Wednesday, May 27, 2015

"Soft Launch" & Preview Lokasi Pertama Jenama DEANOOR, Metrojaya Mid Valley

JENAMA DEANOOR DI METROJAYA MID VALLEY

Apabila berbicara mengenai fesyen, sepintas yang terfikir di fikiran kita adalah mengenai pakaian atau busana. Bila berbicara mengenai pakaian, ianya adalah sesuatu yang dekat dengan kita. Berbicara mengenai DEANOOR, maka secara automatik terbayanglah Batik Moden yang elegant, contemporary serta sophisticated gah setanding jenama lain di persada fesyen kita. Batik di naikkan taraf ke peringkat antarabangsa sesuai dengan permintaan komuniti fesyen. 

Menceritakan pengalaman aku di jemput ke majlis pelancaran lokasi pertama Deanoor di Metrojaya, Mid Valley Sabtu lepas, ya allah...Diri ini terpaku terpesona dengan semua koleksi yang dipamerkan...Cantiknya....siapa kata orang muda tak suka Batik kan...

Apa tunggu lagi...Deanoor kini di Metrojaya Mid Valley, jom ramai- ramai terjah...


Jenama Deanoor kini berdiri megah  di Gedung Mewah, Metrojaya Mid Valley, Kuala Lumpur


Datin Noor Fatimah Ishak atau lebih dikenali dengan nama Datin Deanoor..very humble person masa first time jumpa di Majlis tersebut..Iron lady yang juga Fashion Designer yang berjaya membawa Batik ke persada Fashion antarabangsa.Beliau telah bermula pada tahun 1986 dengan kepakaran reka bentuk, pembuatan serta pengeluaran yang eksklusif untuk golongan elit. Deanoor TM telah memulakan tapak di luar negara dan mencipta pelbagai kejayaan di sana. Pada 2009, DEANOOR TM telah menyertai pameran demi pameran serta ekspo di luar negara bagi mempromosikan batik eksklusif di bawah MARTRADE sehingga 2011. "MASTERPIECES HANDPAINTED CONTEM BATIK MADE IN MALAYSIA"telah diterima baik oleh komuniti fashion negara serta luar negara dan ini merupakan sebuah penghargaan ke atas sumbangan Datin Noor Fatimah Ishak terhadap dunia fesyen.

DEANOOR telah dianugerahkan "The Great Women of our Times Award 2009" 
di bawah kategori Design & Style oleh majalah Malaysian Women's Weekly.

DEANOOR juga telah menempa nama dan kejayaan di Milan Fashion Week 2008 
setelah mempamerkan hasil rekaan DEANOOR kepada "top brand designers" seperti Luciano SopraniGiorgio Armani, Moschino dan Marella Burani

DEANOOR juga pernah turut serta di pameran-pameran bersempena dengan International Fashion Week seperti:
  • Mercedes Benz Berlin Fashion Week 2010
  • Fashion Expo Abu Dhabi 2009/2010
  • Malaysia Showcase Dubai UAE 2009/2010
  • Dubai Fashion Fiesta 2008/2009
  • Bangkok Islamic Fashion 2010
  • Jakarta Malaysia Charity Event 2011/2012
  • Indonesia Batik Summit 2012
  • In Trade Malaysia 2014
  • Malaysia Fashion Weekend 2014



Aku sempat membelek koleksi Deanoor ketika majlis tersebut...khusyuk memilih...wah...dah ada yang berkenan di hati ke?bukan setakat berkenan tetapi lebih kepada rambang mata dah ni...semua memukau pandangan..oh please....kenapa semua cantik sangat2 ni...


Cantik macam ni dah tentu korang pun terpikat kan?


Antara koleksi Deanoor Collection untuk korang pilih




Inilah antara koleksi yang membuatkan Aku jatuh cinta dan tak henti2 memperkatakannya di FB, Instagram serta turut memperkenalkan kepada kawan2 rapat...kehalusan jahitan dan design yang menepati citarasa memang memikat hati..sekali pandang terpesona...lama2 pegang x lepas...dua kali pandang maknanya kena la bayar guna credit card..


Deanoor tidak hanya memfocuskan kepada pakaian wanita semata- mata malah turut mengetengahkan koleksi untuk lelaki dengan pelbagai pilihan corak serta warna yang menarik.


Antara koleksi accessories yang juga buat aku jatuh cinta jugak....unik dan menarik...kalau tak percaya boleh jer ke Deanoor di Metrojaya Mid Valley. Anda pasti terpukau terpesona dengan koleksi aksesori ini.





Datin Deanoor dan Datin Djalina

DEANOOR bakal melebarkan lagi sayapnya dengan pembukaan sebuah lagi lokasi terbaru di JBCC, Johor dan bakal mengadakan Majlis Perasmian secara besar- besaran pada 11 Jun 2015..berita baik untuk warga Johor...nantikan kemunculan Deanoor dengan koleksi Batiknya di sana.....


Semoga team Deanoor terus berjaya di persada fesyen antarabangsa dan terus memartabatkan Batik agar menjadi tekstil yang terunggul dan hebat diperkatakan di seluruh dunia.



DEANOOR Milano Sdn Bhd

Datin Deanoor
Conceptual Exclusive Fashion Director
+603 | 4101 9856


9 comments:

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......