Tuesday, March 3, 2015

'Jemputan istimewa' pengantin perempuan kepada ibu bapa sendiri


Seorang pengguna Reddit telah berkongsi satu posting yang menceritakan kisah seorang pengantin perempuan dan ibu bapanya.

Pengantin perempuan berkenaan hanya dikenali sebagai Alyssa dikatakan telah didera oleh ibu bapa kandung selama 16 tahun sebelum melarikan diri dari rumah.

Berita mengenai Alyssa yang sudah mempunyai kehidupan sendiri dan bakal melangsungkan perkahwinan sampai ke pengetahuan ibu bapanya.

Meskipun tidak mendapat jemputan, ibu bapa Alyssa berusaha menghubungi saudara mara dengan hasrat supaya boleh menumpang jemputan ke perkahwinan anak sendiri.

Alyssa yang bakal melangsungkan perkahwinan dengan pilihan hatinya, Alex telah mengutus satu ‘jemputan khas’ kepada ibu bapanya:



Sesetengah pengguna Reddit ternyata menyokong tindakan Alyssa namun ada juga yang menyebelahi ibu bapa pengantin perempuan itu.

Seorang pengguna menyatakan mungkin ibu bapa Alyssa mahu menggunakan perkahwinan itu sebagai peluang untuk berbaik-baik semula dengan anak mereka.

Gambar utama sekadar hiasan..

Kredit gambar: sickchirpse, khatarastudio

SUMBER : MYLAUNCHPAD


Notakaki Suriaamanda:
Aku x reti la bab Reddit ke amenda ke coz aku xde menda tu sumer....well pada aku Alyssa ni memang dendam sampai mati ni...ikutkan memang x patut la dia buat macam tu....tp depends on keadaan Alyssa tu jugak...if itu jalan yang di pilih...x leh nak kata apa....berbeza dengan kita yang beragama islam kan...marah macam mana pun...jalan untuk memaafkan itu ada walau bukan untuk melupakan....mesti teruk dia kena dera masa dia kecik dulu sampai macam tu sekali dia berdendam ngan kedua ibu bapa dia....

16 comments:

  1. jahat mana pon mereka...mereka ttp ibu bapa kandung kita..huhu

    ReplyDelete
  2. Oh bahasa dlm kad tu nmpk marahnye dia. Nak memaafkan tu boleh tp nk melupakan tu tidak la kot..

    ReplyDelete
  3. Aduh...takkan sampai macam tu sekali....

    ReplyDelete
  4. Wahh memang dendam smp mati nie Alyssa kat parent dia...Bunyi macam kejam je buat dekat parent dia macam tu.. Tapi mungkin ada kesan yang mendalam parent dia buat smp dia cmtu...kesiann

    ReplyDelete
  5. err...tak tau nak komen ape...mcm speechless plak...

    ReplyDelete
  6. kesian kat ibu bapa dan juga Alyssa

    ReplyDelete
  7. Tak faham kenapa ibu bapa nak dera anak sudahnya sampai anak jadi pendendam..harap kisah ni dapat jadikan pengajaran

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kak, entah kenapalah kan ibu bapa kandung pun nak mendera anak sendiri T_T

      Delete
  8. Ish3.. No komen ye. hehe

    ReplyDelete
  9. marah macamana pun mereka tetap orang tua alyssa..

    ReplyDelete
  10. Salam, pergh brutal tu ayatnya. Kalau dlm Islam, mmg dilarang keras lahh buat camtu. Tapi mungkin betul, ibu bapa dia nak berbaik2 semula kan masa wedding anak dia...hmm~

    ReplyDelete
  11. kesiannya kat mak ayah dia..

    ReplyDelete
  12. Perghhh, kasar betul bahasanya. Sepatutnya time gini la merapatkan sillaturahim.

    ReplyDelete
  13. Seteruk mana pun dia tetap ibubapa kita.

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......