Thursday, April 30, 2015

Tempah Langsir pun Kena GST @ Nilai 3

Kalau pergi Nilai 3 memang x sah kalau x rambang mata kan....betul x? sapa yang x giler kalau ke sini sebab karpet, Langsir dan kain2 semua cantik2...memang geram jer la tengok...kebetulan masa ni nak pi amik Langsir yang Mak tempah untuk wedding Acu August nanti kan....so aku pun amik peluang merayau2 tgok langsir...mula2 tuan kedai duk pandang2...eleh...macam aku nak sangat ciplak pesen langsir dia...xdenya...tp bila dia dah sibuk layan customer aku curi2 snap....


macam2 corak...macam2 kaler..aku nyer wedding nanti x tau nak pilih langsir kaler apa...hehehe...guna yang sama jer ok x?


Atuk pun belek2...nampak x anak dara aku tu...dah tinggi sangat2 dah sejak dah piyed ni...


antara fashion2 langsir...aku x minat jenis macam ni


sekali nampak Atuk tgah main Ba Ba Cak ngan Qhaira...seronok plak tgok atuk melayan cucu

tgok la tu...terlari2 si Qhaira...

Sekarang ni kalau beli apa2 pun memang mahal...tempah langsir ni unuk tingkat bawah jer abih RM600++ Sekali ngan gst...sakit tul hati...lebih utk bayar gst je...even letak deposit pun ada gst...masa amik pun ada GST...

Sapa jahit langsir kat sini?

ingat nak tempah kat orang je...senang xde kena2 gst ni....ingat nak buat langsir kaler soft purple la for my wedding...ok tak?sebab aku nak buat theme White Pearl...kira match la tu kan?

Bergembira Di Perasmian Outlet Terbaru Fish & Co Di IOI Citymall Putrajaya

Ahoy There! Fish & Co. Anchors Its Latest Branch in Putrajaya!

Memang satu kebanggaan apabila aku antara blogger terpilih untuk ke Majlis Perasmian Outlet terbaru Fish & Co di IOI Citymall Putrajaya..waaa....makan tengahari di Fish & Co....apatah lagi ini kali pertama aku ke IOI Citymall ni...sebelum ni banyak baca review dari blog kawan2 jer kan....seawal jam 11.00 pagi aku dah terpacak depan outlet ni dah...mentang2 masa ni cuti kan....ini merupakan kali ke 2 aku menghadiri Majlis yang dianjurkan oleh Pihak Fish & Co sebelum ni aku join event buka puasa diorang di salah satu outlet di Pavilion.

Fish & Co melancarkan cawangan terbarunya di IOI City Mall Putrajaya setelah beroleh kejayaan dengan cawangan cawangan sebelum ini di One Utama Shopping Centre, Pavilion KL, Paradigm Mall, Place Utama @ USJ 21, dan The Mines Shopping Mall.


Outlet terbaru sekiranya korang nak berkunjung nanti...Restaurant ini mampu memuatkan kapasiti 80 pax semasa kunjungan....


Backdrop


Nampak x? nampak ada 2 orang blogger terpilih je....sapa sorang lagi???

v


v


Tadaaaaaaa.......



Sangat2 bertuah apabila kali ni aku dapat duduk semeja dengan blogger terkenal CIKLILYPUTIH


Stage dan props yang sinonim dengan theme ...baru la rasa macam atas kapal...


Cake simbolik untuk majlis pelancaran


Goodies bag untuk tetamu


Pengakap???? Ahaks...Bukan laaaa.....Fisherians yang berpakaian ala kelasi kapal....smart kan?



Steve Tan, Direktor Fish & Co. Malaysia



Majlis ini dimeriahkan lagi dengan kehadiran En Lee Yow Seng, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan IOI Properties Berhad. Beliau juga telah di beri penghormatan untuk merasmikan Majlis ini.



Gambit pelancaran dengan meniup kek IOI Big Catch


Dari kiri Cik Charmaine, Pengurus Pemasaran Fish & Co., En Lee Yow Seng dan En Steve Tan



Antara menu popular yang terdapat di semua oulet Fish & Co



Spotted me...cari cepat....cepat....nampak x?


Best Fish & Chip In Town


Seafood Platter For Two


Grilled Peri Peri Chicken With Salmon



Yeay!! we had a blast here..


Terima kasih yang tidak terhingga buat pengurusan Fish & Co kerana sudi menjemput aku untuk memeriahkan majlis ini...siapa yang tak suka kan...aku suka jer sebab aku memang suka sangat2 dengan Best Fish & Chip in Town..sangat2 fresh...aku memang enjoy makan kat sini. Suasana sekeliling yang sangat2 mesra family..


So...jangan segan2 untuk jemput aku lagi ye...pssttt....dengan penuh harapan ni.... 


Sedikit tentang Fish & Co.

Established in 1998, Fish & Co. is a casual, family restaurant chain serving fresh seafood in a pan. This unique dining experience drew inspiration from the simple practices of the fishermen in the Mediterranean; who caught seafood fresh from the seas, cooked and ate the freshly cooked seafood immediately from the pan. Designed with a casual, nautical ambiance, Fish & Co. restaurants, together with her friendly crew, are cheery, inviting and warm.

At Fish & Co., all seafood is prepared in a simple and straightforward manner. Using only the freshest fish and seafood, as well as natural ingredients like olive oil, herbs and various spices from around the world; Fish & Co. has been delighting customers with great tasting meals in generous portions and warm, friendly service true marks of quality and value.


Bagi korang yang ingin menikmati semua Menu terbaik dari Fish & Co, Jom terjah :


Fish & Co. IOI City Mall,
L111C, Level 1, IOI City Mall, 
Lebuh IRC, IOI Resort City,
62502 Putrajaya, Sepang,
Selangor Darul Ehsan.

Buka dari  12 tgh hingga 10 PM setiap hari. 
Untuk tempahan dan maklumat lanjut , sila hubungi + 6 03-8328 0761 atau lawati laman sesawang
http://www.facebook.com/FishNCoMY for more info on upcoming new outlets and excitement.

Wednesday, April 29, 2015

Inovasi Menu Baru KFC Tapi Yang Lama Menjadi Pilihan...

Aku tau korang dah makan tengahari tadi....aku tau korang pun dah sedia maklum memang KFC Malaysia memang tidak pernah jemu memikat selera pelanggannya dengan pelbagai menu setiap masa seperti inovasi hidangan baru mereka ini iaitu  Garlic Crunch dan Butter Garluc Cruch....
Sayangnya aku tak pergi pun review atau launch...ye la aku ni sapa nak dapat jemputan...beruntung mana2 blogger yang berpeluang pergi majlis pelancaran menu baru KFC yang lepas...sebelum tengok wayang ari tuh...aku dinner jap kat KFC...cuma aku x amik la menu baru...aku masih setia dengan Hot &Spicy....eleh...feeling konon2 hot la tu...chisskekkk kan....ahaks....

Jom tgok paras rupa menu baru...macam dalam gambo tu eh....x order yg baru so aku x leh nak rekemen kat korang...next time aku cuba aku review eh...


Menu baru dengan pakej yg ditawarkan...


Usah mentamak...sila amik snack plate sajork....kang amik dinner plate x abih plak....


Cheesy wedges yg menjadi po...jaaaaa.....annnnnn hatiku.!!!...


Part ayam mmg kena amik either drumstick or thigh or chicken wing...part lain x suka....


Air yg di pilih...pepsi ke coke erk....arh lantak di situ...Mango x fresh dari kotak...huhu....


Sesekali makan KFC mmg heaven....kenyang sampai pagi...x leh mkn selalu nanti gomok...
Well....kena plak ngan tagline... SEHINGGA MENJILAT JARI...atau...FINGER LICKIN' GOOD..

Korang.....kini KFC menawarkan hidangan kombo value treats yg mengandungi seketul ayam goreng, sepinggan nasi dan minuman berkarbonat dengan harga RM6.95....ermmm menarik....mmg sgt2 berpatutan....

Apa lg...jom terjah KFC !!!!

Tsubaki Hair Product?????

Pernah dengar nama product ni? 

Percayalah aku x berapa kenal ngan product ni...ni pun terpanggil nak buat entry sebab aku dapat sample masa kat Isetan...
Tsubaki adalah salah satu product keluaran di bawah jenama Shiseido...laaa bar aku tau...amsalahnya aku x pernah nampak kat mana2 mall...even kat farmasi pun x pernah jumpa...ke ada cuma aku je x pandang x jeling2...mengada tau aku ni...asyik pandang jenama lain je kan.....


ini sample shampoo dan conditioner yang aku dapat...


Shampoo ni mengandungi bahan2 natural semulajadi untuk melembutkan dan seperti yang di terangkan kat atas tu la...aku macam malas plak nak translate..


Antara variasi shampoo Tsubaki yang diperkenalkan...dah tentu2 nya untuk memberi sinar dari pelbagai sudut kan...ada 3 variasi iaitu :

  1. Shining > Moisture and Shining for normal to dull hair type
  2. Damage Care > Repair & Shine for dry and damaged hair type
  3. Head Spa > Scalp Care & Shine for all hair type

Kat mana nak dapatkan shampoo ni....kalau dah aku dapat sample kat Isetan maybe kat situ la kan...aku dah cuba google kebanyakkan jual online dan haaa jangan x percaya shampoo ni banyak di jual di Singapore sebelum ni...

Dengan estimate harga  RM25 sebotol, Tsubaki shampoo kini terdapat di Malaysia di Farmasi2 terkemuka termasuk Jusco Wellness Pharmacy.

So kalau korang nak cuba boleh dapatkan di mana2 farmasi ye...aku pun nak pi skodeng nanti...kalau ada la kan...no harm trying isnt it?

A&W Root Beer..The Best Ever!!!


Sapa suka root beer A&W meh give me Five sket ha...leh gang ngan aku...yang ada dalam botol tu x sedap sebab xde float kan???best giler la...terus terasa2 kat tekak ni....haih dah macam mengidam dah....kalau mengidam ni x tau la...memang kena la cari kan....tp perasaan mengidam tu xde la kot...giler nak ngidam mendanya....hahahaha...how i wish i can feel the moment again....Nostalgia kan Root Beer ni....macam lama sangat dah xde promosi A&W ni....macam tenggelam timbul je...outlet pun dah jarang nampak...yang ada kat area PJ berdepan ngan Amcorp Mall tu pun macam dah tutup dah kan....ntah dah lama plak x terjah...aku dulu selalu pi Sophie nyer HQ kat situ...sejak diorang dah pindah Bangsar ni dah xde dah terjah...kalau x boleh je pandang2 jeling2...mana aku nak cari Root Beer ni...nak yang kat A&W Restaurant jugak....

Ada sapa2 boleh bagi info..area KL la...jgn la korang suggest area yang aku nak kena beli tiket pi sana...kan....yg area KL je dah cukup dah....hehehehe...

See ya!!!

Tuesday, April 28, 2015

Blogger Area Media Expert (Advertorial Murah)

Perhatian kepada anda peniaga di luar sana....anda perlukan promosi produk anda dengan cepat dan dengan harga yang diluar jangkauan anda??ya...ini ada berita terbaik untuk membantu agar perniagaan anda lebih maju..tak kisah la anda peniaga online /offline..ada cara untuk memajukan perniaagaan anda...

Anda Perlu > Blogger Bantu

Anda Perlu Maju > Blogger Review..

Nak tau macam mana?

Lets scroll this entry....


Blogger Area Media Expert(B.A.M.E) menyediakan sebuah  platform kepada peniaga online/offline untuk memperkenalkan produk mereka kepada pelanggan baru dan lama melalui konsep advertorial. Ini memudahkan peniaga kerana semua blogger di bawah pengurusan B.A.M.E mengenakan kadar bayaran yang berpatutan dan murah berbanding blogger blogger yang bukan di bawah pengurusan B.A.M.E . Sebarang maklumat lanjut,sila hubungi Tuan Blogger Area di facebook.



Apa itu konsep advertorial?contoh?

Advertorial = Advertising + Editorial (pengiklanan dalam bentuk editorial)

Kita dapat melihat syarikat syarikat besar menggunakan servis ini sebagai medium mendekati pelanggan dengan menganjurkan event dan pelbagai aktiviti disamping memberi bayaran kepada blogger berkenaan.




Kenapa anda perlu beriklan dengan B.A.M.E?

1:Murah Sangat, Bukan rm 300 , bukan RM 200... hanya RM XX
2:Mudah Sangat, Beri input dan tajuk.
3:Menarik : 10 ribu blogger sedia membantu perniagaan anda...




Tercetusnya idea Pay Per Post ini adalah kerana Tuan Blogger Area selalu mendapat aduan bahawa kos pengiklanan di sesetengah blog amatlah tinggi dan kadangkala tidak masuk akal. 

Maka Blogger Area yang memiliki lebih daripada 10 ribu orang blogger aktif menubuhkan B.A.M.E untuk menawarkan pengiklanan yang jauh lebih murah, berpatutan serta berkualiti. Mengikut kajian, sesebuah produk baru perlu mendapat pendedahan advertorial lebih kurang 5 hingga 10 untuk mendapat hebahan yang secukupnya...

Haaaa...sudah terang lagi bersuluh...anda berminat??

Berminat untuk beriklan dengan harga terendah?

Hubungi Tuan Blogger Area di Facebook.

Jangan lepaskan peluang....ianya datang sekali sahaja....

Za Lipstick & 2 Way Foundation


Meh la sambung balik entry yg pagi td....
Apa yg aku beli kat Isetan semalam...haaa...tu ha yg kat bawah tu....bulan ni je la merewardkan diri...start bulan depan aku dh kena simpan duit...untuk sapa? Untuk adik bongsu aku punya wedding..so apa2 yg perlu untuk diri sendiri kena la beli...pas ni no more joli katak...untuk majlis sendiri??? Entah la...ada nanti ada la....lambat lagi kan....

Ape yg aku men'setan ' di Isetan??? Lama x beli jenama Za...tgok tgh ada promosi kan...las week Isetan mmg ada buat Membercard's Day...aku plak mmg ada card...so shopping di sini sudah...dapat la harga promosi...


Set 2 way foundation ni harga sebenar RM55.90...smlm aku grab harga RM32


Amik 2 batang lipstick nude colour yg harga asal RM30 lebih..tp smlm sebatang RM12..


Ni la kalernya...nude colour...aku x suka terang2 sgt Lipstick ni...


Plumper Lips no 5 Innocent Rose and Plumper Lips No 2 Rosy Flush


2 way cake foundation amik kalour Beige...amik Natural macam gelap sgt2..yang penting casing cantik dan dapat refill jugak...boleh la pakai or guna untuk 2 bulan....
jimat di situ...best ker product Za ni? So far aku ok je ngan Za dan Loreal...Maybelline pun...dulu guna Bobby Brown...la ni hadap la yg murah2 sbb GST ni....hentam sajork..nak beli memahal terpaksa fikir 80kali...Clinique tu pun dah nak abih dh....pas ni guna la sabun mandi cuci muka...huhuhu.....


Wanita dan mekap mmg x boleh dipisahkan...aku la tu....
Tapi!!!! Aku bukan jenis tiap2 bulan beli...artist pun x beli mekap tiap2 bulan pun kot...hihi...dulu aku ngaku la aku sgt gilerkan mekap...la ni dah tua skit ni...kureng nak mekap...lebih pada natural beauty....ahaks.....phuiii...masuk bakul angkat sendiri....natural beauty la sgt kan....mengada....

Haih...banyak hutang entry ni....mlm kang aku nak up entry event review...aku pun tgh fikir mcm mn nk let go 4 tiket wayang ni...masalahnya tgok wayang kat IOI City Mall...aku tgh fikir gak nak buat mini GA ke apa...ye la.. aku ni bukan reti sgt pun bab2 GA ni....

Tunggu eh.....nak sambung buat kerja....

Roti Bread Story Sedap!!!

Assalamualaikum korang!!!!

Dah sarapan ke? Aku blom lagi sarap..tunggu bos masuk meeting kejap...pas tu baru boleh sarapan ngan aman..well nak citer pasal balik kerja semalam pi Mid Valley kejap..ahaks.....xde la....so buat apa kat MV??? Saje cuti2 mata kat The Gardens...pi Isetan...pi Robinson...cuci2 mata sambil grab apa yg tgh sale...ada la beberapa barang yg aku beli smlm...hihi..nanti aku share kat sini....

Semalam singgah kat Bread Story...lama x singgah sini beli roti sedap...ye..seriusly mmg sedap...selalunya dia akan jual murah bila dah petang...aku amik je satu ngeh..ngeh....hihihi...


Ermmm...sedap...fresh dari oven..


Roti dia siap ada slices chicken ham...so roti ni sgt2 berperisa....


Agak2 korang terpaut hati x dengan roti yg di bungkus mcm ni..ada choc flavour..ada pandan flavour jugak...


Kenapa x makan malam aku ni?

