FISH & CO PROMOSI BUFFET RAMADHAN
Bertempat di Pavilion KL 12 Mei 2015, Fish & Co telah melancarkan bufet Ramadhan di dalam sebuah majlis ekslusif bersama media di cawangan Fish & Co Pavilion , KL. Majlis ini merupakan jalinan kerjasama di antara Fish & Co bersama Pemenang Masterchef Selebriti Malaysia Dato' Fazley Yaakob. Ini merupakan kali pertama Fish & Co menawarkan set bufet di dalam menunya dan ianya lebih istimewa dengan pilihan pencuci mulut yang di bawakan khas oleh Dato' Fazley dari SukaSucre.Actually aku mendapat jemputan tapi sayangnya tak dapat hadirkan diri memandangkan ada komitmen kerja masa tu. Tetapi sebagai tanda sokongan aku up jugak entry di dalam blog ni untuk jalinan persahabatan dengan Fish & Co.
Jom kita tengok gambar2 menarik sepanjang majlis berlangsung.
Prebiu Ramadhan Bufet Fish & Co Bertempat di Fish & Co Pavilion KL
Manis berbaju Kurung. Cik Charmaine Tan, Pengarah Pemasaran Fish & Co
Cik Charmaine Tan, Pengarah Pemasaran Fish & Co dan Dato Fazley Yaakob bergambar bersama menu istimewa Ramadhan Bufet Set untuk 2 orang
Cik Charmaine Tan, Pengarah Pemasaran Fish & Co menyerahkan VIP Kad Fish & Co yang pertama kepada Dato' Fazley sebagai tanda penghargaan diatas sokonganya kepada Fish & Co. Beliau turut mengadakan persembahan secara langsung dengan menyanyikan 3 buah lagu.
Tetamu yang hadir menikmati Buffet Ramadhan kali ini
Tetamu yang hadir menunjukkan tanda Bagus ketika menikmati buffet ramadhan
Tetamu khas, Media dan Bloggers yang di jemput ke Ramadhan Prebiu Fish & Co
Fish & Co menawarkan Seafood Pizza sebagai salah satu Menu
dessert dari SukaSucre merupakan sebahagian dari Ramadhan Buffet Fish & Co
Bufet Ramadhan di Fish & Co hanya boleh didapati di cawangan Pavilion KL bermula 22 Jun 2015- 12 Julai 2015 dengan harga RM59.95 per pax untuk dewasa dan RM29.95 untuk kanak-kanak di bawah umur 12 tahun. Selain itu bagi pelanggan yang membuat tempahan seawl 3 hari dengan bayaran penuh sebelum datang berbuka di Fish & Co akan mendapat harga promosi sebanyak RM 52.95 sahaja. Untuk tempahan awal, pelanggan boleh lah menghantar email ke marketing@fish-co.com.my atau hubungi 03-78878717 tertakluk kepada terma dan syarat.
Pada majlis ini Fish & Co memperkenalkan set Ramadhan Istimewa untuk 2 orang berharga RM79.95 yang boleh didapati bermula 15 Jun sehingga 26 Julai 2015 di Fish & Co cawangan Pavilion KL, The Mines Shopping Mall, IOI City Mall, Putrajaya, Main Place @ USJ 21, 1 Utama dan Paradigm Mall. Set ini termasuk Peri-Peri Chicken with Arctic Fish, Grilled White Fish Peri -Peri Sauce, 2 Sup yang bertukar setiap hari dan 2 air dipilih samaada Passionfruit, Coke, Sprite atau Teh O ais Limau, Pelanggan juga boleh menikmati pencuci mulut istimewa Hot Fudge Cake dari Fish & Co dengan tambahan harga RM7.95
Fish & Co Pavilion KL merupakan sebuah restoran berkonsepkan laut yang terletak di Lot No C4.02.00, Tingkat 4, Pavilion Kuala Lumpur, 168 Jalan Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur dan di buka dari 11 pagi sehingga 10 malam setiap hari.
untuk maklumat lanjut, layari http://www.fish-co.com.my dan ikuti promosi terbaru Fish & Co di Facebook http://www.facebook.com/FishNCoMY. Instagram dan Twitter di @FishNCoMY.
Menarik Kan?
Jom lah terjah.........
Sesekali cuba lain dari yang lain pun menarik jugak kan.. ;)
ReplyDeletebest nyer, nmpk sedap jer
ReplyDeleteade tengok jugak dalam TV ni..sangat menarik..
ReplyDeletewah bestnya..siap ada dato fazley lagi..pizza tu menggoda.. :)
ReplyDeletemenarik & tertarik..:)
ReplyDeletebest2 plk tu..:)
ReplyDeleteFuyooo sdapnyer
ReplyDeleteSAYA SUKE TGK CAKE TUUU, MCM NAK CURIK BAWAK BALIKKKK JERRR !
ReplyDeleteOHSEM BUFET Niiiii~