aku ada adik sepupu yang kecik tau...tu yang sebelah kiri aku baju tido kaler kelabu tu...

Kadang-kadang terfikir macam mana la diorang manage anak yang ramai kan...especially zaman dahulu kala yang mana mak-mak kahwin umur belasan tahun dan ada anak sampai berbelas-belas..macam mana la susah payah diorang jaga anak dengan tiada kemudahan seperti sekarang...lagi plak xde kemudahan hospital dan hanya bersalin di rumah..elok je membesar anak-anak tanpa ada masalah lain kan....cuma zaman sekarang je...ada jugak sepupu aku yang jarak antara anak sulung dan anak ke dua serta seterusnya rapat...sangat2 rapat..selang setahun...kadang-kadang terfikir nak salahkan lelaki ke perempuan or memang diorang dah plan macam tu..cuma kesian la kat anak sulung atau anak ke 2, blom cukup kasih sayang dah ada adik..bayangkan si abang baru setahun dah ada adik..erm...kalau aku memang x tau nak manage la...aku bukan mengutuk ye...aku cuma keliru...jauh sekali mempertikaikan sesiapa sahaja...


macam mana la perasaan ada anak ramai


masing2 dengan gaya masing2...


amboi si kembar Adeliya...pandai pose...

pretend la sekejap nak feeling2 ada anak ramai...tp x feel la..hahaha...agak2 la...anak sorang tp berangan nak anak ramai...sekarang nak merasa beranak ramai memang takde la kan...dengan ekonomi yang tak tentu hala..nak kena fikir bab pembelajaran dia nanti...ye tak...lagipun dengan faktor umur yang cenggini x mungkin la nak beranak ramai...kalau dapat lagi sorang pun dah cukup dah tu...hehehe..tp orang tua2 cakap kalau ada anak ramai ni rezeki murah...memang serik mula-mula..tp bila masing dah membesar insyaallah rezeki bertambah-tambah...so..korang yang muda-muda tu kalau nak tambah anak elok la dari sekarang...jangan tunggu umur macam aku...sorang ke dua orang boleh la kot...

Setiap anak ada rezekinya kan...setuju?

Wednesday, July 29, 2015

Ikan Bakar Che Yah Sri Melaka Jalan Bellamy

Medan Ikan Bakar Jalan Bellamy Menjadi Tumpuan Makan Tengahari

Hai korang...last week aku pi makan tengahari di Medan Ikan Bakar Jalan Bellamy, lama dah tak terjah kat situ..tekak terasa nak makan ikan bakar...tp nak makan kat situ je....syukur sangat2 sebab akhirnya dapat makan kat sini.. tak leh selalu sangat terjah...sebulan sekali atau 2-3 bulan sekali baru best dan rasa feel tu kan..

seperti kebiasaan jom tgok apa aku makan....


sotong bakar...agak terlalu kering...tp sedap jer...


kasik zoom sket...


sesenduk je nasi dan tauge kasar goreng


sambal ikan bakar


sambal kicap


3 ekor ikan keli bakar....awesome...dalam ni nampak 2 ekor sebab sekor dah mkn

Total Damage kat sini : RM40 


berita tentang Medan ikan bakar Che Yah Seri Melaka di utusanonline.com.my..saje share kat sini...
glamaur dah gerai ni sebab rasanya dia nyer gerai je yang so far kena ngan tekak aku ...yang 2 lagi tu x kena langsung...


Deretan gerai ikan bakar di Jalan Bellamy di sini, merupakan lokasi tumpuan orang ramai pada waktu makan tengah hari.

Dengan aroma ikan yang dibakar menusuk hidung pastinya membangkitkan selera pelanggan.
Bagi yang kerap singgah di kawasan itu sudah tentu tidak asing dengan ikan bakar yang di­sajikan di gerai Che Yeh Seri Melaka.

Menurut pemiliknya, Kamariah Dorani, 56, dia menjual pelbagai jenis ikan bakar antaranya ikan pari, keli, terubuk, siakap, tilapia, cencaru dan kembung. Sotong bersaiz besar, udang dan kerang juga terdapat di gerainya.

Katanya, lagi, keistimewaan ikan bakar yang di gerainya terletak pada keenakan air asam yang dihasilkan daripada resipi turun-temurun.

“Ikan pula diperap bersama bahan-bahan seperti cili api, cili merah,­ tomato, limau kasturi dan asam jawa selama lebih kurang dua hingga tiga jam sekali gus menjadikan hidangan ini lebih enak,” katanya­ ketika ditemui Utusan Malaysia di sini, baru-baru ini.

Menurutnya, harga bagi ikan bakar juga sangat berpatutan iaitu antara RM7 hingga RM25.

Harga bagi sotong, udang dan kerang bakar pula antara RM3 hingga RM20.

Beroperasi pada pukul 10.30 pagi hingga 4 petang (kecuali Jumaat) gerai ini terletak di No. 2, Jalan Bellamy, Bukit Petaling, Kuala Lumpur.

SUMBER

Doktor Lokum Tiada Budi Bahasa & Durian D24

Semalam first time aku jumpa doctor locum yg sgt no manners..just asking if he can issue a referral letter for me to apply GL and refer my case to specialist..sebelum2 ni senang je aku dapat refferal letter dr clinic lain tiba kat klinik Kepong ni dia boleh jawab "you jumpa specialist ka..jumpa you punya tuhan sekali pun kalau you tak makan ubat dari klinik ini memang tak da guna, from this record I don't see you come here every month or often to monitor your problem"

Ada ke patut seorang doctor cakap macam ni kat pesakit? The best part is doctor yg rawat aku tu takde and dia gantikan..memang mendidih darah aku...sebelum aku jadi lg kurang ajar dan bertindak di luar kawalan..selamba aku keluar tanpa tunggu dia teruskan ayat dia..hanya aku jarang datang klinik tu dan dapatkan rawatan dari klinik2 lain jadi masalah pada dia?

Tak boleh ke dia cakap "puan dr record yg kami ada puan jarang datang klinik ni so..why not puan teruskan rawatan di sini untuk beberapa bulan sebelum kita refer puan pada specialist, let Dr Abd Rasid monitor masalah puan dulu if tak ok jugak then kita keluarkan referral letter seperti yang puan request.

Itu ayat yg selalu aku dapat dari doctor2 klinik lain. Aku just perlukan GL untuk dapatkan full medical check up from specialist dan untuk itu aku perlukan refferal letter..ingat aku suka2 ke nak pi jumpa specialist. .

Memang aku takkan jejak lagi la klinik dia ni..waima emergency sekalipun..unlucky me la tonight sbb Dr Abd Rasid tu takde malam ni..kalau dia ada takkan jadi macam ni..sebab tu aku tak suka doctor locumn..sebab dia tak tau masalah aku macam mana..cuma aku tak dapat nama dia je tadi..kalau dapat....

Doktor locum mmg ada one kind of attitude ke?


Panas hati punya pasal dgn doktor tu..aku makan durian D24 2 bijik...lantak la...biaq panas nak tidoq sat lg..uncle tu pandang pelik ja...sib baik peghut cheq kenyang..kalau tak mau up lg sebijik..


uncle sedang pilihkan buah terbaik untuk kami makan...memang pelik cara dia pilih siap goncang2 buah tu...tanya jugak kenapa dia goncang...dia kata mau dengar bunyi...kalau bunyi ada bagus baru bagi u makan...ini durian kena pandai pilih ma..kita mau customer puas makan...

giler cantik isi dia dan lazat berkrim...sedap wehhhhhh.......amik 2 biji x sampai RM50 pun....ye la makan je kan....kalau up sebijik lagi sure mahal gak...

Puas hati aku masih ada sampai hari ini...walau gagal dapatkan referral letter untuk dapatkan GL...aku akan cuba dapatkan jugak..memang kena buat full medical check up jugak...tak boleh tak sebab sekarang aku kerap sakit kepala..darah naik tinggi...pemakanan pun dah jaga dan kawal sebaik2nya....tapi masalah tu tetap menghantui... tak salah rasanya aku mintak referral letter..just untuk dapatkan GL nak jumpa specialist je...yang doc tu pi sound aku macam tu siap sebut tuhan plak apa hal kan...

Chicken Wing Sedap & Ketam Nipah Sweet Sour

Makanan Sedap Dan Halal Di Petaling Jaya

First time makan kat Fatty Crab Restaurant...tgok review-review kawan2 blogger memang ramai cakap sedap..sesuai untuk semua pencinta2 Ketam...selain dari ketam ada jugak diorang jual chicken wings yang sangat2 awesome, bukan grill sebaliknya chicken wing yang di goreng...sampai2 jer time masa tu dah pukul 8.00 malam..kena beratur plak dulu sebab ramai kat sini...tak lama pun beratur lepas tu dapat tempat...aku plak jenis blurr skit..first time makan kat sini.....so leave it to yang biasa makan kat sini...


pandang sekali lagi memang menggiurkan..


sekilo ketam Nipah Sweet Sour and spicy....seksa nak makan..kena pecahkan guna tukul..kalau guna gigi aku rasa dah ramai dah patah giginya...tekstur isi ketam ni sangat2 manis dan pejal...jauh berbeza dengan ketam bunga yang selalu aku makan tu...no wonder agak mahal makan ketam nipah ni...keletuk..keletak bunyi orang menukul kat resturant ni..macam pelik plak...


sampah sarap selepas makan..nampak tak ada isi yang masih terlekat disitu...gara2 x dapat nak unggis segan konon orang tgok..


Fatty Crab Restaurant ni  halal ye...kalau rasa was-was jangan beratkan otak nak pergi so better tak yah pi dan abaikan aje restaurant ni..macam aku sendiri perhatikan memang ramai orang melayu kita makan kat sini dan restaurant ni menjadi tumpuan..

review yang aku baca kat SINI dan banyak lagi la..x kan nak up semua kat sini ye tak...jangan plak ada yang kecam aku lepas ni...pokok pangkal hati..kalau was-was x yah pergi...as simple as that...

total Damage : RM88...


Address: 2, Jalan SS 24/13, Taman Megah,
47301 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
Phone:+60 3-7804 5758

SENARAI KABINET BARU 2015

PM Umumkan Senarai Kabinet Baru 2015

Semalam PM kita umumkan senarai baru Menteri Kabinet..semalam kecoh kat mana media sosial especially whatsaap dan facebook...macam-macam viral keluar disebabkan pengumuman ini...ada yang sangat-sangat kelakar dan ada yang terlebih kurang ajar...apa2pun terpulang la pada penilaian masing-masing kan...rombakkan ni tidak dapat mengubah apa-apapun dan hidup perlu diteruskan...

paling win semalam dapat gambar yang kat bawah ni...banyak betul gambar kabinet dapur yang diorang viralkan...macam - macam warna dan design.



Berikut merupakan info sah susunan anggota jemaah menteri dan timbalan perdana menteri persekutuan yang di umumkan oleh PM semalam..


Aku tidak la terlalu taksub dengan dunia politik malah tidak pulak kurang ambil tahu...pengetahuan am ni...kena la ambil tau jugak...apapun berlaku..semoga rombakan ini mampu mengubah pandangan orang ramai terhadap politik Malaysia..mampukan mereka semua membuat perubahan besar?
just wait and see..

Souvenir Dari A.M.E.L F.A.W.Z & MEL MODA.

Orang Memberi Kita Merasa Orang Berbudi Kita Berbahasa

Hi korang...
Seronoknya di dalam dunia blogging ni bila kita menghadiri sesuatu majlis kita akan di titipkan dengan buah tangan dari pihak penaja atau organizer..setakat ni dah banyak jugak yang aku dapat..semuanya kegunaan sendiri dan ada jugak bagi kat kawan-kawan..rezeki yang ada elok di panjang- panjangkan.

Antara cenderahati yang aku terima semasa majlis berbuka puasa lepas...kalau nak up kat sini banyak sangat plak kan..so mana yang aku amik je aku up ok...


Complimentary Single Mask Relaxing Treatment


Scarf dari Mel Moda


Sampul duit raya dari Mel Moda...cantik kan...sayang nak guna..so kita guna tahun depan je la...


Seronok dapat banyak cenderahati..terasa diri ini dihargai ...tp kena la setimpal dengan kerja selepas tu yang perlu di lunaskan..bukan terus boleh lepak-lepak..rehat-rehat kan...so tanggungjawab perlu di jalankan...

Semalam ada cerita panas dan sesuatu berlaku dalam hidup aku...

Cerita yang membuatkan aku panas hati..hilang respect aku kat orang tua dan seseorang yang berjawatan tinggi...speechless la..tak sangka dia boleh berkata sebegitu...nanti aku up kat next entry...

Tuesday, July 28, 2015

My New Baby...


Hi korang..

Perkenalkan my new baby..ahaks...mengada je lebih..koleksi terbaru..sesekali reward diri sendiri..wanita dengan perfume memang x boleh dipisahkan..untuk tampil yakin dan segar setiap hari..takkan nak biar badan xde bau langsung kan..lari plak org kang..elok ada ramaikawan terus x de...
Ini first time aku beli The Body Shop yg Water Lotus ni.. sebelum ni guna yg bau rose dan White Musk..paling suka dulu Poison...memang bau dia kuat lebih dari 8 jam...lepas ni nak beli lagi la...sebab aku ada berkenan satu lagi bau...

Total damage for Body mist and eau de parfume ni RM167.90

Dapat free membership dan voucher RM15 untuk next purchase..

Tu yg buat aku x sabar2 tu...dah lama tinggalkan tabiat perfume collector ni...

Pas ni nak start balik..

Korang suka perfume jenama apa?

Jom share...



Monday, July 27, 2015

Bukan Aku Ada " Lebih"


Pernah x korang berada di dalam situasi ni?
Pernah suatu ketika I have nothing...nothing at all so hanya mampu mendengar tanpa membuat sesuatu..alhamdulillah kini aku mampu menghulur walau tidak sebanyak mana kerana aku tau betapa peritnya bila tiada apa2...walau sedikit sumbangan Insyaallah..akan digantikan dengan pelbagai rezeki mendatang...

**entry simple sahaja untuk 2 hari ini memandangkan aku sibuk dengan tugasan harian..
Will be back as usual on Wednesday..

Pemenang Top Komentator July 2015


Dah sampai masa aku umumkan pemenang top komentator untuk July 2015..seperti yang di janjikan hadiah pemenang top komentator kali ni di taja oleh 11street.my
Terima kasih kepada pihak penaja..
Tahniah kepada 5 pemenang untuk bulan ini
1. Aizamia3
2. Normi Nieza
3. Azhafizah Md Noor
4. Akif Imtiyaz
5. Diana Rashid

Tahniah sekali lagi..sangat2 menghargai usaha kalian semua..mana yang tidak bernasib baik jangan berputus asa...kita tgok untuk August 2015 pulak...teruskan usaha korang untuk dapatkan tempat pertama hingga ke 3..

Untuk bulan August dan seterusnya 3 pemenang di cari...
Selamat mencuba..

Friday, July 24, 2015

Hidangan Hari Raya 2015..

Air Tangan Sendiri Dan Adik Beradik Untuk Hari Raya 

Tahun ni beraya semuanya masak sendiri sebab mak tak sihat dan kami tak benarkan mak buat apa...berpandukan arahan dari mak alhamdulillah kami boleh buat semuanya..sendiri je masak..x yah dah suruh mak cuma kurang meriah tahun ni x buat lemang pun...

Tahun ni ada rezki lebih skit aku beli daging kambing 4kg untuk buat kari..makan ngan nasi atau nasi impit..tahun demi tahun menu kami berubah2..sebab tahun ni x beli daging..mahal giler..daging kambing ni pun murah giler..sekilo RM23..ambik sebelah peha dan tulang rusuk..cost me RM102 hengget..murah kan? ini bukan kambing tempatan tau..ini kambing Australia...beli kat Pasar Besar Seremban. Cuma sayangnya lauk kari kambing aku yang awesome tu memang lupa nak amik gambar..tak dapat aku abadikan kat dalam ni..sedihnyaaa..itu la first time aku masak kari kambing sendiri tau...


sedapnya...


sebelah peha ni ngan tulang rusuk..banyak giler daging dia..


Setiap tahun memang buat rendang itik...kami memilih itik berbanding ayam sebab itik lagi sedap..rendang kali ni pedas sikit...tapi pedas2 pun sedap


Abah suka makan yang berkuah so..asingkan untuk abah sikit utk berbuka puasa...


Bila aku upload kat FB dan IG pasal rendang udang, ada yang pelik sebab x tau udang boleh di buat rendang...boleh je...sama je kaedah masaknya cuma ayam tu tukar ngan udang...masakkan segala mak nenek bahan tu dulu dan last sekali masukkan udang..nak lagi sedap hiriskan daun kunyit...jadi la rendang


Kisahnya jadi sambal sotong ni sebab adik bongsu aku dapat sotong ni banyak so..dia bawak balik all the way dari Penang...takut rosak terus buat sambal..boleh buat makan ngan nasi impit jugak...yang ni Lisa yang masak..sedap..


Nasi impit


Kuah kacang...

Aku ada gak buat cucur udang masa raya ke 2 untuk sarapan..lupa plak amik gambar,.makan ngan kuah kacang..sedap je...

Tahun ni rumah kami tak kena serang...pelik betul...ramai yang x balik raya ke...erm..sebab xde yang call nak datang kami pun terus la kelar berjalan meneruskan misi hantar kad kahwen kat sedara mara Abah dan mak..sambi beraya sambil edarkan kad..

Aku rasa sebab musabab aku x berapa enjoy raya kali ni sebab agenda utama adalah prepareration adik aku nak kawen..itu yang kami focuskan..dah settle baru ok kot...lagipun bukan wedding dia je..bukan wedding aku jugak...tp lebih kepada majlis pihak lelaki plak on September..huiii...penat pun x abih lagi kot..walau belum berlaku tapi aku dah macam terasa2 dah...

korang pernah uruskan wedding adik beradik kan?

Sure penat kan?

Instagram Kena Attack

Kesibukkan Menyebabkan Tidak Mampu Membalas Serangan

Sesekali akaun instagram aku kena serang...di serang beramai-ramai macam ni...dari subuh pagi aku tengok..cuma x reti macam mana nak screenshot semuanya...mana yang dapat jer la...terima kasih tak terhingga korang2..rajin menyerang eh...nanti aku free aku serang balik tau...hahaha...dah menjadi medan peperangan instagram dah...



Diserang blogger Rafzan Tomomi


Diserang blogger Nina Mirza


Di serang blogger Siti Yang Menaip

Sapa lagi nak serang...

meh la serang...pas tu aku balas balik serangan korang...mana yang x add aku lagi tu..meh la add..merapat2kan silaturrahim ...terbuka buat semua blogger ye..bukan blogger pun ok..asalkan nawaitu baik bukan sebaliknya...

nak add aku kat in stagram?

search for @Rizzdania78

Kehadiran anda semua amat2 dialu2kan...no private akaun eh...even aku nyer instagram pun x private  ni sampai 31hb July 2015, pas tu aku nak kemas kinikan dan biarkan x private sampai bila2...sebabnya? Biar aku dan mereka2 yang rapat je yang tau...ahaks....

Saujana Mata Memandang, Indahnya Ciptaan Allah S.W.T

Indahnya Pemandangan Kampung Halaman Menggamit Ketenangan

Pulang ke kampung halaman sebaik sahaja selesai sembahyang raya hari tu memang sesuatu yang paling di tunggu dengan penuh keterujaan..kiri kanan boleh nampak suasana raya di perkampungan..sepanjang jalan ke Kuala Pilah di hidangkan dengan pemandangan yang segar dan saujana mata memandang..sejuk tenang jer..sesuai untuk semua yang cintakan keindahan apatah lagi melihat sawah bendang menghijau...macam karpet terbentang mengindahkan alam..cukup lengkap ciptaan allah...seolah menggamit kepulangan anak2 dari perantauan...


indah kan...tak perlu nak pi bercuti jauh2 bila kat kampung sendiri pun cantik pemandangan mcm ni


tanah2 orng kampung yang di pajak kepada orang luar..dari terbiar tak di kerjakan menjadi hutan belukar..win win situation..

Petang Isnin Ke Nilai 3

Sebelum balik ke Kepong sebab esoknya nak kerja..pergi Nilai 3 kejap mencari persiapan perkahwinan adik..barang2 nak buat gubahan hantaran..bawak dak tecik Qhaira sekali...amboi dik buas nau eh...x nak plak mama dukung tu..last2 kakak kena dukung


cubaan amik gambar ngan replika Olaf ni...pesal dia takut plak..


nanak..nanak..katanya..padahal itu la katun kegemaran dia...

precious time with family...tp sekejapan cuma...mama kembali ke medan perjuangan..berjuang mencari rezeki..itulah pengorbanan hakiki diri ini...

Semoga berjumpa lagi weekend ini kamu..kamu...dan kamu semua yang disayangi...tak beraya sakan pun takpe asalkan tanggungjawab sebagai pekerja, mama dan kakak terlaksana nanti...

Raya Kan Sebulan?

Dried Fruits from Shangri-La Hotel

Rezeki Atas Meja

Tak tau la sapa letak atass meja aku ni...masuk keja tadi tak nampak orang pun...boss pun memang pakat cuti lagi...


Dried Fruits Sedap Ke?

Aku jarang jumpa dried fruits ni so aku jarang makan dan aku tak tau sejauh mana kesedapannya bukan apa aku jenis makan buah yang fresh je..jeruk pun aku x makan sebab memang tak boleh makan..

Pagi tadi tengok ada atas meja..rasanya bos aku yang bagi ni...malas nak bukak dulu sebab x tau sapa yang bagi..nak gak rasa sedap ke tak...ada buah mangga, papaya, kiwi, strawberry kot..tak tau la sebab dh kering kan....

Sapa pernah dan selalu makan? apa rasa dia erk?

Sedap ke?

Ni Bukan Topeng..Ni Muka Saya..

Wajarkah Dia Di Hina?

Astaghfirullahhalazim...Subhanallah...kesiannya dengan adik Niaszatie ni..sepatutnya semua kesiankan dia..tp ada jugak manusia2 bodoh yang ada otak tp x guna..aku citer ni viral baru2 ni...tp aku belum da kekuatan untuk share kat blog aku ni..tapi aku terpanggil untuk share bila terbaca dari blog orang lain tentang ni...sesungguhnya aku memang kesiankan adik ni..walaupun dia dilahirkan tidak sempurna macam orang lain..aku yakin dia macam kita semua jugak...ada keinginan dan dia sangat lurus..korang baca jer la jawapan dia bila orang komen dia macam tu...lurus dan telus je jawapannya kan...

Tetapi!!!Aku lagi kesiankan pada manusia2 takde otak yang SEMPURNA sangat tu..boleh plak komen macam tu sekali...korang dah kenapa erk?nak kata buta x plak masing2 yang komen tu..dari gambar kita yang sekali tegok ni pun dah dapat agak dah ketidaksempurnaan yang dialami oleh adik ni..wajarkan dia di hina?


Kesian lah....bukan aku kesian pada adik ni...kesian aku pada adik ni lebih kepada simpati sesama manusia..aku kesiankan pengomen2 Bodoh yang tinggalkan komen ni...kenapa la diorang yg komen semua ni wujud di dunia ni...kesian kat mak ayah diorang anak2 diorang jadi biadap macam ni...cuba adik beradik dia ditakdirkan macam ni..orang kutuk hina keji bagai..agak2 apa yang diorang rasa erk?
siapa kita semua nak menghina adik ni...sempurna ke hidup korang yang menghina ni?Rupa paras kan anugerah allah...

Aku try to search kat IG adik Niaszatie ni...rupanya ramai yang support dan sayangkan adik ni...betul famous dah adik ni dengan ribuan fans. Korang di luar sana..jom support dan jadi slah seorang fans adik ni..tunjuk kan pada Haters tu semua yang ramai sokong adik yang tidak sempurna paras rupa ni..ramai je yang sayang..kalau ada blogger2 nak buat program beramai2 jumpa adik ni pun aku nak ikut..semoga ada group2 blogger yang terpanggil untuk berjumpa dengan adik ni..jauh di sudut hati memang wujud satu perasaan yang sukar untuk aku tafsirkan..sampai aku keep on fikir..pa salah adik ini?Allah maha adil kan...walau x sempurna paras rupa tp kita semua sama..makhluk ciptaan allah...

so follower dan readers blog Suriaamanda...jom ramai2 follow ig fans adik Niaszatie sebagai tanda sokongan untuk adik ini kembali bersemangat..kata2 semangat anda amat penting untuk adik ini.

Dihari Jumaat yang mulia ini..semoga doa2 insan malang ini allah permudahkan...amin...

Jom follow

@niaszatie_fans

Thursday, July 23, 2015

Hari Raya Aidilfitri 2015 Suriaamanda- Raya Kedua

OOTD Dua Beranak Di Hari Raya Kedua

Mama masih mengekalkan ootd dengan memakai baju kurung moden hasil jemari magic sepupu..kain Chiffon yang beli kat Jakarta..akhirnya jadi gak baju..ingat tak cantik baju ni...bila dah pakai rasa sangat2 selesa..pas ni memang jadi tailor aku sepenuhnya la..susah nak dapat tailor yang boleh buat baju yang sedap pakai...ikutkan besar skit baju ni sebab amik ukuran masa sebelum posa..bulan posa aku makin kurus plak kan...macam mengecut..padahal xde la diet mana pun...ni lepas raya ni tak timbang lagi...malas..sebab xde pun rasa berat naik ke apa...eh..x leh jadi...kena timbang gak ni....

Tahun ni Dania agak mewah skit dengan baju dan kasut..semuanya 3 pasang dari jenama Hush Puppies termasuk kasut...untuk Dania sorang jer RM800 mama eh berhabisan...alhamdulillah ada rezki buat dia..mama sederhana je..baju kurung moden 3 pasang, Dania pun 3 pasang dan baju biasa untuk jalan2 selepas raya 3 pasang. Kasut yang dia pakai tu lagi RM10 lagi nak cecah RM300. Sandal sepasang future papa belikan. Maunya dia tak tersenyum sepanjang masa..tgok jer la gambar2 tu ha...


mama dan Dania di hari raya ke 2..kalau mama tanggal kasut tumit memang dah nak sama tinggi dah


posing Dania


pose kat pokok Rambutan


si comel kembar ni pun sama..semuanya sedondon termasuk kasut..ada kisah tentang kasut..kelakar jugak la..sekali dia tgok kasut ni terus berkenan walau ibu tak suka..dah meraung2 kat kedai tu nak jugak maka ibunya pun mengalah...hehehehe...


jom teka mana satu kakak mana satu adik...

Alhamdulillah..ini la raya aku tahun 2015, tahun yang penuh dengan kesederhanaan. Sederhana dari segala segi. tahun ni jugak aku perasan yang aku tak amik banyak gambar...x tau la kenapa macam takde selera...takpe la..dah lepas pun raya..nanti bergambar kat rumah terbuka plak la ye...

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah