Friday, May 22, 2015

Review Blog SayidahNapisah | Adik Paling Nakal Dalam EFG

Hi Korang...

Wah berturut2 entry review entry iklan review dan macam2 review lagi dari blog aku ni kan...haaa Review Seterusnya adalah KC a.k.a kakcik yang merupakan ahli EFG yang paling nakal dan ada je senda gurau usik mengusik dari dia...havoc kejap timeline whatsaap kalau dia dah mula menaip kan...aku belum pernah jumpa face to face lagi dan berharap satu hari nanti akan di pertemukan...

jeng..jeng...jeng......ini la si nakal KC......


Menggelarkan dirinya sebagai Kak Cik, Sayidah Napisah seorang yang bercita-cita besar walau tubuhnya agak comel. Bercita-cita untuk menjadi tenaga pengajar di sekolah ataupun Universiti

Kc yang ramah dan mudah mesra, menjadi mangsa usikan dan dia juga apa kurangnya suka mengusik juga.


Kc dan makanan tiada berpisah. Bertuahnya badan disumbat-sumbat makanan pon tiada gemuknya.


muka pun dah sah2 muka nakal...

Kc yang tua dari usianya daripada ramalan how-old.net  HAHAHAHAAA


Kc dan trademark senyum colgatenya tiada berpisah juga. Senyuman penambat hati abang-abang dan kakak-kakak efg. 


Rupanya model colgate sejak dari sekolah. :D Boleh mohon jadi model iklan Colgate eh KC....


Bercita-cita menjadi cikgu/pensyarah/ngajar tuisyen atau sewaktu dengannya...SEMOGA IMPIAN JADI KENYATAAN YE KC..."abih la anak murid dia kena buli...ahaksss"



Berblogging seawal umur 17 tahun, motto utama Kak Cik di dalam dunia blog ialah untuk menyampaikan maklumat yang berguna dan bermanfaat kepada pembacanya.

Bagi yang tidak tahu, Kak Cik sedang melanjutkan pelajarannya di dalam bidang Matematik dan dia memang cintakan Matematik!

Kc yang aktif berbelog, aktif mengomen di blog dan aktif chitchat di group whatsapp merupakan pelajar yang cemerlang dalam akademik. 


Selepas bertahun Kak Cik menggunakan url blog memburucintamu, akhirnya Kak Cik menukar kepada satu nama yang feminin sesuai dengan penampilannya iaitu Sayidahnapisah.com.



Trademark blognya ialah burung terbang membawa daun dan sehingga ke hari ini, burung itu tidak pernah berhenti terbang....kasihan burung tu...apa kena mengena burung dengan KC..aku tiada jawapannya..korang boleh mula berkenalan dan ajukan salan tentang ni dan biarlah empunya diri yang merungkaikan misteri di sebalik burung2 tersebut...

Korang nak kenal KC...sila la tekan laju2 di SINI

12 comments:

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah