Sunday, April 12, 2015

'Tenanglah di sana, wahai bidadari syurga'


Satu coretan pilu seorang suami yang baru kehilangan isteri viral di laman sosial sejak semalam.

Bingkisan luahan hati Mohd Makhzani Abdul Rahim, 27 tahun, di laman Facebook miliknya, mengundang sebak sesiapa sahaja yang membacanya.

Isteri Makhzani, Nadhratan Naim Abdul Sani, 20, meninggal dunia sehari selepas kemalangan motosikal pada 7 April lalu.

Cerita Makhzani, isterinya itu bukan sahaja cantik dan baik, malah punya suara yang merdu ketika mengalunkan bacaan Al-Quran. Nadhratan, kata Makhzani, sering meminta maaf biarpun tiada kesalahan dilakukan.



Dalam coretan itu, Makhzani turut menceritakan pertemuan mereka yang dijodohkan oleh kedua orang tua. Mereka selamat diijabkabul pada tanggal 29 Disember tahun lalu.

Bagaimanapun, selepas 10 hari bernikah, mereka terpaksa berjauhan apabila Makhzani terbang ke Mesir untuk menghabiskan pengajiannya yang hanya tinggal enam bulan.

Semenjak itu, pasangan suami isteri akan berhubung setiap hari menggunakan pelbagai kecanggihan teknologi dan aplikasi media sosial.

Menurut seorang pengguna Facebook, Erin Ezleen Nadira yang juga rakan arwah, Nadhratan seorang isteri yang sangat baik. Erin turut menceritakan bagaimana arwah bertahan ketika koma, dan hanya menghembuskan nafas terakhir selepas mendengar suara suaminya yang menghubungi dari Mesir. 


16 comments:

  1. innalillahiwainnalillahirojiun.. Moga berada dalam kasih sayang Ilahi..Semoga si suami tabah menghadapi Ujian dari Allah

    ReplyDelete
  2. innsalillahiwainnailaihiraajiunnn... alfatihah

    ReplyDelete
  3. Allah.. semoga bidadari syurga ni akan bertemu suaminya di Jannah...

    ReplyDelete
  4. Alfatihah untuk arwah. Ayu orangnya. Nampak lembut. Takdir Allah tiada siapa yg mampu menolak... Sedihnyaaa...

    ReplyDelete
  5. sedih sgt bila baca kisah ni ... semoga arwah berada disamping org beriman .... dan suami arwah bertabah ....

    ReplyDelete
  6. adaaa bace citer ni kat fesbuk.. huurm..
    tenang jiwa disana.. kalo hasben dia redha apala nak risau.. sah sah syurga buat dia..

    takziah..

    ReplyDelete
  7. Ada terbaca... Mmg betul2 Allah menguji dia... Syurga utk dia kan...sbb suaminya redha..

    ReplyDelete
  8. Sesungguhnya...Allah lebih menyanyanginya...Semoga roh beliau ditempatkan dikalagan bidadri Syurga sana...

    ReplyDelete
  9. ada terbaca dlm fb..sedih sangat.. :(

    ReplyDelete
  10. inalillah.. sedih baca catatan nih..

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......