Tuesday, December 16, 2014

Ibu Kita Bukan Barang Lusuh...

Di Jepun, dulu pernah ada tradisi membuang orang yang sudah tua ke hutan.Dan ada juga organ mereka diambil untuk kegunaan perubatan... Mereka yang dibuang adalah orang tua yang sudah tidak berdaya,agar tidak membebankankan kehidupan anak - anaknya.........

Pada suatu hari, ada seorang pemuda yang berniat membuang ibunya ke hutan. Kerana si Ibu telah lumpuh dan agak nyanyuk. Si pemuda ini bergegas menyusuri hutan sambil menggendong ibunya. Si Ibu yang kelihatan tak berdaya, berusaha mencapai setiap ranting pohon yang mampu diraihnya lalu mematahkannya dan menaburkannya di sepanjang jalan yang mereka lalui.
Sesampai di dalam hutan yang tebal, si anak menurunkan Ibu tersebut dan mengucapkan kata perpisahan sambil berusaha menahan sedih kerana ternyata dia tidak menyangka terpaksa melakukan perbuatan ini terhadap Ibunya.

si Ibu yang tak terdaya tadi masih tenang.........
Dalam senyumnya, dia berkata, 'Anakku, Ibu sangat menyayangimu. Sejak kau kecil sampai dewasa, Ibu selalu merawatmu dengan segenap cintaku. Bahkan sampai hari ini, rasa sayangku tidak berkurang sedikitpun. Tadi Ibu sudah menandai sepanjang jalan yang kita lalui dengan ranting-ranting kayu. Ibu takut kau tersesat. Ikutilah tanda itu agar kau selamat sampai di rumah".


Setelah mendengar kata-kata tersebut, si anak menangis dengan sangat sebak dan sayu. Kemudian terus memeluk ibunya dan kembali menggendongnya untuk membawa si Ibu pulang ke rumah. Pemuda tersebut akhirnya merawat Ibu yang sangat mengasihinya sampai Ibunya meninggal.

Sahabatku semua,
renung2kanlah..

"Orangtua" bukan barangan lusuh yang boleh dibuang atau diabaikan setelah terlihat tidak berdaya. Kerana pada saat kita berjaya atau saat kita dalam keadaan Susah, hanya 'orangtua' yang mengerti kita dan batinnya akan menderita jika kita susah.
"Orangtua" mereka tidak pernah meninggalkan kita, macammanapun keadaan kita. Walaupun kita pernah kurang ajar kepada orangtua. Namun Ibu dan ayah kita akan tetap mengasihi kita.

Mulai sekarang, mari kita lebih mengasihi orangtua kita
selagi mereka masih hidup.

Hadiahkanlah Al-Fatihah buat ibu bapa kita sebelum tidur..walaupun ibu kita masih ada di alam nyata ini...

13 comments:

  1. Hargai mereka selagi mereka masih ada

    ReplyDelete
  2. I is sedih.... hu hu hu... semoga kita semua tidak mensia-siakan ibu bapa kita...

    ReplyDelete
  3. I is sedih.... hu hu hu... semoga kita semua tidak mensia-siakan ibu bapa kita...

    ReplyDelete
  4. Bila kita bergelar ibu mkn terasa nikmat jadi ibu kan kak..

    ReplyDelete
  5. Dpt juga cerita ni dari wasap. Sedih bila baca cerita ni. Tergamak buat macam tu dkt org tua.

    ReplyDelete
  6. sedih baca..insaf sangat ..semuga anak kita sentiasa mahu menjaga kita hingga kita di hujung nyawa..

    ReplyDelete
  7. okay homesick. sobs.
    terus rasa nak terbang balik peluk cium mak. T_T

    ReplyDelete
  8. SA wonderfull entry...oh my tears....suka entry yang muhasabah mcm ni...lagi2 kita ada ibu dan bapa masih hidup dan kita sendiri menjadi mama kan...mmg hati ibu ni susah nak diungkapkan dengan kata2....terlaluuuuuuuu mendalam kasihnya.... :(

    ReplyDelete
  9. Sedih ! Terus rasa nak balik rumah mama. T_T

    ReplyDelete
  10. Ya Allah..sebak baca kisah ni.. :'(

    ReplyDelete
  11. Jasa ibu tidak terbalas. Dari saaat mereka mengandungkan kita sampai lah kita besar. Memang tak kan terbalas walau dgn wang ringgit. Hargai dan sayangi mereka. Redha Allah terletak pada redha mereka.

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......