Gambar sumber Mylaunchpad
KUALA LUMPUR, 5 JAN 2015: Akui terkejut dengan tindakan Hairul Azreen yang telah melamarnya secara spontan menerusi konsert final Gegar Vaganza pada malam tadi, pelakon Hanis Zalikha bagaimanapun berpendapat bahawa apa dilakukan oleh Juara Fear Factor adalah sebagai sesuatu yang sangat sweet.
"Terus-terang, mula-mula saya terkejut juga bila dilamar sebegitu rupa. Lagipun saya ni perempuan. Jadi, mestilah saya rasa segan bila lamaran itu datang secara mengejut.
"Tapi, bila saya tengok VT yang dia sudah pun berjumpa dengan keluarga saya dan meminta restu daripada mereka, saya dapat lihat usahanya itu dan dia tidak membelakangi keluarga dia mahu pun keluarga saya.
"Lagi satu bukan dia (Hairul) yang sarungkan cincin sebaliknya cincin bela rotan itu disarungkan oleh Jihan Musa (hos gegar Vaganza). Saya rasa apa yang Hairul lakukan itu sangat sweet," kata Hanis Zalikha kepada Portal Murai.
Menurut Hanis Zalikha lagi, dia tidak menyangka sama sekali bahawa Hairul akan bertindak sedemikian.
"Saya memang tidak tahu-menahu pun tentang perancangannya untuk melamar saya. Dia cuma minta saya temankan dia sebab dia akan buat promo Fear Factor di Gegar Vaganza.
"Saya rasa macam pelik. Promo Fear Factor di Gegar Vaganza? Biar betul.. Kemudian bila dia dah naik pentas beraksi, saya telah diminta untuk standby melakukan promo. Bila naik atas pentas, barulah saya tahu bahawa Hairul mahu melamar saya.
"Sebetulnya, apa yang Hairul lakukan ini bukanlah satu lamaran yang sebenar tetapi bagi saya ia sekadar untuk mengumumkan kepada semua tentang status kami.
"Kerana walau apapun, dia (Hairul) tetap datang jumpa keluarga saya semula untuk melamar saya mengikut adat orang-orang kita," kata Hanis Zalikha lagi kepada murai.com.my.
Sambung Hanis Zalikha, barangkali apa yang dilakukan oleh Hairul Azreen itu adalah berpunca daripada dirinya sendiri yang gemar berkongsi video-video tentang lamaran.
"Saya selalu katakan kepada Hairul, lelaki yang berani melamar seorang wanita di depan khalayak ramai adalah lelaki yang sangat jujur.
"Sebab, sebaik saja dia berbuat demikian, pasarannya akan merudum. Tapi, kalau dia benar-benar berbuat begitu, ertinya dia benar-benar serius mahukan wanita tersebut," katanya lagi.
Suriaamanda :-
No comment la...aku x tengok,.tp semalam aku cari kat online...pada aku tindakkan tu memang la sweet..tp macam x kena sebab kelam kabut...mana nak Gegar Vaganza..dengan hos pun kelam kabut,..mula2 aku ingat hanya lakonan...tp rupanya betul betulan...kalau dah betul...kena la buat cara betul...pas ni hantar rombongan ye.....doakan yg terbaik jer la,..cakap lebih2 kang aku kena hentam...hehehe....
ada mengkritik ada yang memuji... maybe tempatnya agak tidak sesuai.
ReplyDeletesiapa berani hentam akak kita meh kita backup.. hehhee
ReplyDeletesaya tak kisah kalau nak propose di khalayak ramai, jgn lah gunakan majlis orang lain kan. Pakcik makcik dok layan gegar vaganza tu mungkin x brp suka tengok... heheh sekadar pendapat.
ReplyDeleteDoakan yang terbaik... :)
ReplyDeletedoakan yang terbaik..:)
ReplyDeleteyo la hanis ..sweet..
ReplyDeletekeh keh keh
hm no comment bhahaha. harap khawin cepat n hidup bahagia hingga anak cucu :)
ReplyDeleteSmg jodoh mereka smp ke jenjang pelamin insyaAlah...
ReplyDeleteada yang negatif.. ada yang positif.. papepun... moga moga diorang kekal hingga ke cucu anak.. hihi ^_^
ReplyDeleteapa2 pun semoga diorang cepat2 kawin.. heheh
ReplyDeleteerm....terkejut jugak masa tu....tempat tak sesuai...
ReplyDeleteNak pakai ayat cliche retis laaa.."no comment no comment"..kuikuikui..pasnie abam hairul gie minang cara betul okayh..
ReplyDeleteI pun mula-mula ingatkan lakonan, rupanya betul-betul, doakan yang baik-baik sajalah :))
ReplyDeletetempat dan keadaan memang kurang sesuai.. apapun semoga hubungan mereka berkekalan..
ReplyDeletetak sesuai masa dan keadaan.
ReplyDeleteapapun semoga berkekalan.
memula ingatkan lakonan.. sekali betul daa.. cuma tempat dan masa tu tak sesuai.. eemm.. memang dorang takde buat sesuatu yang kurang sopan cumanya bukan semua orang boleh terima apa yang telah dibuat.
ReplyDeleteTapi macam mana pun.. moga mereka kekal bahagia hingga ke akhir hayat.. dorang memang sweet pun..
Moga mereka cepat kawen lah kan. ;)
ReplyDeleteAlhamdulillah dah lama diaorang kenal boleh la kawen pasni...Tahniah buat mereka berdua
ReplyDeleteSweet memang sweet tapi kalau untuk event lain okay kot dan hikan gegar vaganza gitu..huhu..apepun moga jodoh mereka berkekalan hendaknya
ReplyDelete