KOTA BHARU, (MLP) - Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun dirogol seorang lelaki tidak dikenali ketika keluar membeli ais di kedai tidak jauh dari rumah, di Kampung Pauh 2, Banggu.
Kejadian ini disedari oleh sepupu mangsa yang berusia 22 tahun ketika mangsa pulang ke rumah dalam keadaan menangis serta mengadu kesakitan, pada jam 1.30 petang, Selasa lepas.
Difahamkan, terdapat kesan darah pada kain mangsa dan apabila memeriksa, sepupu and ibunya saudara mangsa mendapati kemaluannya berdarah.
Menurut mangsa, dia telah dijejaki seorang lelaki semasa dia pergi ke kedai untuk membeli ais, lalu mengajaknya pulang.
Suspek kemudian membawa kanak - kanak itu ke dalam hutan dan merogolnya.
Menurut Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Rohaimi Md Isa, mereka meminta bantuan masyarakat setempat untuk menyalurkan maklumat dalam usaha mengesan suspek.
“Kami amat-amat memerlukan bantuan orang awam kerana suspek masih bebas dan usaha mengesannya sedang giat dijalankan,” katanya.
Pihak polis juga menasihati ibu bapa atau penjaga supaya tidak membiarkan anak-anak kecil keluar tanpa pengawasan orang dewasa untuk mengelak sebarang kejadian jenayah berlaku.
AllahhuAkbar!
ReplyDeletekenapakah kejam sangat manusia itu? Semoga Allah SWT memberikan balasan yang setimpal... :(
Terbaca jugak psl nie..kesian kan.. ;(
ReplyDeleteorg sekarang ni menakutkan kan akak?
ReplyDeletebudak kecik skrg mmg tak boleh nak biar sorg. jgn kata budak kecik, org besar macam kita ni pun bahaya keluar sorg2, lagi2 tempat tak ramai org. dunia2. huhu
alahai.. pe nak jadi ngn dunia skrg..
ReplyDeletekesian bdk tu.. hurmmm
Innalillah...manusia ni bertuhankan hawa nafsu..ngerinya..
ReplyDeleteya allah..apa nak jadi dengan dunia sekarang..semoga progol tu mendapat balasan yang setimpal..
ReplyDeleteno comment
ReplyDeleteSalam, hmm...aku xbleh bayangkan betapa traumanya budak tu...kesian sgt kat dia.. ;'(
ReplyDeleteSebab tu la aida sgt marah if anak2 dara tu main jauh dari rumah.
ReplyDeletezaman skang org x brape siuman!
Ya Allah,kesiannya.. :(
ReplyDeletetakutnye skrg ni
ReplyDeletesedih baca kisah pasal ni...
ReplyDeleteSubhanAllah...lepas ni kalau ada rezeki anak pompuan, mmg x bg dia pi beli brg sorang2...apa2 pun kena berteman...umi risau...anak lelaki pun kena risau sbb risikonya sama banyak...Allah
ReplyDeleteKesiannya..kejam sungguh
ReplyDeleteallahuakbar...
ReplyDeletebetul² kejam manusia macam ni..kesian anak kecil yang tak tahu ape² jadi mangsa
ReplyDeletetolonglah...tak suka org camni...takde akal...rasa nak penangan je org camtu...mtk dijauhkan anak2 kita
ReplyDeleteBersimpati dengan nasib anak kecil itu..
ReplyDeleteBuat kita semua.. jadikan pengajaran.. jangan benarkan anak sekecil itu keluar bersendirian..
kes di kota bharu
ReplyDeletekesian kat budak tu
besar anak saya jer
kes di kota bharu
ReplyDeletekesian saya tengok budak kecik ni
sebaya dengan anak saya
Wei...budak kecik pun kau nak rogol..gila sungguh...zaman sekarang tak kenal umur dah...anak sendiri pun sanggup dirogol..mak kandung pun sanggup dirogol..memang dasyat zaman 2020 ni...Baru ni baca budak laki umur 11 tahun rogol budak pompuan 2 tahun...ish..ish.takut
ReplyDelete