Memandangkan aku adalah testimonial berjaya untuk product Slimming yg kami consume dan aku pun monitor protege2 aku...so kena la maintain berat badan..x nak nampak macam product tu x berkesan...actually its not easy to get maintain...pokok pangkal kat hati kan..usaha dan semangat memang penting...dari berat badan aku 59kg..aku consume ubat tu until now...berat maintain 48kg -50kg sahaja....x boleh lebih2 sebab x sesuai dengan ketinggian aku....item paling penting yg perlu di tirik beratkan adalah Air Putih...kena minum sekurang2nya 3 liter biler consume ubat ni dan jugak kena avoid coffee serta susu...eh...nanti aku up lagi sekali lagi la bab product slimming ni....
Cuma aku x leh up sekarang sebab demand ubat ni sangat2 tinggi dan tgh delay on production...kepada protege2 aku harap korang sabar ye....tunggu sampai product betul2 deliver ikut expected date...

Korang kalau nak cuba or nak rasa  roti sedap ni..boleh la pi Bread Story outlet kat MV...kat area bawah sekali yg byk jual makanan tu...ingat nak beli gak karipap gergasi tu tp mcm mentamak plak kang x abih...ingat nak beli durian crepe...ermm...lain kali la beli...heh semua ko nak mkn...mentang2 ubat tgh delay...naik balik badan padan muka....

Aku stop kejap la....dah byk mengarut ni.....

Bye!!!

Monday, April 27, 2015

Jom Kahwin @The Curve

Last week singgah The Curve kejap ada hal nak settle .sekali ternampak kat ruang legar tgh ada pameran pengantin dengan tagline dorang Jom kahwin...ingat nak singgah lepas dh settle segala mak nenek hal..tp x dan sebab  lepas tu pi tgok the Avengers plak kat Cathay Cineplex di area yg sama...

Tgok dari level 1 mmg mcm2 ado...cantik2 pelamin dan baju2 yg diorg pamerkan cuma x sempat jengok pakej2 diorang...nanti terjah yg Mid Valley punya plak la nextmonth..


Cantik plak pelamin atas pentas tu...


Ramai vendor yg turut serta....dengarnya macam2 ada...ada fesyen show ada demo perarakkan pengantin dan ada showcase....


Tak dan nak pi tgok pameran...pi tgok wayang...ok la citer ni...xde la happening sgt2...
Still boleh layan lagi  tp x se best filem yg sebelum ni....
Tp korang kalau blom tgok lagi citer ni sila la tgok...not bad...

Aku ada 4 keping free ticket untuk tgok wayang kat IOI city mall putrajaya
Dapat masa attend Launching Fish &Co kat situ last week...
Rasanya nk buat GA la....hihihi.....apa pendapat korang?


Sharing Is Caring

Petua-petua untuk diamalkan.

✓ Semut benci timun, letakkan kulit timun berdekatan dengan lubang atau sarang semut atau di mana terdapat banyak semut.

✓ Untuk mengilatkan cermin, cucilah dengan minuman Sprite.

✓ Untuk menanggalkan chewing gum yang melekat pada baju, masukkan baju tersebut ke dalam freezer dan simpan selama 1 jam.

✓ Untuk memutihkan baju putih, rendam dengan hirisan lemon selama 10 minit.

✓ Untuk rambut nampak berseri, bubuh 1 sudu teh cuka makan dan sapu rata di bahagian atas rambut, kemudian terus dibilas.

✓ Untuk membanyakkan jus lemon, rendamkan lemon di dalam air panas selama 1 jam.

✓ Untuk menghindarkan bau busuk pada sampah di dapur, letakan sekeping roti ketika kita memasak.

✓ Kalau baju terkena dawat, untuk menghilangkannya, sapu ubat gigi pada tempat yang terkena dawat itu dan biarkan ubat gigi tersebut hingga kering kemudian baru cuci.

✓ Untuk menghindarkan tikus, taburkan serbuk lada hitam di mana tikus selalu ada. Tikus akan lari dan bermain jauh da ri situ.

✓ Meminum air suam 1 atau 2 gelas sebelum tidur boleh mengurangkan 90% dari serangan jantung. Begitu juga bila bangun pagi.
Seperti yang kita maklum, air sangat penting pada sistem badan kita tapi kadang-kadang kita tidak ambil tau kenapa kita harus meminum air suam.
Meminum air pada masa yang sesuai dengan kadar maksimum yang diperlukan oleh tubuh manusia akan membawa kesan yang baik:

• Meminum 1 gelas air selepas bangun boleh mengaktifkan organ-organ dalaman.

• Meminum 1 gelas air 30 minit sebelum makan membantu penghadaman.

• Meminum 1 gelas air sebelum mandi boleh membantu mengurangkan tekanan darah.

• Meminum 1 gelas air sebelum tidur boleh menghindarkan stroke dan serangan jantung.

Saturday, April 25, 2015

Ini la Perangkap Sebenarnya...


Selalu kan kita dengar mangsa2 penipuan siber x kisah la jenis apa pun..keldai dadah la...penipuan kad kredit la...macam2 la dan paling hangat penipuan hati dan perasaan..yang pelik bila dh banyak kes macam ni masih jugak ramai yang tertipu..selalunya sebab desperate...mana yang senang kena tipu tu mmg akan terpengaruh la...penipu ni semua akan bg ayat2 manis la...letak gambar yg good looking sampai email mereka berbalas...once ko dh balas thats it....brmulalah penipuan demi penipuan...ayat2 manis tetap ada...gigih diorang sampai la terperangkap...
Yg buat heran tu...boleh plak pi bank in or transfer ribu2 ke akaun dorang....dh rasa kena tipu...tau plak nak report polis... time tu la nak buat sidang media kuar tv kuar paper bagai...
Masa mula2 ko jugak yg melayan..dah rugi beribu2 x guna la..bkn ko dpt balik duit ko...
So pada gadis2 kat luar sana hati2 la...jgn la mudah terpedaya
Dah banyak contoh dh...tp masih gak ada kes yang melibatkan penipuan mcm ni....bak kata org tua2..dah terhantuk baru nak tergadah...

Top Komentator April 2015



As usual aku umumkan pemenang pengomen tegar blog ni As at 25th April..sepatutnya 24hb aku umumkan tp sibuk sangat sampai lambat umumkan...
Jangan marah ye
Tahniah buat tempat yg 1-3...Bulan ni kita ada pemenang tempat ketiga yg baru..
No 1 dan 2 aku dah ada alamat dah nantikan hadiah...
Buat Eny Abdullah sila email alamat dan no hp ye..

Suriaamanda@yahoo.com

Kita tgok sapa plak pemenang untuk bulan May nanti...

Tak Semua Ujian Sama....


Terjumpa quotes ni masa tgh browsing google....erm...ada betulnya...x semua orang diturunkan ujian yang sama oleh allah....macam2 jenis ujian termasuk aku...dah 37 tahun hidup di muka bumi allah ni memang pelbagai ujian yang aku hadap....kadang2 x sampai beberapa lama bebas dari masalah....datang lagi ujian lain....so..nak tak nak kena hadapi jugak....cuma kena guna pemikiran serta kematangan dalam menangani masalah...bukan terus terusan menuding jari mencari salah orang lain...adakala orang x boleh terima cara kita so lebih elok berdiam diri dan selesaikan sendiri....itu jalan terbaik...mohon doa dari allah moga ada jalan penyelesaian walau tidak menamatkan permasalahan tersebut sekaligus...apapun....kita dah matang..dah dewasa....tangani apa jua permasalahan dengan waras dan wajar....bukan membangkit atau mengungkit...tiada yang sempurna dalam hidup ini...kalau sempurna atau maksum sangat...x indah la hidup kita tanpa asam garam rencah kehidupan...x menarik kan?

Blood Pressure 170/120?????


Lately ni memang selalu sakit kepala...selalu rasa nak marah....selalu rasa x stabil bila berdiri...pas tu pergi klinik..check high blood pressure....allah tinggi semula...doc suruh start ambik ubat...masalahnya bukan x nak start makan ubat...cuma bila dah makan ubat kena makan terus x boleh skip2...letih la asyik makan ubat...blood pressure naik tinggi bila aku dalam tekanan bekerja je....
Kalau x makan ubat doc suruh aku warded..itu jalan terbaik untuk berehat katanya...sedap2 jer doc ni nak suruh aku masuk ward...ingat best duduk ward tu ke...cucuk sana cucuk sini...kalau duduk tido baring je takpe...ni kang dah la darah tinggi...peh tu dengan otak fikir rumah...anak....kerja...masalah2 lain.....erm...agak2 boleh ke turun tekanan darah tu....sekarang aku ada 2 pilihan....mulakan makan ulam2 traditional untuk turunkan pressure atau no matter what aku kena amik jugak ubat darah tinggi....korang rasa macm mana?

Dari mana aku dah mula dapat penyakit darah tinggi ni?

penyakit warisan turun temurun...sebelah mak memang semua ada penyakit ni....sekarang kena betul2 control supaya penyakit ni x bermaharajalela...mencegah lagi baik dari mengubati...kan?