Tuesday, January 6, 2015

Pemandangan Pilu Selepas Banjir Di Kelantan....

Tiada apa yg mampu aku ucapkan bagi meluahkan rasa sebak dihati melihat nasib saudara mara kita semua yg terlibat dalam bencana banjir di Pantai Timur...memang ini bencana alam yg paling teruk tahun 2014 kan...korang lihat sendiri gambar2 fresh yang diambil oleh kawan opis ketika pulang ke Kelantan...lucky rumah dia x terlibat..x ingat plak rumah dia kat mana..tp dia dan family bertungkus lumus memberi dan menghantar bantuan kepada mereka yang memerlukan...alhamdulillah...niat murni mereka sampai dan moga allah membalas jasa baik mereka...bantuan yg turut kami hantar hasil sumbangan department kami pun dah selamat sampai...semoga dengan bantuan itu dapat meringankan beban mereka....aku sgt2 yakin mereka bagai hilang arah setelah semua harta benda mereka musnah...rumah pun takde untuk mereka tinggal..dengan tiada air bersih...dengan tiada makanan yg cukup...xde electric. ..semuanya hilang sekelip mata...









Tak mampu aku nak huraikan caption setiap gambar...actually gambar banyak lagi...tp aku x sampai hati nak tepek semuanya...

Pasukan sukarelawan company akan kesana minggu ini..ikutkan aku pun nak daftarkan diri 
..... x dpt pergi..aku titipkan doa untuk mereka agar mereka tabah...semoga pasukan sukarelawan dari company kami dapat membantu memulihkan keadaan di sana..
Kesian kan..sekolah rosak teruk..ada yg terpaksa tido dalam khemah..rumah musnah hanyut dibawa air..jalan2 rosak..berselut dan berlumpur...tanaman semua musnah apatah lagi ternakan..macamana mereka nk mulakan kehidupan baru mereka?

Kepada yg ingin menghulurkan bantuan...mereka sgt2 memerlukan
1. Air bersih ( mineral water)
2. Lilin 
3. Pakaian2 dalam utk lelaki dan wanita juga kanak2
4. Pampers baby
5. Ubat2
6. Ubat nyamuk...
7. Sabun mandi /sabun basuh
8.Kasut / Selipar
9. Pads utk wanita
10. Pampers untuk dewasa...

aku x pasti barang lain...ini antara barang2 yg disebut oleh rakan yg baru pulang dari Kelantan...semoga ada diantara kita dapat menghulurkan bantuan..
Walau sedikit namun keikhlasan kita mampu meringankan beban

We cant help everyone but Everyone can help someone....


12 comments:

  1. Kita toling dari sini pun da okay sis. . gula gula hati sis syg sis tu, sbb tu x bg.. hehe

    ReplyDelete
  2. speechless! xdpt gmbr kan perasaan diaorang yang sendiri mngalami.. MasyaAllah kuatnya mereka

    ReplyDelete
  3. rasa simpati sangat... tapi akan daya.. mampu doakan buat mereka di sana ajelah ;(

    ReplyDelete
  4. Ya Allah..harap dorang tabah.. :(

    ReplyDelete
  5. semoga mereka tabah menerima ujian ini.. yang paling kesian pada mangsa yang kehilangan rumah sama sekali.. macam mana mereka nak mulakan kehidupan selepas banjir nih..

    ReplyDelete
  6. saya memang mengalirkan air mata bila tengok kanak-kanak berlari kejar kenderaan mintak makanan.
    semoga diorang tabah dan keadaan pulih dengan cepat

    ReplyDelete
  7. Salam, musibah ni sangat menyedihkan..suasana lepas banjir, bila tengok muka2 kecewa dan sedih mereka, buat kita di sini pun rasa sedih dan nangis sekali.. :( tp bila tgk video2 tntg perasaan mereka, sgt kagum bila majority kata itu adalah ujian dan dugaan Allah...dpd yg dewasa hinggalah kanak2..semua ckp benda2 yg menyejukkan hati bila kita dgr...teringat sorg budak lelaki ni, kecik je lagi...sukarelawan dtg tanye nak apa, dia minta sejadah je..suci betul hati dan peribadi dia :')

    ReplyDelete
  8. Kuatkanlah semangat mereka.. moga mereka tabah dalam berhadapan dengan musibah itu.
    Kita yang tengok sedih, mereka yang alami apatah lagi..

    ReplyDelete
  9. Moga baik2 sahaja..

    ReplyDelete
  10. Moga mereka semua tabah dalam menghadapi musibah ini... Bertabahlah ..

    ReplyDelete
  11. Moga bantuan terus dihulurkan untuk mereka dan doakan mereka semuanya selamat

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah