Friday, March 6, 2015

8 fakta mengejutkan tentang mimpi


Gambar sekadar hiasan

Otak manusia bertanggungjawab dalam banyak proses kompleks yang berlaku dalam kehidupan kita, tetapi dari segi saintifik, ia tidak boleh mewujudkan imej orang yang kita tak pernah kenali. Jika anda bertemu orang asing dalam mimpi, ia bermakna anda pernah bertemunya di luar tetapi anda tidak mengingatinya.

Itu salah satu fakta pelik tentang mimpi. Jom tengok beberapa lagi fakta yang akan buat anda rasa kagum bagaimana minda dan badan anda bekerja ketika tidur!

1. Manusia biasa akan mengalami antara 1,460 dan 2,190 setahun.

2. Apabila bermimpi, badan anda akan menjadi "lumpuh" dan otot anda tidak bergerak. Mereka yang bergerak semasa bermimpi adalah orang-orang 'istimewa'yang memiliki REM (rapid eye movement) yang abnormal.

3. Mimpi berulang diterjemahkan pakar psikologi sebagai simbol atau petanda yang sedang dihantar oleh minda anda.

4. Mimpi wanita kebiasaannya lebih lama daripada lelaki.

5. Manusia selalunya akan mimpikan sesuatu yang buruk kerana kekerapan kita memikirkan perkara atau kemungkinan negatif.

6. Bayi hanya akan bermimpi tentang orang-orang dikenali. Hanya selepas berusia 3 atau 4 tahun, barulah si bayi 'memegang watak' dalam mimpinya.

7. Wanita lebih kerap mengalami mimpi ngeri berbanding lelaki.

8. Pernah bermimpi dan rasa tak pasti sama ada ia mimpi atau realiti? Jangan cubit diri sendiri, sebaliknya carilah bahan bacaan atau jam. Ini kerana dalam mimpi, anda tak boleh membaca dan tak pandai tengok jam.

SUMBER

16 comments:

  1. menarik sangat fakta tentang mimpi ni..wana selalu bermimpi..tapi lepas tu cepat lupa apa yang dimimpikan..heheh

    ReplyDelete
  2. Salam, wahhh menarik! Lagi2 fakta terakhir tu, baru sy faham...patutlah, selama ni kalau dalam mimpi, time sy selak buku utk bace je, mcm ade something happen dlm mimpi tu or time tu sy dah terjaga...so xdpt nak bace..haha..menarik sgt!

    ReplyDelete
    Replies
    1. no wonderlah tak boleh nak baca walau berusaha untuk mencuba membacanya.

      Delete
  3. yang saya tahu.. tak tau bila masa saya tidur & tak bermimpi. Yang saya tahu dari kecik memang setiap kali tidur saya akan mimpi.. dulu suka mengigau.. nasib baik sekarang dah kurang tapi kantoi jugak lepas kawen penyakit ngigau ada jugak.. lepas ada anak Alhamdulillah dah semakin hilang. terkejut laki kat sebelah.. bini tetiba bercakap.siap dia kata boleh bersembang dengan dia lagi bila dia respond.. dulu malu masa dia cerita sekarang rasa lawak bila ingat

    ReplyDelete
  4. Oh, baru tahu ;D hehe

    ReplyDelete
  5. Hehehe...fakta last tu nak try masa JYH masuk meminang sally...hahahaha

    ReplyDelete
  6. Mimpi tu unik..ada best ada tidak..yang pastinya cepat je lupa..huhu

    ReplyDelete
  7. bangun je letih... sebab mimpi yang panjang.... lebih2 lagi bila kita ada dalam mimpi tu.... ;)

    ReplyDelete
  8. wah memang menarik..tapi yg pasti kalau mimpi mesti esok pagi tu bangun letih..huhu

    ReplyDelete
  9. baru mimpi ngeri.malam tadi...huhhhuhu

    ReplyDelete
  10. Ishh anis kadang2 suka ngigau gak.. Huhu

    ReplyDelete
  11. Selalu bermimpi time tidur lepas tu terlupa terus.

    ReplyDelete
  12. saya jarang mimpi, tp bile dah mimpi uhh, perghhh berat terasa, pening pun ado.lme lak tuh, x kire la mimpi seram ke, ape ke......fuhhhh~ mainan syaitan btol~

    ReplyDelete
  13. mimpi lepas solat istikharah pun hadooo, hehehehehe,

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......