Friday, May 15, 2015

Kiriman Harumanis Dari Perlis

 Musim Harumanis Di Perlis

Dapat kiriman harumanis dari Perlis...Alhamdulillah ini kali ke 2 kami sekeluarga dapat rasa buah Harumanis ni...harum manis memang sesuai di tanam di Perlis sahaja katanya kan sebab tu harganya mengikut gred dan mencecah ke RM30 ke atas sekilo...

Setinggi2 terima kasih yang sangat2 tak terhingga kepada keluarga bakal adik ipar. sudi pos kat kami...alhamdulillah semua dapat rasa...aku makan sebiji dah cukup..

Tengok pun geram kan...dah cukup masak masa sampai kat rumah
Close Up Sikit

Close up lagi...dan lagi...bagi geram....




Sedikit tentang Harumanis

Sebut sahaja Negeri Perlis, ramai yang akan mengaitkannya dengan Harumanis, sejenis mangga / mempelam yang subur di negeri utara tanah air sehingga menimbulkan keghairahan sesiapa sahaja untuk membelinya termasuk penduduk dari negeri lain. Walaupun harganya meningkat setiap tahun, orang ramai sanggup beratur panjang semata-mata mahu membeli Harumanis.

Harumanis merupakan sejenis buah yang popular dan hanya terdapat di negeri Perlis. Buahnya yang berbau harum dan isinya yang tebal kekuningan serta rasanya yang enak pasti menawan hati sesiapa saja yang mencubanya.
Musim Harumanis adalah sekitar hujung bulan April / awal Mei hingga awal Jun. Biasanya hasil buah sudah habis sebelum sempat memasuki bulan Jun. Ramai individu, penjual dan pengusaha restoran mengambil kesempatan ketika musim Harumanis untuk menikmati keenakan serta hasil jualannya.

Walau pun ramai yang cuba menanam pokok Harumanis di luar negeri Perlis, hasilnya tidak menjadi seperti tidak tumbuh subur, tidak berbuah, rasa tidak manis dan sebagainya. Ini kerana faktor cuaca dan tanah di negeri Perlis agak unik dan berbeza daripada negeri-negeri lain di Malaysia. Faktor ini menjadikan Harumanis amat istimewa di mana ia hanya benar-benar subur dan berbuah sangat manis di negeri Perlis sahaja.

Harga sebagai rujukan musim 2015

 7 April hingga 20 April = RM23 / kg
21 April hingga 7 Mei  = RM24 / kg
8 Mei hingga 17 Mei = RM26 / kg
18 Mei hingga 24 Mei = RM28 / kg
25 Mei hingga akhir musim = RM29-33 / kg

SUMBER

107 comments:

  1. Besar-besar haaaaaaa harumanis...bulat2 besar haaa...alhamdulilah

    ReplyDelete
  2. oh br tau ada rege ikut musim...pernh mkn org bg..sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. CN biasa beli kalau 3 kg RM 10 je, hehe

      Delete
    2. Dulu masa bonde beli saiz besar 4 biji rm 30 sekilo...
      tapi mmg puas makan

      Delete
    3. seakan terasa kemanisannya d dsini kak SA

      Delete
    4. ntah la pernah makan atau x harum manis ni

      Delete
  3. Fuh harga tak boleh tahan. macam harga durian di penang....tapi ras memang terbaik

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau nak makan, tak tengok harga sangat dahhh hehehe

      Delete
    2. yang penting apaaa? makan saja laahhh haha

      Delete
    3. tgk jugak harga kak zi hahaha

      Delete
    4. lazat sekali....
      dahlah harummmmm
      maniss pulak tu

      Delete
    5. harga tu x kisah klu dah nak mkn sangat kan...

      Delete
  4. kak suria minta sikit boleh?

    ReplyDelete
  5. peh sedapnya tuuu
    buat pulut mangga memang terbaek ni

    ReplyDelete
  6. sedapnyeeee... haah..betul...husband keje pertanian...dorang try tanam buah die xmanis sgt...ade yg tak jadi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. dulu masa lawatan ke perlis mmg ada dimaklumkan...
      penghasilan tanaman di cuba dibeberapa negeri tp x menjadi...

      Delete
    2. tgn yg tukang tanam tu mashamm kut..hihihi

      Delete
    3. Oo dia mau perlis sahaja ye?

      Delete
  7. Sedapnye..blom dpt merasa lg utk musim 2015..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada yg mnis ada yg tawar ni

      Delete
    2. Kena cari sumber yg dikenali supaya dpt yg mmg manis ni

      Delete
  8. Nampak benar mereka memang dah sayang dgn SA
    Sanggup pos dari Perlis tu. Bestnya:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. SA sayang irra x? Pos kat irra jugaaakkk


      Uwaaaa org kata pas 6 bulan bersalin br boleh makan mangga

      Delete
  9. Nyum! mesti sedap dan manis ni... belum pernah merasa.. ehhe

    ReplyDelete
  10. hmmmm mantap tuh harumanis nya mba hehe sudah lama engga makan buah harumanis :G

    ReplyDelete
  11. sedap ni SA..kat kch lebih kurang sama jugak harga nya mcm kat sana

    ReplyDelete
  12. sedapnya.. pernah makan harumanis ni. walamak, sedap tak terkata. :D

    dah banyak dah entri baca pasal harumanis ni. rasa tergoda pun ada

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tula, dekat fb pun ramai up gmbo pasal harumanis ni..alahai,,tergoda betul

      Delete
    2. jgn tergoda dgn kc sudah hahahaha

      Delete
    3. yeke CN? takde punnn.tak nmpk pun kat fb hahah

      Delete
    4. kalau makan ... tak nampak org sebelah.... lazatnya

      Delete
  13. dah la harum, manis pulak tu...yummmsss, baru makan last week, kebetulannadik ipar ngidam, apa lagi kite tumpang sekaki tanpa segan dan silu keke2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rezeki jgn ditolak kan, hehe

      Delete
    2. nak tumpang sekaki gak blh ? :p

      Delete
    3. bonde br makan semalam...
      kawan ngidam ada org belikan... dia minta bonde buangkan kulit jd... ambik rasa tak cukup sepotong weiiiiiii

      Delete
  14. Salam, aduh sedapnyaaaa....ini kalau makan dgn pulut jd pulut mangga tu, sedapnyaaa aihh!! :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seriously x pnah dgr mkn ngan pulut. #Jakon

      Delete
    2. Ni cara pantai timur papaG, kawan CN org kelantan yg ajar mkn ngn pulut santan

      Delete
  15. sdapnya..bila blh rasa..:)

    ReplyDelete
  16. harum manis bila makan dengan pulut lagi sedap kata kawan saya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh ea min ngan pulut? X penah dgr. Seriously..

      Delete
    2. tak pernah try jugak,..nak rasa la pas abis pantang nnt

      Delete
    3. Mmg sedap irra, tp irra kena pntg mkn pulut setahun ler, angin tu

      Delete
    4. sape nak buat? bg kc rasa skit hehee

      Delete
  17. yeah !! only in perlis hehehe.. kadang2 ada gak peniaga yang tipu..
    buah gemok besaq dia kata harum manis tp bukan..

    kakak spupu dok perlis mesti bawak balik banyak ni.. tnggu cuti seeeeek ni..

    ReplyDelete
  18. Ak suria nak.. Ke dah abes? Hehe

    ReplyDelete
  19. sedap tuh buah pelam harumanis.. tapi harga tuh tak tahan..

    ReplyDelete
  20. sedapnya..berbaloi beli dengan harga

    ReplyDelete
  21. tak aciiiii SA sengaja tayang...titew xleh makan lagiii

    ReplyDelete
  22. wah, mahal2 juga harga mangga tu kan kak..wana selalu dengar nama mangga ni tapi tak penah makan lagi..teringin juga nak rasa..tengok buah tu buat geram.. ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama lah ngn saya. tak prnh lg rasa harumanis ni

      Delete
  23. kak SA. ingat2 lah kc di upm siniii haha

    ReplyDelete
  24. Yang paling penting bonde baru makan semalam.....
    L
    a
    z
    a
    t
    sekali

    ReplyDelete
  25. Fida panggil buah pelam...hahaha/memang sedap sgt..tapi kalau Fida beli...mesti org kata Fida preggy...hehehe

    ReplyDelete
  26. lagi dekat nak habis musim lagi naik harga ye buah tu..

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah